Aku ada seorang kak ipar yang luarannya nampak lembut tapi hati perangai syaitan

Oleh ISMAIL YAHYA

Assalamualaikum dan salam sejahteraNak kongsi, saya ada seorang kak ipar yang luarannya nampak lembut tapi hati penuh noda.

Ceritanya begini, tiga tahun lepas mak ayah kami mula hibahkan tanah kepada anak anak, ada lima beradik.

Kami sekeluarga bermesyuarat bincang dan dapatkan consent semua jemaah termasuk laki bini masing masing.

Aku ada seorang kak ipar yang luarannya nampak lembut tapi hati perangai syaitan

So, bermulalah episod drama si stokin baldu ni.

Mana yang dah ada bajet proceed dengan proses tukar nama. Iyalah semua dah sepakat dan bersetuju dengan bahagian masing masing.

Stokin baldu ni kak ipar kami yang no dua.

Dia dapat enam ekar tanah sawit, letak nama abang kami la kan. Abang kami lagi bijaksana 2 tahun lepas tu tukar tanah tu atas nama bini kesayangan dia.

Tapi ropanya dia heboh dok audit bahagian orang lain. Saya tengok dah jadi macam juruukur pon ye juga.

Stokin baldu ni dok complaint pasai pa dia dapat tanah hulu?? Tiber je.

Kami masing masing dah usahakan tanah bahagian kami, ada yang buat rumah sewa, tanam cili api, tanam serai, etc. Stokin baldu ni jer takdak buat apa lagi.

Saya dok perati tiap kali dia balik kampung (tu pun balik sebab ada hajat ropanya dok ngepow mak ayah minta suntikan modal berniaga beratus ribu ringgit).

Suka balik senyap senyap takmo jumpa adik beradik yang lain.

Depa balik dok melobi mak ayah nakkan bahagian tanah adik beradik lain dengan alasan nak buat rumah singgah balik kampung, tanah dia dihujong donia tak leh buat rumah kata dia. Kata dia…

Stokin baldu ni kira ongkaya sebab bisnes dia berkembang maju. Tak kisah pon sebab tu reta dia usaha sendirikan? Nak cite la kekayaan dia level mana.

Rumah banyak, dia laki bini paling kaya sekali kalau combine pendapatan. Tapi kalau balik kampung lenggang kangkung beli buah pon sorok dalam bilik takmo kongsi.

Ada adik sorang ni paksa rela bagi dia buat rumah sebijik dekat tanah dia. Tak taulah macam mana dia pujuk adik kami tu. Kita tatau apa drama tu so kita tak yah cita noo.

Kita cita yang dalam pengetahuan kita saja. Dah siap rumah tu, dia siap minta bagi bahagian tanah tu letak nama dia ye bukan nama abang sebab alasan dia duit buat rumah tu dia yang keluar modal.

So ada meeting tergempar takdak panggil jemaah lain, between them ja. So adik ni fight la hak dia kan.

Dia kata perjanjian asal nak bagi dia buat rumah satu bilik je untuk dia singgah balik kampung bukannya nak bagi bahagian tanah adik tu dekat dia.

Member stokin baldu pi buat rumah 4 bilik tidoq, dua bilik ayaq. Coi!!!!

Dah mak ayah masuk campoq minta adik ni beralah je la. Adik ni propose swap tanah sawit satu ekar pon si stokin ni kira guna kalkulator weh.

Tak masal stokin tuduh saya yang dari tak tau cita pa dia, kata saya dok menghasut adik ni.

Adik ni just call minta bantuan saya untuk selesaikan hal ni. Dah tuduh saya penghasut. Maka saya pon masuk ini cerita, dari taktau apa terus tau apa butir cita tu.

So cita dia, kalau kau kaya banyak duit jangan amek hak orang lain. Ko kan kaya belilah tanah dan aset sendiri. Tak yah dengki dengan orang lain.

Ko dah level T20 dah pun. Emas banyak, investment banyak. Kereta nam bijik.

Dah dapat apa kau nak, balik kampung jarang sekali. Tapi hutang kat mak ayah yang pinjam berpuluh k tu singgit pon kau tak nak bayar. Memalukan!!!!

Ni bukan drama sinetron tapi cerita betul. So siapa yang ada hutang duit kata nak pinjam dengan mak ayah ni silalah bayar ye. Jangan buat buat lupa pas tu play viictim!

Wanita yang berpura pura alim, berstokin, berhijab tutup dada hanya sekadar menutup aurat sahaja tapi kelakuan lagi murrrbahaayaaaa daripada hakak yang londeh sana sini.

Yang londeh sana sini tu pon murbahaya tapi perangai macam tu kita boleh agak macam mana. Yang bertutup penuh ni kejahatan dia memang tak boleh terima.

Semoga Allah ampunkan dosa kita semua. Aamiinn.

Reaksi Warganet

Jamilah Jaafar –
Aku ada idea. Hangpa buat mesyuarat semua adik beradik berdepan. Kemukakan segala masalah secara berterus terang.

Sebelum tutup mesyuarat tu jeng jeng keluar seorang lawyer untuk bagi nasihat undang undang.

Last sekali keluag seorang alim yang bagi nasihat tentang kematian dan siksa kubur. Baru drama real punya.

Atikah Norziman –
Kalau dia tak mahu bayar sewa tapak umah 4bilik dia atau tukar dengan tanah sawit dia, tuan tanah bawa jentolak ranapkan saja rumah tu.

Beri dia tempoh 3 hari. Kalau dia setuju bayar sewa tapak jangan lupa buat agreement hitam putih supaya tak susah di kemudian hari.

Ungku Nor –
Selagi nama tak tukar, rumah tu milik adik. Fight kat court pun ipau tu tetap kalah.

Jangan suruh adik robohkan, rumah 4 bilik 2 bilik air ni dah level banglo setingkat weihh, huhu.

Kalau taknak dia ungkit jugak, pulangkan je modal dia buat rumah tu. Pergi la cari tanah lot orang jual buat rumah sendiri.

By the way, pakai stokin baldu tu tak licin ke? Sorry la tak pernah pakai sebab tu kita tanya. Kita pakai stokin Mydin je

Wan Chu –
Korang dekat sini bagi nasehat bab ipar tu. Tapi pengalaman ambe lah once ko dapat ipar kaki kira kira ni tak kisahla dia stoking baldu ka baldi ka memang cemperalah hangpa adik beradik.

Even kalau hang ada abang paling tegas pun dia berani nak lawan kalau dia ghasa tu hak suami dia.

Hangpa Kena buat surat black white buh duti stem skali. Valid untuk bawak dekat court.

Sesekali bila dia lupa diri tu panggil meeting adik beradik dan up sikit surat tu bagi dia ingat balik.

Tak insaf takyah cakap banyak..Saman ja

Tyha Tyha –
Sesetengah kita ni buat apa apa tak de hitam putih, main perjanjian mulut saja. Tu yang masalah. Jadi apa apa dok bising tung tang2 jelah boleh.

Bukti tak dak kalau nak saman ke apa. Sedangkan tu jelah kita boleh proceed jika masalah tak selesai cara elok.

Dan lagi peningnya masalah hang dengan orang lain. Pi cerita pulak kat orang lain yang tak leh tolong apapon.

Awal awal dah silap dah sebab bagi orang lain buat rumah atas tanah sendiri tanpa ada apa apa perjanjian hitam putih. Lagi haru kalau tanah tu pon nama mak pak lagi.

Faezah Za –
Ya Allah malunya dah dapat harta free pun nak tamak lagi..

Kitorang adek beradik ada 7, aruwah abah buat wasiat. Siap pesan lagi, jangan malukan abah bila dah takde.

Kitorang semua pakat pakat setuju je dengan apa yang dapat. Ada yang dapat tanah sawit, ada yang dapat tanah dekat bandar kecik (kosong), ada yang dapat tanah bandar yang ada rumah pusaka abah.

Nak berebut atau tak puas hati pun malu weh sebab tanah tu semua dapat FREE. 1 sen pun takde keluar modal, tau tau dapat tanah free.

Kitorang pkir kalau la ada sesape dalam adik beradik yang tak puas hati dengan wasiat tu, memang aku lepaskan je hak aku. Malu nak bergaduh sebab benda gini.

Alhamdulillah dah 5 tahun semua dapat hak masing masing, walaupun ada kakak abang aku dapat tanah kebun yang ada income setiap bulan, mana yang tak dapat tu rilek je takde pun nak sakit ati.

Duit sawit yang ada beberapa ribu tu, diorang siap share share lagi order makanan makan ramai ramai. Beli kek sambut birthday cucu cucu.

Sumber – Timah Tanjung Tuan

BACA: “Abah tinggalkan kami sebab nak kahwin janda anak 2, lepas 10 tahun abah hilangkan diri sekarang abah tiba-tiba datang”