Aksi Anwar curi masa bersenam dengan jiran jadi perhatian. Semenjak dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat begitu sibuk menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin negara.
Kerja ‘back-to-back’ di Jabatan Perdana Menteri
Malah, Anwar juga bekerja tanpa henti demi menstabilkan semula keadaan negara.
Bukan itu saja, selepas mengumumkan barisan kabinet Kerajaan Perpaduan pada Jumaat lalu, beliau juga dilihat menjadi pengerusi bagi mesyuarat rasmi pertama bersama menteri-menteri yang dilantik.
Tetap bersukan, kekal cergas
Namun, apa yang mencuri perhatian rakyat adalah perkongsian Anwar Ibrahim pada petang Isnin apabila beliau sempat meluangkan masa melakukan aktiviti riadah setelah selesai segala urusan kerja di Putrajaya.
Menerusi video yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya, Anwar Ibrahim melakukan aktiviti riadah dengan berjoging dan bersenam menggunakan battle rope di sekitar kawasan perumahannya.
‘Sibuk tapi jangan lupa riadah’
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen dengan mendoakan supaya Anwar Ibrahim diberikan kesihatan yang berpanjangan dan tidak kurang juga yang ingin menjadikan semangat kesukanan beliau sebagai inspirasi untuk kekalkan momentum dalam bersenam.
Video
Lihat siaran ini di Instagram