Aksi babak panas dalam filem Pulau, Aliff Satar akhirnya buka mulut

Aksi babak panas dalam filem Pulau, Aliff Satar akhirnya buka mulut

Aksi babak panas dalam filem Pulau, Aliff Satar akhirnya buka mulut. Sejak dari semalam kecoh di sosial media dengan kisah filem Pulau dikritik yang bakal ditayangkan di pawagam bermula Mac nanti. Sebuah filem tempatan yang mengisahkan tentang sekumpulan anak muda pergi ke sebuah pulau tinggal dan mula mengalami situasi aneh dan misteri.

Biarpun filem ini belum ditayangkan namun menyaksikan trailernya sahaja sudah membuatkan netizen kecam hebat. Ini kerana ada dakwaan yang mengatakan filem tempatan tersebut mengandungi babak yang tidak sesuai untuk tontonan umum di Malaysia.

Malah antara sebab lain filem Pulau dikritik juga adalah disebabkan pemakaian terlalu seksi para pelakon biarpun sesetengah bintang dalam filem ini bukan beragama Islam. Untuk info, filem ini dibintangi oleh pelakon hebat tempatan seperti Amelia Henderson, Ikmal Amry, Namron, Alif Satar, Sanjna Suri, Joey Leong, Harris Anuar, Jazmy Juma, Mark O’Dea, Sabronzo, Evie Feroza, Cedric Loo, Pui Yi dan Vikar.

Pengarah sangat memahami dan menghormati

Aksi babak panas dalam filem Pulau, Aliff Satar akhirnya buka mulut
Terbaharu memetik laporan Gempak, Alif Satar yang merupakan salah seorang pelakon filem dari genre thriller ini menegaskan yang dia tidak terlibat dengan sebarang babak panas dalam ‘Pulau’. Menurut pelakon lelaki berbakat besar ini, pengarah sangat memahami dan menghormati dirinya serta tidak melibatkan Alif dengan apa juga adegan mesra.

Tambahnya lagi sebab itulah ada pelakon berbangsa lain untuk memegang dan melakonkan karakter sebegitu. Manakala watak yang dibintangi Alif adalah hampir sama dengan dirinya dan tidak ada bergaul dengan babak yang tidak memerlukan khidmatnya.

Para pelakon terdiri dari pelbagai bangsa

Selain dari itu Alif juga memberitahu mereka akan berbincang terlebih dahulu sekiranya berasa kurang senang dengan babak yang perlu dilakonkannya.

“Saya juga sebenarnya sudah boleh agak akan menerima kerisauan seperti itu, tetapi semasa penggambaran, bukan sahaja pengarah bahkan para pelakon juga mempunyai pertimbangan.

“Macam saya, saya sendiri tahu macam mana cita rasa penonton, apa budaya yang kita selesa, melihat, mendengar, cara lakonan. Saya dah lama dalam industri, saya tahu macam mana nak bawa satu babak itu.

Menurut selebriti verstail ini juga dia akui filem ini akan ditonton oleh orang Malaysia. Jadi disebabkan itulah pelakon yang membintangi filem ini terdiri dari pelbagai latar belakang dan majmuk.

BACA:

Netizen musykil filem Pulau boleh lepas tapisan, “seksi habis ni..dah macam cerita mat salleh”

Senarai buah-buahan paling mahal dalam dunia, nombor 4 paling tak sangka

Tak berhenti baby ni nangis dalam flight, sekali pemuda ni buat tindakan paling berani

CATEGORIES