Akhirnya terjawab punca sebenar kilang tayar GoodYear tutup cawangan Malaysia

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Pada bulan Mei 2023, Elliot Investment yg merupakan pemegang saham terbesar Goodyear telah menulis surat terbuka mengkritik management Goodyear.

Surat tersebut bertajuk “Calls for Enhanced Leadership & Oversight, Monetization of Retail Stores and Operational Review”.

Elliot bukan syarikat pelabur calang-calang. Selain mempunyai jumlah pelaburan melebihi RM250 bil di pelbagai sektor,

Akhirnya terjawab punca sebenar kilang tayar GoodYear tutup cawangan Malaysia

mereka juga mempunyai sejarah meletak orang mereka di lembaga-lembaga pengarah syarikat-syarikat terkemuka seperti eBay dan Twitter.

Dalam kritikan terbuka tersebut, Elliot mengkritik beberapa perkara.

1. Kemerosotan nilai saham Goodyear sebanyak 90% sejak 5 tahun lalu
2. Kemerosotan nilai saham Goodyear sebanyak 143% sejak 10 tahun lalu
3. Ketidakupayaan Goodyear bersaing dengan Bridgestone dan Michelin

Ini bukan kritikan dalaman tetapi kritikan umum pemegang saham terbesar Goodyear terhadap management dan CEO Goodyear.

Ekoran kritikan tersebut, management Goodyear telah mengumum dan memulakan langkah-langkah penstrukturan semula untuk menaikkan keuntungan Goodyear seterusnya menaikkan semula nilai saham Goodyear.

Penstrukturan semula dalam bahasa mudah, ialah mengurangkan kos operasi.

Selain menukar CEO, antara langkah-langkah penstrukturan semula yang dibuat untuk mengurangkan kos seterusnya meningkatkan keuntungan Goodyear dan meningkatkan nilai saham Goodyear adalah seperti berikut:

September 2023: Menutup beberapa kilang di Eropah, Timur Tengah dan Afrika
• 1,200 pekerjaan ditamatkan

September 2023: Menutup beberapa kilang di Asia Pasifik
• 700 pekerjaan ditamatkan

November 2023: Menutup beberapa kilang di Jerman
• 1,750 pekerjaan ditamatkan

Mac 2024: Menutup kilang di Malaysia
• 500 pekerjaan ditamatkan

Kesimpulannya, penutupan kilang Goodyear di Malaysia bukannya sebab ekonomi Malaysia teruk, tetapi kerana penstrukturan semula di peringkat global yang dibuat oleh Goodyear demi manfaat dan keuntungan pemegang saham-sahamnya.

Dalam memo dalaman penutupan Goodyear di Malaysia, dinyatakan juga seperkara dalam ayat lunak.

“Goodyear melakukan langkah-langkah ini untuk menjimat sekitar $1 bil (RM4.75 bil)”
$1bil yang dijimat ini masuk poket siapa kalau bukan para pemegang sahamnya?

Kredit : Adrian

BACA: “Ayah pernah datang rumah minta duit sebab lapar, sekarang ayah dah tiada, sekarang kami hidup dalam penyesalan”