Akibat tekanan, lelaki ini nekad bawa lari kereta polis untuk rentas negeri

Akibat tekanan, lelaki ini nekad bawa lari kereta polis untuk rentas negeri

Tertekan kerana baru sahaja bercerai dengan isteri dipercayai antara punca seorang lelaki bertindak di luar kawalan dengan melarikan sebuah kereta peronda polis (MPV) milik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping hari ini.

Dalam kejadian jam 7.28 pagi itu, lelaki berusia 30 tahun terbabit dikatakan cuba membawa diri merentasi negeri ke Kuala Lumpur, namun tidak mempunyai surat kebenaran polis.

Bagi membolehkannya melepasi sekatan jalan raya, difahamkan dia bertindak nekad menggunakan kenderaan polis bagi tujuan mengaburi pihak berkuasa.

Bagaimanapun tindakan lelaki itu membawa keluar MPV berkenaan dari pekarangan balai disedari pengawal di pondok polis sebelum berjaya ditahan di pintu masuk tol Taiping Utara di Taiping.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, lelaki terbabit dikesan memasuki kawasan IPD Taiping dengan menaiki sebuah kereta jenis Ford Fiesta.

Lelaki itu kemudian telah membawa lari MPV polis dan meninggalkan keretanya di kawasan parkir IPD Taiping.

Dia bagaimanapun berjaya ditahan di Tol Taiping Utara tidak lama selepas kejadian dan dibawa ke IPD untuk tindakan lanjut.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/111165/EDISI/Perak/Nak-bawa-diri-rentas-negeri-rupanya?

COMMENTS