Akibat cemburu buta, isteri mati ditikam suami berkali-kali ketika ‘live’

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Isteri mati ditikam suami berkali-kali ketika ‘live’ di Facebook.

Gara-gara cemburu, seorang lelaki nekad menikam isterinya berkali-kali hingga maut, lapor Tribunnews.

Difahamkan, kejadian itu berlaku sewaktu mangsa sedang melakukan siaran langsung (Live) di Facebook

dan berkaraoke bersama ahli keluarga pada malam Sabtu lalu.

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Sergai, AKP Donny Simatupang, mangsa ditikam sebanyak lima kali oleh suaminya dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Akibat cemburu buta, isteri mati ditikam suami berkali-kali ketika ‘live’

Tambahnya, suspek yang juga warga Desa Suka Damai Kecamatan Sei Bambam, Kabupaten Serdang Bedagai itu tanpa sebarang bicara bertindak menikam mangsa.

“Dalam kejadian malam Sabtu itu, mangsa yang sedang berkaraoke bersama keluarganya secara tiba-tiba telah ditikam oleh suaminya dari belakang,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menerusi rakaman video berdurasi 32 saat, ahli keluarga mangsa lain turut menjerit ketakutan ekoran suspek bertindak menikam mangsa.

Mangsa kemudiannya telah dikejarkan ke hospital oleh ahli keluarga bagaimanapun dilaporkan sudah meninggal dunia.

Sementara itu, suspek cuba melarikan diri sebaik sahaja kejadian itu dan bersembunyi di rumah saudaranya, namun berjaya diberkas pihak polis kurang dari 24 jam.

Kata Donny, siasatan awal pihak polis mendapati motif kejadian berpunca daripada perasaan cemburu dan sakit hati suspek susulan mangsa sering berhubung dengan bekas suaminya.

Suspek turut mengaku senjata yang digunakan untuk membunuh mangsa adalah sebilah pisau yang biasa digunakan isterinya untuk memotong jeruk.

Terdahulu, seorang lelaki di Thailand nyaris maut akibat ditikam oleh isterinya selepas dia meminta izin untuk menjadikan kedi golf sebagai perempuan simpanannya.

Lelaki itu telah ditikam oleh isterinya sebanyak tiga kali dalam kejadian di wilayah Chon Buri, Thailand.

Pegawai dari Balai Polis Don Hua Lor telah digegaskan ke bilik sewa mangsa di daerah Chon Buri bagi menyelamatkan pemain golf berusia 36 tahun itu.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Chon Buri untuk mendapatkan rawatan lanjut.

BACA: Calon pemilik baharu KDA FC dedah jumlah hutang yang ditanggung