“Aku anak yatim piatu, ada kutipan derma kilat untuk aku di sekolah, sebabkan aku ni keturunan syarifah, guru besar ambil semua duit sumbangan tu”

Oleh ISMAIL YAHYA

Aku minta zakat sebab aku anak yatim piatu. Ustaz tu tanya, betul ke aku miskin, takde duit? Aku cakap aku ada sikit duit faraid.

Ustaz tu tanya berapa dengan nada sindir. “Sejuta? Setengah juta?” Tengok tengok dapat tahu, permohonan zakat aku tak berjaya.

Aku tak pasti tapi ustaz kata keturunan Syarifah / Syed atau ejaan lain Sayyid adalah keturunan Nabi Muhammad SAW while sheikh yang orang selalu tertukar tu adalah title jawatan.

"Aku anak yatim piatu, ada kutipan derma kilat untuk aku di sekolah, sebabkan aku ni keturunan syarifah, guru besar ambil semua duit sumbangan tu"

Of course aku tak percaya aku keturunan Baginda, aku cuma kebetulan je kot dapat nama ni.

Bagi aku keturunan ni dah terlalu jauh dan tiada apa-apa maksud istimewa dalam hidup aku. Mak aku Syarifah dan ayah aku Syed. Cita-cita aku nak lari dari nama Syarifah / Syed.

Kalau tak kaya raya macam keturunan Syed di media social tu, baik tak payah pegang nama ni. Kenapa?

Meh aku cerita kisah kanak-kanak dan kisah hidup aku. Family aku tak kaya raya tapi orang persoal semua bantuan yang aku dapat. Aku pernah dapat bantuan awal persekolahan tanpa aku tahu kenapa aku dapat. Aku happy je la. Tapi cikgu-cikgu bercakap belakang aku.

Mereka cakap aku tak layak sebab aku Syarifah, bukan aku yang minta tapi berdasarkan gaji mak ayah, aku layak. Memang takde borang permohonan pun, cuma semua pelajar wajib bagitahu gaji ibubapa. Dari situ aku dapat bantuan tu.

Kedua, donation selepas kematian ibu / ayah. Ayah aku meninggaI masa aku di sekolah rendah. Di sekolah aku, tak kira kaya atau miskin, kalau ada kematian sekolah akan buka kotak donation yang bergerak dari kelas ke kelas.

Anak doktor dapat, anak cikgu dapat, anak askar dapat dan anak yb pun dapat. Selepas dah kutip sumbangan tu, masa guru kelas aku nak serah ke mak aku, tiba-tiba guru besar kata mak aku tak layak sebab keturuan Syarifah.

Mak aku cakap takpela, tak ada rezeki. Bukan duit yang buat aku marah tapi kejadian tu yang buat aku marah. Seterusnya, form 5 mak aku pula meninggaI. Lagi sekali sekolah buka donation dari kelas ke kelas. Macam biasa, duit donation tak sampai ke aku dan senyap macam tu je.

Ada la beberapa mak kawan-kawan aku yang bagi duit direct ke aku, mereka tak bagi melalui sekolah. Aku pun dah tak mengharap pun. Duit yang lenyap tu, aku tak tahu ke mana. Sebelum aku masuk matrikulasi, aku dipanggil untuk terima duit untuk pelajar-pelajar yang bakal masuk pre-uni.

Dekat sini, takde tulis untuk orang miskin atau kaya. Semua pelajar-pelajar yang nak masuk pre-uni akan diberi duit ni. Aku pergi ke majlis ni bersama mak kawan aku dan kawan aku. Dekat situ aku jumpa cikgu-cikgu sekolah, mereka kata; eh syarifah tu pun dapat duit bantuan pre-uni ke?

Disclaimer; Mak kawan aku tu doktor. Tak ada pula cikgu-cikgu tu berkata benda sama. Padahal aku hanya seketul Syarifah, yatim piatu yang tak ada apa-apa source of income pun. Habis matrikulasi, aku sambung masuk uni.

Aku plan nak guna duit faraid arwah ibubapa aku tapi aku takut tak ada simpanan em3rgency kalau apa-apa jadi sebab aku seketul je hidup sorang-sorang. Duit tu pun tak banyak. Jadi, aku kerja part time sambil belajar. Pagi sampai lewat petang ada kelas, malam aku kerja sampai a-5 pagi.

Awal sem di uni, aku ada apply zakat uni. Satu hari aku dipanggil oleh lecturer (atau pegawal) program zakat uni tu. Orang panggil dia ustaz. Ustaz tu kata aku lulus semua kriteria program zakat tu (lebih kurang macam tu, aku lupa ayat exact macam mana). Aku pun happy la.

Tiba-tiba ustaz tu tanya, betul ke aku miskin dan tiada duit? Then, aku cakap aku kerja part time dan ada sikit duit faraid tu. Ustaz tu tanya berapa dengan nasa sindir. “Sejuta? Setengah juta?” Aku cakap tak. Ustaz tu siap bagitahu HARAM untuk keturunan Syarifah / Syed untuk terima zakat.

Dia pun suruh aku keluar dan suruh aku tunggu email. Yep, permohonan gagal. Sepanjang 8 sem aku hidup dan bayar yuran dengan duit kerja part time kedai mamak, mekdi dan watson. Banyak kali aku terfikir, apa salah nama aku?

Keturunan tak bawa apa-apa maksud pun. Mungkin nenek moyang pernah kaya tapi tak semestinya cucu cicit ni kaya kan. Maybe syarifah / syed lain kaya, tapi tak semua. Kadang-kadang aku tersasul eja nama aku “syarikat” sebab aku tak ada attachment dengan nama aku.

Lepas habis belajar, aku berkenalan dengan seorang laki-laki ni, mula-mula semua ok sampai la mak dia tahu aku ni Syarifah yang tiada keluarga dan tak kaya. Terus maknya tak suka dan hubungan kami putus. Aku kerja selama 5 tahun sebelum jumpa jodoh.

Aku kumpul harta sendiri. Beli rumah dan kereta sendiri. Aku tak pernah mencari Syed tapi jodoh aku datang bernama Syed. Keluarganya terima aku seadaan, seketul Syarifah yang tak ada apa-apa status. Keluarga suami aku keluarga yang pentingkan keturunan.

Aku 50/50 rasa yang mak ayah suami aku terima aku sebab nama aku je kot. Semua Syarifah dalam keluarga mereka perlu berkahwin dengan Syed demi turunkan nama keturunan ni ke cucu cicit. Kalau hampir tolak suami sebab namanya Syed.

Aku tak nak anak-anak aku membawa nama ni. Disebabkan sayang, aku terlupa benci aku terhadap nama ni. Kadang-kadang aku terfikir, aku ni terkenal karma / kifarah keturunan syarifah / syed yang “select” mencari menantu kot.

Masalahnya syarifah / syed yang kaya buat hal tapi aku yang miskin dapat baIasan, huhu. Sekarang ni aku cuba nak bagitahu suami, boleh ke anak-anak nanti tak nak letak nama keturunan ni. Sekian luahan hati seketul Syarifah. – Syarifah (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Mas Azizah : Saya ada beberapa orang rakan yang ada nama Syarifah. Memang macam-macam kisah seperti TT ni. Dari hal bujang sampai kahwin, ibubapa yang mementingkan adat sampai menyusahkan.

Pernah juga terserempak dengan lelaki yang beriya nak tahu samada saya keturunan Syed Syarifah. Katanya nak baIas d3ndam. Macam-macam perangai manusia macam tak de Iman.. Pilih lah jalan yang diredhai Allah SWT, bukan kerana manusia.

Syarifah Nir Albait : Untuk faham dengan lebih baik , mungkin awak boleh tanya keluarga mertua yang otai-otai berkenaan semua benda tu. Tak semua benda boleh dibincangkan secara terbuka begini. Tanya pada yang ahli, jangan hukvm diri sendiri dan hargailah keturunan itu.

Ada benda kita kena follow tanpa persoalkan , contohnya keturunan ni la. Cuba pergi jumpa orang-orang tua dalam family suami dan tanya berkenaan nasab keturunan ni memandangkan dorang menjaga keturunan supaya tak putus.

Moga jawapan-jawapan mereka buat awak lebih bersyukur sebab dilahirkan sebagai syarifah. Kita tak mulia dari orang lain sebab keturunan , tapi kita patut rasa syukur sebab salasilah tu bersambung dengan orang-orang yang mulia. Baiki diri dan cuba jaga akhlak baik-baik.

BACa: Niat hanya mahu buang sampah, lelaki ini temui sampah yang buat keluarganya jadi jutawan dalam sekelip mata