“Aku dapat tangkap suami curang keluar hotel dengan baju kusut, paling sakit bila kakak aku keluar sekali”

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Sejujurnya sakit dicurangi tidak sesakit mengetahui darah daging sendiri yang sanggup meruntuhkan rumah tangga.

Bagaikan sudah pupus lelaki bujang hingga ada nafsu dengan ipar sendiri, mereka ini seolah tidak berfikir sakitnya dikhianati.

Seorang wanita pelik akan sikap bekas suaminya dengan kakaknya sendiri sewaktu mereka masih sah bernikah.

Kami bercinta selama dua tahun sebelum buat keputusan untuk berkahwin.

Kami tak langsungkan majlis pertunangan memandangkan kedua-dua belah pihak pun bersetuju untuk terus berkahwin.

“Aku dapat tangkap suami curang keluar hotel dengan baju kusut, paling sakit bila kakak aku keluar sekali"

Selepas dua tahun kahwin, kami masih belum dikurniakan cahaya mata, memang sakit rasanya menunggu.

Keluarga aku sering buat majlisberkumpul sama-sama ada satu kejadian yang bila aku fikir balik itu adalah petunjuk tetapi aku ketika itu terlalu percayakan suami.

Malam itu semua orang dekat luar meraikan hari jadi anak saudara. Aku perasan suami aku tak ada jadi aku pergi cari dia. Tiba-tiba aku nampak dia keluar dari bilik kami bersama dengan kakak aku.

Aku terkejut dan minta penjelasan apa yang mereka buat dalam bilik. Suami kata kebetulan sebab kakak aku nak pinjam pencuci muka aku sebab dia terlupa bawa.

Kebetulan pulak kami pakai produk yang sama. Aku percaya apa yang mereka cakap, aku senyum dan terus tarik tangan suami untuk keluar bersama.

Itu adalah petunjuk pertama untuk aku tapi siapalah yang aku pikir bukan-bukan tentang suami dan kakak sendiri kan.

Lepas tu suami kena pergi outstation sebab dia boleh dikatakan orang penting la dekat syarikat tu tapi seingat aku, kakak pun ada pergi outstation tapi negeri yang lain.

Sekali lagi aku tak suspek apa-apa. Banyak kali aku perasan ‘kebetulan’ antara suami dan kakak aku.

Mereka boleh terserempak masa makan tengahari, dan kebanyakan apa yang suami aku bagi dekat aku, kakak pun ada.

Aku dah mula fikir yang bukan-bukan namun dalam masa yang sama, suami masih jalankan tanggungjawab sebagai suami dengan baik.

Nafkah zahir dan batin tak pernah curang. Aku sebagai isteri dapat rasa sesuatu yang tak kena, biasalah firasat seorang isteri kan.

Aku solat minta petunjuk dari Allah, aku dapat mimpi tapi aku fikir itu hanyalah mainan syaitan tambah lagi dalam keadaan aku sendiri yang tengah ragu-ragu dengan suami.

Hinggalah satu hari aku nampak suami dan kakak aku makan tengahari bersama. Aku ikut diorang dari belakang.

Mula terbongkar segalanya

Tujuan aku pergi pejabat suami sebab nak bagitahu berita gembira yang keputusan UPT aku positif, maknanya aku hamil.

Aku nampak mereka sangat mesra, kakak siap berpaut tangan dengan suami dan suami pun layan dia macam dia layan aku.

Aku terkejut dan cuba tahan air mata. Aku terus contact boss bagitahu aku tak dapat pergi kerja sebab sakit. Malamnya aku tak terus terang dengan suami, aku nak tengok sejauh mana permainan mereka dan nak dapatkan banyak lagi bukti-bukti.

Suami masih seperti biasa, layan aku dengan baik. Sebelum ni aku tak pernah cek HP suami sebab aku percaya dia betul-betul, malam tu aku nekad cek call history dan juga mesej dia dengan kakak.

Aku istighfar panjang baca kesemua mesej diorang, lebih dari sembang biasa hingga perkara-perkara lucah macam suami isteri.

Aku tangkap gambar semua sebagai bukti kemudian aku terus menangis semahu-mahunya dalam tandas. Dia tipu aku selama ini, dia buat aku nampak bodoh.

Aku sedih mengenangkan anak yang da dalam perut. Aku tak bagitahu orang lain kecuali kawan baik aku. Sanggup seorang kakak buat adik dia macam ni??

Beberapa hari berlalu aku masih diamkan tentang kehamilan aku, sesekali aku tanya untuk menduga suami sekiranya dia ada apa-apa yang ingin cerita atau bagitahu dekat aku.

Dia kata tak ada apa-apa. Dia tanya aku kenapa. Aku cakap aku sayang dia dan dia balas yang dia sayang aku.

Sebulan kemudian Allah gerakkan hati aku sekali lagi untuk ikut suami diam-diam selepas pergi check up baby.

Aku nampak suami dan kakak masuk ke sebuah hotel. Padahal dia bagitahu aku yang dia terpaksa OT malam tu.

Aku ikut dan aku tunggu diluar bilik hotel, entah berapa lama aku tunggu sehinggalah mereka keluar dengan keadaan baju yang kusut dah macam kena cakar kucing.

Terkejut mereka bila nampak aku, “Selama ini, saya ingatkan saya boleh percaya awak.” Itu je ayat yang mampu aku ucapkan buat suami.

Dengan segala bukti yang ada, aku failkan perceraian, aku rasa jijik. Mak aku tahu hal ini dan dia memang marah sangat dan halau kakak aku keluar dari rumah.

Aku menangis dekat mahkamah bila kami dah sah bercerai. Aku minta maaf dekat suami sebab tak dapat jadi isteri yang baik untuk dia sehingga dia pilih untuk curang dengan kakak aku sendiri.

Selepas cerai dia tahu aku mengandung, dia nak rujuk balik tapi aku tak nak. Hati aku dah terluka, mungkin aku boleh maafkan jika wanita tu orang lain tetapi dia adalah kakak aku!

Bekas suami pilih untuk kahwin dengan kakak aku, dia tak pernah abaikan nafkah anak aku tapi tak pernah sekalipun anak aku nak duduk dekat dengan dia.

Aku pilih untuk tak hadir mana-mana majlis keluarga dan mereka sangatlah memahami keadaan aku.

Bekas suami pula terpaksa berhenti kerja sebab malu dengan rakan sepejabat. Aku harap perkahwinan mereka hingga Jannah dan mereka tak khianati rumah tangga mereka.

Baca juga: Gaji tak setimpal dengan populariti, baru sehari kerja kedai baju Alice Chang terus berhenti