Akhirnya terjawab persoalan Najib Razak bebas atau pun tidak, ini jawapan Mahkamah

Oleh GEMILANGDAILY

Mahkamah Tinggi di sini telah memerintahkan bekas Perdana Menteri Najib Razak untuk membela diri

atas empat pertuduhan penyalahgunaan kuasa melibatkan dana 1MDB.

Hakim Collin Lawrence Sequerah memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Najib.

“Selepas penilaian maksimum terhadap bukti yang dikemukakan,

saya mendapati bahawa pendakwaan telah membuktikan elemen-elemen bagi setiap pertuduhan,” katanya.

Akhirnya terjawab persoalan Najib Razak bebas atau pun tidak, ini jawapan Mahkamah

Najib sedang menghadapi perbicaraan atas empat pertuduhan penyalahgunaan kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan RM2.28 bilion dana 1MDB yang dimasukkan ke akaun AmBank miliknya antara Februari 2011 dan Disember 2014.

Sebanyak 50 saksi telah memberikan keterangan dalam kes pendakwaan yang berlangsung selama 253 hari perbicaraan dari 28 Ogos 2019 hingga 30 Mei tahun ini.

Antara saksi penting yang memberikan keterangan termasuk bekas Gabenor Bank Negara Malaysia Zeti Akhtar Aziz dan bekas penasihat undang-undang 1MDB, Loo Ai Swan atau lebih dikenali sebagai Jasmine Loo.

BACA: Bersungguh pertahan golongan kaya berbanding 85% rakyat marhaen, PMX pelik dengan ahli parlimen Pas Kelantan