Mark Zuckerberg, salah seorang manusia paling kaya di dunia, tidak banyak mengubah gaya pakaiannya, sekurang-kurangnya dari segi berpakaian.
Zuckerberg, yang dikenali dengan kemeja T kelabu yang sama selama bertahun-tahun, menjelaskan bahawa memilih pakaian setiap pagi merupakan pembaziran masa baginya.
“Dalam sesi soal jawab melalui Facebook, saya lebih suka mengenakan kemeja T kelabu setiap hari
Dan memanfaatkan masa untuk aktiviti yang lebih bermakna daripada memilih pakaian,” katanya.
Bagi yang mengesyaki kebiasaannya, Zuckerberg memberitahu bahawa dia mempunyai koleksi kemeja T yang banyak.
“Saya tidak mengenakan kemeja T yang sama setiap hari. Saya memang ada banyak koleksi seperti itu,” jelasnya.
Zuckerberg mahu menjalani hari-harinya dengan sederhana dan tidak mahu membuang-buang waktu untuk memikirkan pakaian yang dipakai setiap hari.
“Keputusan sederhana adalah penting bagi saya, kecuali ketika saya fikir tentang memberikan perkhidmatan terbaik kepada komuniti Facebook,” katanya.
Bukan sahaja pemilihan pakaian, Zuckerberg juga memandang remeh memikirkan menu sarapan setiap pagi.
Dengan harta yang dianggarkan bernilai AS$33 bilion (RM110.4 bilion), Zuckerberg menempatkannya sebagai individu ke-16 terkaya di dunia.