Akibat minta refund semula booking, polis maut ditikam pelacur. Seorang anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis dilaporkan meninggal dunia akibat ditikam seorang wanita di sebuah hotel sekitar Jalan Pidada V, Ubung, Denpasar, Bali, Indonesia pada Rabu.
Mangsa ditikam di leher selepas bertengkar dengan seorang pelacur yang telah ditempah melalui aplikasi atas talian MiChat.
Difahamkan, wanita tersebut merupakan seorang pekerja seks komersial (PSK) dan mereka telah berjanji untuk bertemu di bilik hotel.
Namun, pertemuan itu tidak berlaku seperti yang dirancang apabila mangsa merasakan wanita terbabit tidak sepadan dengan dirinya.
Malah, dia juga meminta untuk membatalkan tempahan yang dibuat dan mahu bayaran dikembalikan.
Berang dengan situasi itu, suspek kemudiannya didakwa mula memberontak dan menjerit sehingga didengari beberapa pengunjung lain di hotel itu.
Tersentak dengan jeritan tersebut, beberapa pengunjung dan rakan sekerja mangsa datang untuk melihat kekecohan yang berlaku.
Setibanya mereka di situ, mangsa difahamkan telah ditikam di leher dan berlumuran darah manakala si pelaku berjaya melarikan diri.
Suspek yang melepaskan diri dilaporkan telah berjaya ditangkap dan berada di bawah tahanan polis.
Namun, Ketua Perhubungan Awam Polis Denpasar berkata masih banyak data dan maklumat yang perlu disemak berkaitan kes tersebut.
BACA:
Lokman Adam dilantik semula sebagai MKT Umno, ini respon Tok Mat
“Tak padan dengan ketot” – Pelawak curang dengan wanita lain, isteri dah sabar 4 tahun