Assalamualaikum semua. Jam menunjukkan jam 3.00 pagi. Aku tak tahu nak menangis atau bangun teruskan kehidupan baru
Hari ini sudah hampir 3 bulan aku melafazkan cerai terhadap bekas isteri aku atas permintaannya sendiri.
Ya masa tu dia sendiri minta kami berpisah secara baik alasan sebab tak boleh lupa dan mentaInya depr3ssion sepanjang perkahwinan bila teringat kesilapan aku lakukan.
Even aku bertaubat dan jadi wali ulama pun bagi seorang yang disahkan mentaI depr3ssion ia bukan sesuatu yang mudah dilupakan.
Kami berkahwin ketika zaman belajar lagi dan alhamdulilah rezeki ada 4 orang anak dengan paling bongsu setahun lebih. Aku sangat menyayangi isteri dan anak – anak. Tapi di sisi gelap aku ada 3x kejadian melibatkan aku dan isteri masih beri peluang.
Namun kali ke 4 ni even asal dia juga beri peluang namun dia sukar terima dan bertekad menfailkan penceraian. Di sisi mata orang melihat aku seorang suami yang terlalu sayangkan isteri. Kalau di rumah, aku la banyak membantu kerja rumah dan tugas utama isteri aku hanya memasak.
Itupun aku tak pernah p4ksa dan kalau dia tak larat aku ajak je dia ke kedai makan atau order foodpanda. Anak – anak alhamdulilah aku tidak kekok mengurus dari hal mandi, tukar pampers dan buat susu tengah malam. Ya semua 4 anak aku la yang bangun malam buatkan susu dan tidurkan mereka.
Berbalik kesilapan aku tu apa perkara aku buat sampai isteri sendiri failkan penceraian? Jujurnya aku tidaklah kaki minum ke, kaki jvdi ke kaki pukuI atau kaki perempuan. Tapi aku mencurangi isteri aku atas sebab di telefon dan media sosiaI.
Melibatkan aku mesej dengan seseorang di alam maya yang aku sendiri tak pernah jumpa di alam realiti. Kali ke 4 ini lagi dia sukar terima kerana aku mesej hingga tahap memaIukan. Perkara itu menyebabkan isteri aku tr4uma dan sukar lupakan sampai tahap dia didiagn0s mentaI depr3ssion.
Aku selepas kejadian kant0i tersebut sangat menyesal dan berjanji takkan lakukan lagi. Aku cuba justify kata kat isteri aku yang aku bukan tahap sampai buat d0sa besar tapi baginya kesan tu cukup mendalam. Aku cuba selamatkan sedaya upaya dengan ajak bercuti, belikan hadiah untuk memujuk dan sebagainya.
Dijadikan keadaan sem4kin menc4bar apabila aku yang bekerja di sebuah sekolah swasta terp4ksa berhenti atas faktor pengurusan. Mudah kata ada isu pengurusan dan kewangan menyebabkan aku perlu meletakkan jawatan.
LagiIah perkara ni membuatkan keadaan sem4kin sukar kerana aku tidak punya pekerjaan yang terjamin. Maka bermulalah kehidupan aku dari jadi rider lalamove, driver grab dan agen takaful. Bila aku dah takde apa – apa ni dengan kesilapan yang aku lakukan, aku tahu isteri aku takde apa nak kesalkan pun tinggalkan aku.
Kalau aku ni kaya income 6 angka sebulan mungkin lain. Haha. Dia merupakan seorang guru KPM dan sudah pasti dia rasa kuat je tanpa aku sebab ada kerjaya dan income sendiri. Memburukkan keadaan isteri ada hubungan tidak baik dengan keluarga aku terutama mak aku.
Perkara seperti isu balik kampung dan penjagaan anak pertama kami yang dijaga ibu aku ketika kecil menyebabkan diungkit dan keadaan m4kin sukar agaknya dan berkaitan semuanya. Ikutkan hati kami masih sayang menyayangi dengan anak kami pun masih kecil lagi.
Bila terpandang wajah anak aku jadi sebak memang nak pertahankan juga namun hati isteri aku dah tekad teruskan perceraian. Malah dia beri syarat bila bercerai jangan diajak untuk rujuk. Di pandangan keluarga aku dan setengah kawan yang tahu masalah kami melihat aku yang lembik dan terlalu ikut permintaan isteri.
Ya aku akui takut kehilangan dia dan semua dari dia aku turuti. Isteri aku ada minta tukar ke kampung halamannya kerana nak menjauhkan diri dari aku la dan dia pun tahu dengan 4 anak masih kecil sukar dia uruskan berseorangan tanpa aku.
Aku akui kesilapan aku lakukan dan aku betul menyesal dan ingin get back pada dia. Sekarang iddah dia pun dah tamat dan dia pun takde tanda terima aku kembali. Dia sering merujuk mentaI depr3ssion dia point utama hubungan kami tidak boleh diteruskan even perasaan sayang tu masih ada.
Dia masih bahasakan diri sayang, abang, dengan aku. Aku tahu jauh di sudut hati dia sayangkan aku dan dia pun tahu aku sangat sayangkan dia. Dengan keadaan buat masa ni ramai cadangkan aku move on. Bagi keluarga aku, isteri aku dah tak hargai dah segala benda yang aku buat selama ni.
“Biarla beratus kebaikan ko buat tapi disebabkan kesilapan telah ko lakukan dah tak nampak dah kebaikan tu.” Aku pun macam dah ada tanda depr3ssion dan str3ss kena refer psiki4tri gak agaknya. Sekarang aku masih jalankan tanggungjawab aku sebagai ayah.
Aku masih menghantar dan menjemput mereka dari sekolah. Kadangkala bila isteri tiada di rumah aku masih menguruskan rumah tersebut dari hal baju, mengemas etc. Adakah aku terlalu baik sangat sehingga setengah orang melihat aku dipijak je sebab terlalu ikut kemahuan isteri?
Mungkin aku perlu pergi jauh darinya agar dia merasakan kehilangan tapi aku masih kesian dengan dia menguruskan anak dan rumah berseorangan. Cuma aku tahu aku kena kekal bertaubat dan tidak lagi buat kesilapan aku itu lagi.
Sayang.. Ketahuilah hati ini masih menyayangimu.. Abang tahu abang dah takde apa. Kerja hilang, income pun belum stabil. Rumah pun tak mampu beli lagi. Mungkin Abang perlu jadi seseorang yang kaya ada semua sudut material baru datang kembali pada sayang.
Mungkin sayang juga perlu masa pulih dari mentaI depr3ssion yang dialami. Sampai ke akhir hayat Abang tetap menyayangi dan akan terus menantimu.. – Suami Yang Menunggu (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Siti Nazirah : Kau chat perempuan lain, tu permulaan untuk curang. Benda basic untuk perkahwinan, jangan contact lain jantina untuk urusan selain urusan kerja. Kau common sense ada macam tolong kemas rumah, tapi common sense nak jaga hati isteri pasal chat tak senonoh tu? Tak fikir?
Lepas tu ada hati nak tanya “aku ni lembik sangat ke, baik sangat ke bagi isteri pijak kepala?” Kawan kau dengan family kau mesti lah side kau. Tapi kau ada bagitahu ke kat mereka yang kau dah 3 kali buat benda bukan – bukan even sekecil chat dengan perempuan lain pun (bukan kecil ok, besar isunya bila kau contact wanita lain benda bukan – bukan).
Lepastu sebelum tu dah tahu isteri dengan family kau tak ngam, ada kau usaha bagi ngam sampai family kau akan marah kau sebab kau dengan bini kau nak cerai. Aku kalau abang aku buat hal, lepas tu kakak ipo aku baik, aku memang side kak ipo. Entah lah. Dunia ni sementara je. Akhir4t yang selamanya. Usahalah bawak anak bini masuk syurga.
Jiha Jessica : I think kan you insaf sebab Allah da tarik rezeki encik especially hilang pekerjaan. Sebab encik curang dah sampai 4 kali. Encik tak pernah ke memujuk dalam memujuk kena ada pujian. Kalau nak nikah semula dengan ex wife.. buat syarat yang encik tak akan curang lagi.
Tapi encik tak ada kerja mesti nanti berg4ntung kepada ex wife kalau nikah semula. Tapi sekarang encik kena depr3ssion sebab Allah nak encik rasa macam mana isteri encik rasa masa tu. Kalau sayang tak akan curang berkali – kali. Mesti ada ayat – ayat Iucah sampai isteri depr3ssion.
BACA: 5 benda ramai rakyat tak tahu tentang Yang di-Pertuan Agong ke-17, no.5 tu bernilai RM1.2 juta!