Akhirnya Menteri Besar Johor jawab kritikan cuti hari sabtu ahad Johor buat PN terkedu

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi berkata bahawa penukaran cuti kembali kepada Sabtu dan Ahad bermula tahun depan tidak wajar dijadikan bahan politik

kerana setiap keputusan yang diambil adalah yang terbaik untuk negeri dan rakyat Johor secara keseluruhan.

Katanya, kerajaan negeri menjunjung titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail mengenai pengumuman penukaran cuti hujung minggu kepada Sabtu dan Ahad pada 7 Oktober lalu.

Sehubungan itu, kerajaan negeri berpendapat bahawa tidak semua perkara perlu dijadikan bahan politik, seperti yang dinyatakannya di Facebook.

Malam semalam, Tunku Ismail bertitah bahawa cuti hujung minggu di Johor yang ditukar semula kepada Sabtu dan Ahad

Akhirnya Menteri Besar Johor jawab kritikan cuti hari sabtu ahad Johor buat PN terkedu

Bermula tahun depan adalah kehendak rakyat untuk meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga dan anak.

Sementara itu, Onn Hafiz berkata bahawa perkara ini mendapat pandangan daripada mufti dan exco agama negeri, dan menegaskan bahawa ketinggian Islam tidak sedikit pun berkurang apabila Johor tidak lagi bercuti pada Jumaat bermula Januari 2025.

“Insya-Allah, tanpa mengetepikan kepentingan urusan solat Jumaat, kerajaan negeri yakin keputusan ini akan memberi manfaat kepada seluruh Bangsa Johor,

Di mana mereka akan memperoleh lebih banyak masa berkualiti bersama ahli keluarga tersayang dengan memudahkan mereka merancang aktiviti pada hujung minggu.

Saya berharap tiada lagi mana-mana pihak yang membuat sebarang spekulasi, kenyataan, dan menjadikannya bahan politik yang boleh merosakkan keadaan sehingga menjejaskan keharmonian negeri Johor,” katanya.

BACA: Netizen dakwa video muzik terbaharu Siti Nurhaliza dalam gereja undang perdebatan