Baru-baru ini, tular di TikTok dakwaan mengenai agihan bantuan yang disumbangkan oleh pempengaruh terkenal,
Khairul Aming, yang didakwa tidak diagihkan dengan adil di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Tumpat 1.
Hantaran tersebut dibuat oleh seorang mangsa banjir yang mendakwa barangan bantuan telah dibungkus semula oleh pihak tertentu sebelum diagihkan
Ada yang mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan mangsa banjir mengenai cara pengagihan yang dilakukan oleh ketua kampung di PPS terbabit.
Respon Khairul Aming
Dalam satu siaran langsung di TikTok, Khairul Aming menjelaskan bahawa beliau menerima aduan mengenai video tersebut tetapi enggan terlibat secara langsung.
Beliau menegaskan bahawa pasukannya hanya bertanggungjawab untuk menghantar barangan ke PPS dan kemudian bergerak ke lokasi lain.
“Kalau betul perkara itu berlaku, buat laporan kepada polis atau pihak berkuasa. Selain itu, pasukan saya memang tidak boleh masuk campur dan tidak tahu apa-apa maklumat lanjut. Saya tak boleh nak terlibat, takut nanti jadi fitnah,” katanya.
AJK di PPS Menangis Dakwa Difitnah
Khairul Aming turut menceritakan pengalaman beliau di mana Ahli Jawatankuasa (AJK) di PPS menangis kerana mendakwa dirinya difitnah menyorokkan barang sedangkan mereka sendiri kekurangan bekalan makanan.
“Contohnya, semalam di PPS tersebut, akak AJK tu menangis dan berkata orang menfitnah dia sorok barang. Dia kata dia dan anaknya sendiri pun tak cukup barang nak makan.
Jadi sekali lagi, KA tak nak masuk campur dan tidak membenarkan pasukan saya masuk campur dalam isu ini sebab maklumat yang kita ada adalah hanya untuk menghantar barangan dan kemudian bergerak,” jelasnya.
Khairul Aming juga meminta maaf kerana tidak dapat memberi fokus kepada semua isu yang berlaku kerana kesibukannya dalam misi menyalurkan sumbangan.
BACA: Mak Zarina Zainuddin meninggal dunia lepas beberapa jam bertanya khabar