Akibat memotong ‘double line’, Proton Persona terbakar bertembung lori tanah

Akibat memotong double line Proton Persona terbakar bertembung lori tanah

Akibat memotong ‘double line’, Proton Persona terbakar bertembung lori tanah. Akibat memotong ‘double line’, Proton Persona terbakar bertembung lori tanah, dua lelaki rentung selepas kereta dinaiki mereka terbakar di jalan utama Jalan Jerantut-Temerloh, Pahang pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusoff berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian kira-kira pukul 10.45 pagi.

Menurut Mohd Azhar, siasatan awal mendapati, kereta berkenaan yang dari arah Temerloh menghala ke Jerantut dipercayai memotong di garisan berkembar dan dirempuh lori dari arah bertentangan.

“Kereta itu kemudian diseret lebih kurang 20 hingga 30 meter dan terbakar. Pemandu dan penumpang gagal diselamatkan kerana tersepit di dalam kenderaan,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Akibat memotong'double line', Proton Persona terbakar bertembung lori tanah

Identiti pemandu kereta sedang dikenal pasti manakala penumpang hadapan ialah seorang lelaki berusia 35 tahun yang berasal dari Kampung Pinang Mukim Sok, Sik, Kedah. Manakala, pemandu lori berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Akibat memotong ‘double line’, Proton Persona terbakar bertembung lori tanah

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan itu menghubungi Pegawai Penyisat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh Inspektor Nizam di talian 019-2343449 bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kereta berkenaan terbakar sepenuhnya manakala kepala lori sebanyak 80 peratus, operasi memadam kebakaran disertai 19 anggota serta pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krau dan Temerloh selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.48 pagi.

BACA:

BN dakwa kemenangan PAS di Marang ada unsur rasuah, bakal failkan petisyen

Coach fizikal Shah Rukh Khan dedah rahsia umur 57 tahun masih dapat badan gagah

CATEGORIES