Akhirnya Ketua Pengarah RTM jawab dakwaan culas bayar gaji pekerja

Oleh NADIA HARON

Radio Televisyen Malaysia (RTM) tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan kelewatan pembayaran gaji

selepas satu pendedahan dibuat oleh individu dipercayai staf mereka di platform LinkedIn.

Dalam kenyataan media, RTM menjelaskan bahawa isu kelewatan pembayaran perkhidmatan tenaga kreatif (piecemeal) yang dilaporkan adalah kes terpencil.

Aduan Daripada Piecemeal Baharu

Menurut RTM, aduan tersebut dibuat oleh seorang Piecemeal yang baru memulakan tugas pada 24 Oktober 2024.

Akhirnya Ketua Pengarah RTM jawab dakwaan culas bayar gaji pekerja

Mereka memaklumkan proses pembayaran di RTM kini menggunakan kaedah Tatacara Perolehan WP10.9, di mana pembayaran akan diselesaikan dalam tempoh 7 hingga 14 hari bekerja setelah dokumen tuntutan diterima lengkap.

Dokumen Tuntutan Tidak Lengkap

RTM turut menjelaskan bahawa dokumen tuntutan yang dihantar oleh individu tersebut tidak lengkap. Pihak mereka telah meminta Piecemeal berkenaan untuk melengkapkan dokumen bagi meneruskan proses pembayaran.

Komitmen RTM dalam Pengurusan Bayaran

RTM menegaskan bahawa mereka sentiasa memastikan pembayaran kepada Piecemeal dilakukan secara teratur dan mematuhi tatacara kewangan yang ditetapkan.

Dakwaan Tular & Tindakan Susulan

Sebelum ini, tular perkongsian daripada staf RTM yang mendakwa gaji tertunggak selama lebih dua bulan, sekali gus mencetus perhatian Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil. Menteri berkenaan memaklumkan akan bertemu individu tersebut untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Ketua Pengarah RTM, Datuk Suhaimi Sulaiman, turut memberi respon dengan menyatakan bahawa pihaknya akan meneliti isu ini dengan lebih mendalam serta mengadakan pertemuan bersama individu terbabit.

BACA: Mesin ATM bakal alami nasib yang sama macam pondok telefon, ini sebabnya