Akhirnya presiden Pas sedar kerajaan PN tiada mandat rakyat

Akhirnya presiden Pas sedar kerajaan PN tiada mandat rakyat

PAS kelihatan begitu bersemangat untuk menghadapi pilihanraya umum (PRU) sekali gus mendapatkan mandat daripada rakyat untuk menjadi kerajaan.

Ketika ini kata Presidennya, Abdul Hadi Awang, kerajaan Perikatan Nasional dibentuk hanya dengan “mandat daripada wakil rakyat”.

Abdul Hadi berkata mandat berkenaan perlu diperolehi daripada rakyat untuk diberikan kepada Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Kita bersedia (hadapi PRU) pada bila-bila masa. Perlu mendapat mandat secara langsung daripada rakyat.

“Sekarang ini kita dapat mandat daripada wakil rakyat saja ,” katanya.

Sebagaimana fakta yang bukan lagi rahsia, PN dibentuk melalui pakatan sejumlah pemimpin kanan PKR dan Bersatu kumpulan Muhyiddin untuk bekerjasama dengan Muafakat Nasional – yang dianggotai UMNO dan PAS – serta BN pada hujung Feb lalu.

Kecuali Bersatu, semua parti yang membentuk PN gagal mendapat mandat daripada rakyat dalam PRU ke-14 yang diadakan pada Mei 2018.

Kenapa baru sekarang Hadi Awang sedar PN tiada mandat secara langsung daripada rakyat?

Kalau begitu, bagaimana beliau tiada perasaan mahu pegang jawatan duta bertaraf menteri daripada sebuah kerajaan yang tiada mandat rakyat?

Tak mahukah lepaskan jawatan bergaji puluh-puluh ribu itu?

Berita penuh : https://shahbudindotcom.net/2020/08/15/akhirnya-hadi-sedar-pn-tiada-mandat-rakyat.html