Sembunyikan wang dari pengetahuan isterinya, lelaki ini mengalami kerugian beribu ringgit kerana duit yang disembunyikannya telah menjadi mangsa gigi tikus.
Menurut perkongsian seorang netizen, lelaki tersebut berusaha menyimpan wang tersebut di dalam bahagian bonet hadapan kenderaan,
yang bersambung dengan bahagian papan pemuka, dengan harapan isterinya tidak akan mengetahui.
Jumlah keseluruhan wang yang disembunyikannya diperkirakan sebanyak 45,000 Bath, yang setara dengan lebih kurang RM5,606.
Malang tidak berpihak kepada lelaki tersebut apabila duit yang disimpannya menarik perhatian beberapa tikus untuk membuat sarang di dalam keretanya.
Ketika beliau ingin memeriksa wang tersebut, beliau terkejut mendapati sebahagian besar daripada duit yang disorok itu telah rosak akibat gigitan tikus.
Selain daripada itu, keretanya juga mengalami kerosakan, menyebabkan lelaki tersebut menghadapi malang yang berganda.
Kisah malang lelaki ini telah menjadi perbualan di media sosial, di mana rata-rata netizen menunjukkan simpati terhadap kejadian yang menimpanya.
Sementara itu, beberapa orang turut membuat lawak mengenai keputusannya untuk menyembunyikan duit dari isterinya.
BACA: Perasan tak, depan pintu masuk pasaraya ada ‘aircond’, ini sebabnya bukan saja-saja pasang