Aksi Wan Azizah kipas orang sekeliling buat ramai berdekah, “ini lah pengapit sebenar”. Dr Wan Azizah sekali lagi menghiburkan netizen dengan kipas tangan tradisionalnya.
Dalam video TikTok yang disiarkan oleh pengguna @wanruff, Dr Wan Azizah dilihat menyapa dan mengipas semua orang dengan kipas tangannya semasa menghadiri sebuah majlis perkahwinan. Dia dilihat sentiasa mengipas setiap kali bertemu dengan orang sambil bertemu sapa.
“Dialah pengapit sebenar pengantin. Tapi semua dia kipaskan. Hehehe. Tq @Dr Wan Azizah atas kehadiran tadi. Sangat sejuk mata memandang melihatnya. Hehehe,” tulis dalam kapsyen itu. Pemilik video turut mengucapkan terima kasih kepada Dr Wan Azizah kerana menghadiri majlis makan malam tersebut.
Sungguh comel!
Video itu telah mendapat lebih daripada 2.2 juta tontonan sehingga artikel ini ditulis dengan ramai netizen merasakan isteri kepada Perdana Menteri Malaysia ke-10 ini comel dan kelakar.
“hahaha.. comel je datin sri ni. habis semua org dia kipas”
“Typical mak2 kat kenduri ckp nak balik tp sampai ke luar gate bborak lg” – komen seorang pengguna.
Istilah “wan azizah kipas” kini menjadi trending dalam carian di TikTok. Dr Wan Azizah sentiasa kelihatan dengan kipas tangan tradisionalnya. Selepas ini mesti ramai yang cari kipas ini untuk dibawa kemana-mana.
Tonton video di bawah:
@wanruff Dialah pengapit sebenar pengantin. Tapi semua dia kipaskan. Hehehe. Tq @Dr Wan Azizah atas kehadiran tadi. Sangat sejuk mata memandang melihatnya. Hehehe #drwanazizah #pm10 #fyp ♬ Sayunk I Love You – Chombi