Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Khazanah Nasional Berhad
untuk melaksanakan audit dalaman bagi menyiasat isu kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta baru-baru ini.
Dalam satu hantaran di aplikasi X, Anwar menegaskan bahawa langkah ini adalah selaras dengan pengumumannya sebelum ini,
Di mana beliau mengarahkan Jabatan Audit Negara (JAN) untuk menjalankan audit terhadap 2,000 syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Menurutnya, arahan tersebut bertujuan untuk meningkatkan sistem tadbir urus yang lebih baik
serta memastikan semua syarikat berkenaan memenuhi tanggungjawab dan fungsi mereka dengan lebih berkesan.
Terdahulu, Anwar dalam ucapannya menegaskan beliau tidak akan menghalang atau campur tangan dalam siasatan
terhadap pertubuhan peladang kebangsaan (NAFAS) dan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) yang dijalankan oleh pihak berkuasa, termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Sebelum ini, SPRM dilaporkan telah menjalankan siasatan terhadap Khazanah Nasional dan PNB berhubung pelaburan jutaan ringgit mereka dalam jenama fesyen tempatan, Fashion Valet.
BACA: Bakar surat cinta Farid, Diana Danielle fail cerai pagi ini