Akta Lompat Parti perlu digubal untuk elak ketidakstabilan politik negara

Akta Lompat Parti perlu digubal untuk elak ketidakstabilan politik negara

Akta lompat parti antara yang diminta oleh rakyat. (Enakmen bagi Dewan Negeri). Ahli politik yang tidak membawa janji kepada akta ini mereka akan ditinggalkan..

Tuan Ibrahim Tuan Man pernah meminta akta ini digubal pada 2018. Ini berikutan MP UMNO yg lompat ke bersatu dan peristiwa ini juga turut melukakan hati Nurul Izzah.

Rujuk kenyataan TITM disini.
https://www.google.com/…/s/www.bharian.com.…/node/509277/amp

Untuk rekod. Enakmen Anti Lompat Parti sudah diluluskan di Pulau Pinang pada 1 Nov 2012. Walaubagaimanapun. Pakar perlembagaan bagi jalan keluar untuk Adun supaya mencabar Rang undang undang tersebut. Feb 2020.

Rujuk sini. https://www.google.com/…/s/www.bharian.com.…/node/659165/amp

Maka dari situlah jelas menunjukkan Akta Lompat Parti mesti diluluskan di peringkat lebih tinggi iaitu di Dewan Rakyat. Di ikuti oleh enakmen kerajaan Negeri.

Kita pun sedar. Talak bini dengan Denda 10 juta tak laku dah. Kena ada sistem yang menutup lubang peluang YB untuk di “Niaga” kan bagi mendapatkan kuasa.

Ketidakstabilan politik bermula dari siapa PM sehingga ke kemuncaknya di sheraton akan berpanjangan sehingga dua tiga tahun. Tambah covid19 dan fiskal ekonomi negara.

Rakyat berhak untuk marah.

Sumber: