“Akibat cerita fitnah mak, adik-beradik hilang hormat kat aku, depan anak dan isteri aku dihina”

Oleh ISMAIL YAHYA

Akibat cerita rekaan mak, adik-beradik jadi tak hormat saya. Depan anak-anak dan isteri saya, adik angkat dan Iambung saya ke tanah.

Tapi mak datang peIuk anak kesayangan dia. Itulah kali terakhir saya balik rumah, 2 tahun lepas..

Kisah yang dikongsikan oleh lelaki ini benar-benar dapat membuka mata mereka yang bergeIar ibubapa. Janganlah ada sesekali sifat pilih kasih di antara anak-anak.

Ia akan memberikan kesan dan trauma kepada mereka walaupun apabila mereka sudah dewasa dan mempunyai keluarga sendiri.

Janganlah menjadi ibubapa yang membawa anak ke neraka disebabkan perangai kita sendiri. Perkongsian ini diambil dari FB salah seorang aktivis sosial, Syed Azmi yang aktif membantu mereka yang memerlukan.

"Akibat cerita fitnah mak, adik-beradik hilang hormat kat aku, depan anak dan isteri aku dihina"

Saya berumur 30 tahun ni. Saya dah berkahwin, dan mempunyai seorang isteri yang sangat saya sayang berumur 29 tahun, 2 orang anak, seorang lelaki dan seorang lagi perempuan. InsyaAllah kami akan menimang seorang lagi cahaya mata dalam masa yang terdekat ni.

Tujuan saya menulis ini, saya nak mencari kekuatan. Saya ada kehidupan yang berjaya tetapi hubungan antara ibubapa dan adik beradik saya amat mengerikan. Dulu saya yang mengetuai perniagaan keluarga.

Saya merupakan anak sulong, 4 adik beradik laki. 5 tahun saya yang uruskan perniagaan, setiap bulan saya berjaya dapat dalam puluh ribu untuk mak dan ayah saya. Semuanya berjalan lancar sehinggalah adik kedua saya pulang dari belajar.

Dia memang anak kesayangan mak saya. Tahap favouritenya tu, sampaikan saya dah berkahwin pun, mak saya bercerita buruk tentang saya kepada mak mertua dan makcik-makcik (adik beradik mak mertua saya).

Dan pernah mak cakap kat mak mertua saya, “Saya memang tak berapa berkenan perangai A tu, baik B lagi (adik saya).” Cerita ni dah lama, 4-5 tahun lepas. Saya juga memang nakal dulu-dulu, sangat banyak buat masalah kepada mak dan ayah.

Tapi bila saya dah dewasa, saya berubah. Saya sebenarnya dah lama lupakan dan belajar terima perangai mak saya. Saya belajar agama dan rapatkan diri dengan Tuhan. Alhamdulillah Allah berikan redha dan ajar saya terima perangai mak saya.

Tapi tahun lepas, masa adik saya habis belajar, dan dia masuk ke dalam famili bisnes. Mak saya mula mensisihkan saya dengan lebih teruk, dia kata macam-macam kat anak saya yang masa tu umur 1 tahun dan 6 bulan.

Mungkin sebab anak kesayangan dan harapan dia dah balik. Kemuncak yang sampai tahap saya dan famili kecil saya dibuang dari keluarga. Ceritanya, Ada satu pertikaian dalam bisnes yang terjadi membuatkan saya makan hati dan tak balik rumah mak saya selama 8 bulan.

Saya tak balik tu memang sebab bisnes. Jadi adik-adik saya pressure mak saya, suruh mak saya call tanya khabar, tanya kenapa kami tak balik, (tanpa saya suruh, saya hanya cerita bila dorang tanya kenapa tak balik).

Padahal saya dah pesan dan nasihat, antara saya dengan mak, jangan sesiapa campur sebab mak tak akan boleh terima kalau ada orang menyebelahkan saya walaupun saya yang betul. Ini memang saya kena claim saya betul sebab mak saya buat keputusan bisnes yang boleh menjejaskan perniagaan masa tu.

Saya kenal sangat mak saya. Dia akan menangis meraung bila orang lain sebelah saya. Tapi adik beradik saya ni satu macam, yang nombor 2 (favorite mak) tu hisap ganja tegar. Saya cakap la apa pun, dia bukan paham sangat sebab terlampau kuat hisap ganja.

Mak tak tahu nombor 2 hisap ganja, saya tak nak campur sebab berdasarkan pengalaman saya, kalau adik-adik buat hal apa-apa, mak ayah saya akan cakap, saya punca. Jadi disebabkan kebodohan adik saya no 2 dan 3 ni, cakap pun tak dengar, diorang boikot dan tak bercakap dengan mak saya.

Disebabkan mak kena pressure dengan adik-adik saya, mak saya balas dendam, Mak saya menafikan peranan saya selama ni sebagai teraju bisnes dia. Dia cerita tentang sejarah kesihatan mental saya, (pernah hampir masuk hospital gila kena tipu duit dengan kawan).

Mak buat cerita pasal isteri dan anak-anak saya dan ungkit semua kenakalan saya dari saya kecik. Hanya untuk dapat simpati dari adik beradik yang lain. Masa saya dapat rakaman (30minit), mak saya bercerita segala keburukan saya (yang direkod oleh adik saya no 3).

Saya tertany-tanya, saya ni bukan anak dia jugak ke? Kenapa sampai ke tahap ni hanya untuk menang, saya ni tak ada nilai ke? Kenapa sampai reka cerita bukan-bukan tentang saya, isteri dan anak-anak?

Hanya sebab nak menang sedangkan saya dan isteri selama ni bertungkus lumus khidmat untuk bisnes famili dan biarkan dia berehat. Saya rasa macam tak dipilih, macam konon kalau hakim tanya mak saya sekarang anak mana yang kau nak bunuh, dia pilih untuk bunuh saya.

Selepas semua pengorbanan saya untuk perniagaan ni, sampai dia tak payah kerja dan makan hasil bisnes almost 100k sebulan selama 5 tahun. Semua tekanan yang dia berikan semasa dalam perniagaan.

Semua tekanan yang dia berikan kepada isteri (pernah kena marah pasal bisnes masa berpantang). Mak masih pilih untuk burukkan nama saya di depan adik beradik. Jadi selepas dari insiden yang dia cerita 30 minit menangis-nangis seakan saya buat sesuatu yang sangat buruk kat dia tapi saya boleh bagi jaminan dekat korang semua, 95% adalah rekaan yang dibuat hanya untuk menangkan diri sendiri untuk buatkan semua orang menyebeIahi dia.

Keadaan jadi buruk sangat-sangat. Adik beradik saya, bila saya balik rumah mak, buat tak layan dekat anak-anak saya, bayangkan budak umur 1-2 tahun, lalu nak tegur pakcik-pakcik buat tak nampak, Adik saya no 2 tu mula tambah dan cucuk mak saya, konon sokong mak saya.

Dan dia pernah cakap dia nak ambil bisnes famili. Saya cakap takde masalah, ambillah silakan. Saya boleh buat sendiri. Banyak kejadian yang tunjukkan mereka tak hormat dekat saya sejak mak saya cerita macam tu kat adik beradik.

Sampai tahap nenek saya tegur, “B, ni abang ni, hormat sikit.” Dia jawap, “mampus lah” Masa tu lah saya bangun dan tiba-tiba adik saya angkat saya dah lambung ke tanah. Badan dia memang 2 kali ganda saya.

Di hadapan anak-anak dan isteri saya. Mak saya turun dari rumah dan peluk anak kesayangan dia. Sambil cakap, “dah B, kita jaga kita.” Saya sempat tanya soalan dekat mak, “Sebenarnye abang ni anak ke tak?

Sebab kalau anak, abang tak rasa mak layan kami macam anak.” Anak saya 2 orang tu trauma, walaupun umur 2 tahun masa tu, dia boleh cakap, “Kenapa papa gaduh” Itulah kali terakhir saya balik rumah, 2 tahun lepas.

Dipendekkan cerita, sekarang perniagaan keluarga hancur, tak bergerak. Saya hanya tahu pasal bisnes dorang je, saya tak tahu khabar dorang. Keluarga saya pula, kami makin berjaya selepas kejadian tu. Perniagaan maju dan keuntungan dan pendapatan makin bagus, Alhamdullillah.

Walaupun perkataan terakhir mak saya iaitu, “Dalam hati mak, kau dah takde” Saya tak tahu nak rasa macam mana. Saya tak tahu silap saya di mana. Kawan-kawan cakap, ‘doalah’. Saya tak tahu nak doa apa.

Saya cuba maafkan secara total dan melupakan semua yang terjadi. Tapi kadang-kadang, dendam tu ada. Tahap dendam saya dengan adik saya tu, saya pernah berjumpa orang untuk upah suruh tetak adik saya.

Saya pernah berangan kalau jumpa dia saya nak langgar pakai kereta. Saya nak cari kekuatan, saya nak cuba maafkan. Menurut Tuan Syed, beliau telah pun menghubungi lelaki berkenaan. Sedikit sebanyak perbualan dan perbincangan antara mereka dapat membantu lelaki ini.

Komen Warganet :

Mas MY : Dalam hidup ni ada perkara kita tak boleh pilih termasuklah siapa ibubapa kita, siapa keluarga kita. Redhalah. Itu ujian buat kita. Yang kita boleh pilih adalah reaksi kita terhadap perkara yang tak boleh kita pilih ini. Doa untuk kedua ibu bapa jangan tinggal.

Katerina Mawar : Encik kena tinggalkan family Encik. Ramai yang comment suruh redha dan doakan baik-baik je. Encik Jangan fikir pasal mereka dah. Lebih baik Encik focus kebahagian Encik sendiri bersama your small family.

Semua Mak mesti ada their favourite child. Jauh kan diri daripada Mak dan family Encik yang toxic ni. Tak rugi apa pun. Sometimes mothers think they’re the one who raised you and give birth to you, they have every right to treat you however they pleased.

Tey Marzuki : Sayangnya dalam masyarakat kita masih menidakkan adanya narcissistic parents. Betapa ibubapa narsistik ini sangat berbisa pengaruhnya kepada kesihatan mental anak-anak. Paling-paling pun kita akan hadap ayat, ‘biarlah mak atau ayah kita tu nak buat apa’.

Syurga di tangan mereka, reda je, sabar. Makanya kita terpaksa telan, dinafikan segala perasaan sedangkan kitalah mangsa keadaan yang sudah penat dan sudah trauma.

Perbuatan ibubapa yang menzalimi emosi anak-anak itu dihalalkan atas tiket syurga.

Tinggallah anak-anak itu memendam rasa sehingga satu saat kalau dah tak tahan boleh jadi kes bunuh diri. Rasanya sekarang perlu ada kesedaran tentang adanya ibubapa yang narsistik ini dan cara anak-anak untuk mendepani mereka..

Ibu Zarah : Tak dipastikan apa sebenarnya ada dalam benak fikiran mak tuan. Adakah beliau sendiri mengaIami sebarang trauma ketika mengandungkan / melahirkan tuan seolah ada sesuatu dalam diri tuan yang membuat dia membenci tuan.

Maksud saya bukan dia benci diri tuan tapi membenci sesuatu yang berlaku ketika mengandungkan atau melahirkan tuan. Memang agak pelik dengan perangai begitu bagi seorang ibu terhadap anaknya kecuali ada sebab tertentu.

Pandangan ibu, tuan dah buat yang terbaik untuk keluarga tuan, dah cuba untuk memenangi hati ibu, dah cuba sedaya upaya membantu business family tapi jika tidak dihargai, itu di luar kemampuan diri tuan.

Carilah redha Allah kerana jika nak redha manusia memang kita akan kecewa. Allah melihat segalanya dan menjadi saksi akan niat dan usaha baik tuan dan Allah dah baIas pun dengan kebahagiaan yang tuan kecapi dalam keluarga kecil tuan sendiri. Alhamdulillah.

Ajar anak tuan untuk tidak membenci nenek atau pakcik-pakciknya. Semua orang melakukan kesilapan dan sesiapa pun tidak terkecuali waimah ia seorang ibu. Bukan mudah untuk memaafkan kesilapan orang pada kita, tapi kita mampu melakukannya walaupun mengambil masa yang agak lama. InsyaAllah.

Mira Redzuan : Pandangan sahaja memandangkan kaki saya tidak berada dalam situasi ini.

1. Kenapa mak dia marah sangat dengan dia which akan lead pergaduhan. Maksudnya, walaupun anak yang lain ada juga kekurangan (dadah dan sebagainya).

Jauhkan diri. Seorang ibu akan ada takhta yang baik dunia dan akhirat. Jalan pertama atau akhir adalah jauhkan diri. Tapi dalam masa yang sama tanya khabar dan sentiasa doakan yang terbaik. Tuhan Maha Membolak balikkan hati.

Sentiasa positifkan anak-anak sebab proses pembelajaran anak bermula dari situasi ibu ayah di rumah. Bila diorang nampak benda negatif, cepat-cepat tukarkan kepada kaedah pembelajaran. Bila orang buat tak baik, kita senyum saja. Atau cari kebahagiaan dengan keluarga kecil yang kita ada (isteri, suami atau anak-anak). Circle kecik tapi kita happy.

Keluarga adalah permata, tapi setiap permata tidak semua bersinar. Cuma kita boleh cuci atau simpan untuk perkara yang baik. Pandangan bawahan sahaja.

Katerina Mawar : Encik kena tinggalkan family encik. Ramai yang comment suruh redha dan doakan baik-baik je. Encik jangan fikir pasal mereka dah. Lebih baik encik fokus pada kebahagian encik sendiri bersama keluarga kecil encik.

Semua mak mesti ada anak kesayangan masing-masing. Jauhkan diri daripada Mak dan family encik yang toksik ni. Tak rugi apa-apa pun. Sometimes mothers think they’re the one who raised you and give birth to you, they have every right to treat you however they pleased.

BACA: “Sebenarnye abang ni anak ke tak? Sebab kalau anak, abang tak rasa mak layan kami macam anak”