Awal perkahwinan, aku duduk bersama mak mertua. Maka bermulalah episod didera secara mental oleh mak mertua aku.
Minggu pertama kahwin, mak mertua dah persoalkan kenapa aku pakai kancil je. Dia kata kawan-kawan cikgu dia walaupun muda-muda dah pakai honda..
Assalamualaikum. Nama aku Bunga (bukan nama sebenar). Aku dah kenal suami aku lama sebelum kami berkahwin.
Sebelum kahwin, aku ada jumpa mak mertua tapi jarang. Tapi walaupun jarang jumpa, aku dah dapat kenal pasti yang mak mertua aku ni
seorang yang tak mesra dengan orang, ego tinggi dan agak pandang rendah dekat orang yang tak berpendidikan.
Mungkin sebab dia berkerja sebagai guru besar di sebuah sekolah kerajaan. Masa aku kenal suami aku ni, aku tak tau yang dia agak berada sebab dia nampak biasa-biasa je. Pakaian pun selekeh je. Aku tau pun bila aku sampai rumah dia dan nampak rumah dia agak besar.
Pendekkan cerita aku pun berkahwin dengan suami aku empat tahun lepas. Pada awal perkahwinan, aku duduk bersama mak mertua. Maka bermulalah episod didera secara mentaI oleh mak mertua aku. Aku berkerja sebagai seorang guru.
Gaji memang cukup tapi aku memilih untuk membeli kereta kancil secondhand sahaja. Sebab aku nak simpan lebihan gaji aku. Aku suka tengok amaun yang banyak dalam akaun aku walaupun selepas aku dah bayar semua hutang.
Minggu pertama kahwin, mak mertua dah persoalkan kenapa aku pakai kancil je. Dia kata kawan-kawan cikgu dia walaupun muda-muda dah pakai honda dah. Aku diam aja mendengar. Dan hari-hari berikutnya kami asyik bersembang tentang topik yang sama.
Mak mertua tak habis-habis bercerita pasal kenalan dia yang kerja hebat-hebat dan pakai kereta besar. Sedangkan kenalan yang dia ceritakan tu takda apa-apa pertalian pun dengan dia. Orang yang dia banggakan tu samada kawan masa sekolah, bekas murid dia, jiran dan sebagainya.
Pendek kata, punyalah gigih dia bercerita pasal kenalan jauh dia tu dekat aku sebab nak merendahkan aku yang datang dari keluarga b40 ni. Dia tak boleh nak berlagak pasal anak dia yang lain sebab semua anak-anak dia semua tak menjadi kecuali suami aku.
Lagi satu, mak mertua aku sentiasa nampak aku ni macam seorang yang tak tau apa-apa. Setiap apa yang aku cakap mesti dia tak percaya sedangkan info tu dah keluar berita dah pun. Dia nampak aku ni macam orang yang tak tau apa-apa sebab mak ayah aku tak berpendidikan.
Benda ni berterusan hari-hari ya. Setiap hari sembang dengan dia mesti topik yang lebih kurang sama. Sembang pasal rumah sapa paling besar, kereta sapa paling mahal, gaji sapa paling besar dan sebagainya. Kenapa aku kata ni penderaan emosi?
Aku str3ss dengar benda yang sama hari-hari. Aku tertekan dibanding bandingkan dengan orang lain sedangkan aku ada hak uruskan kewangan aku ikut cara aku. Sampaila satu hari aku dapat tau yang sebenarnya mak mertua aku ni susah rupanya.
Susah sebab banyak hutang. Tolak hutang kereta yang lima biji tu dan hutang rumah, baki gaji dia ada berapa je sampai kena pinjam duit dari orang lain. Sebab nak sangat tunjuk dekat orang luar yang dia hidup senang, dia sanggup berhutang luar kemampuan.
Orang kata ‘biar papa asal bergaya’. Berbeza dengan mak ayah aku. Kedua-dua mereka kerja biasa-biasa sahaja. Kereta pun ada satu. Duduk pun di pangsapuri kecil. Tapi saving masing-masing dah lebih rm20k. Jadi lepas tau perkara ni, aku terkejut.
Dia sendiri dah hadap masalah hutang sebab keinginan dia nak hidup mewah. Tapi kenapa dia nak suruh orang lain hidup macam dia. Bukan ke kalau kita dah buat kesalahan kewangan, kita nasihat orang lain untuk tak jadi macam kita.
Dia pulak lagi nak galakkan aku dan suami pakai kereta yang kami tak mampu. Cakap pasal suami aku pulak, dia pun lebih kurang mak mertua aku. Tak pandai manage duit. Seminggu sebelum masuk gaji duit dia dah habis. Jadi aku la yang tanggung dia.
Selain dari tu, barang-barang keperluan aku dan kos perubatan pun aku yang bayar sendiri sebab duit suami sentiasa tak cukup sebab dibebani personal loan. Lepastu nak beli benda bukan-bukan yang luar dari kemampuan dia.
Aku yang kena pantau perbelanjaan dia untuk elak dia jadi macam mak dia. Lagi satu, setiap bulan mesti mak dia pinjam duit dia walaupun dia dah bagi duit bulanan dekat mak dia (lebih dari duit yang dia bagi aku ya).
Sekarang ni dah empat tahun kami kahwin. Alhamdulillah, personal loan suami dia dah habis bayar. Dan aku banyak tolong dia manage duit dia. Kami pun dan duduk di rumah sendiri dan alhamdulillah perbelanjaan kami cukup.
Cuma kami belum dikurniakan cahaya mata. Minta para pembaca doakan kami ya. Mak dia pulak sampai sekarang mintak duit dia untuk tanggung adik beradik lain yang menganggur dekat rumah tu. Kalau aku cerita dekat orang, sapa sangka seorang guru besar yang pakai kereta hebat-hebat, duduk dalam banglo sebenarnya susah dan takda duit simpanan langsung.
Jadi, sekarang ni bila aku nampak orang yang pakai kereta hebat-hebat, beg mahal-mahal, atau kerja hebat-hebat, aku dah tak heran dah. Sebab dalam ramai-ramai yang hidup mewah macam tu mesti ada ramai jugak yang sebenarnya hidup berhutang macam mak mertua aku untuk tunjuk kat orang dia hidup senang.
Nasihat aku, biar orang nampak kita pakai kancil asalkan dalam bank kita ada berpuluh ribu ringgit. Hiduplah secara bersederhana agar tak susah di masa hadapan. Kadang-kadang aku teringin jugak nak dapat mak mertua penyayang dan lemah lembut macam orang lain. Yang boleh bawak kongsi masalah dan bergurau.
Sebaliknya mak mertua aku tetap sama macam empat tahun lepas. Sentiasa serius bila sembang, kuat menunjuk dan mengagungkan orang yang kaya. Apa-apa pun, aku masih bersyukur sebab mak mertua aku bukan jenis kuat fitnah, mengumpat atau melagakan orang macam mak mertua dari neraka yang korang cerita dalam FB.
Pendek kata, ada seorang ustaz ni berpesan bahawa kita menantu ni tak perlu usaha kuat sangat untuk jadi anak yang baik. Itu tugas anak mereka. Kita hanya perlu jadi menantu yang baik. Dalam erti kata, tak perlu la nak puaskan semua kehendak mak ayah mertua kita sebab itu bukan kerja kita. Semoga segala urusan kita dipermudahkan. – Bunga (Bukan nama sebenar)
Sambungan..Assalamualaikum kepada pembaca. Beberapa hari lepas aku ada post confession pasal, Mak Mertua M40 Selera T20. Patutnya habis dekat situ je. Malas aku tulis panjang panjang. Lagipun aku jarang menulis.
Tapi dekat ruangan komen makin ramai pula yang fitnah aku. Istighfar panjang aku. Hebatnya mulut manusia menfitnah dan menambah cerita. Jadi aku terp4ksa juga tulis bahagian kedua untuk jelaskan beberapa perkara.
Pertama, aku hanya duduk dengan mak mertua selama dua bulan sebab kawasan kami menetap tu sangat susah untuk cari rumah sewa. Kalau ada pun mesti tak memuaskan. Sepanjang aku dan suami duduk bersama mak mertua, segala bil air, api, internet, coway kami bayar seratus peratus walaupun kami jarang berada dekat rumah.
Aku sebut kami sebab aku pun bayar sekali ya sebab suami takkan mampu bayar semua. Selain tu, barang dapur dan makanan pun semua kami yang beli. Lima kereta milik mak mertua pun kami tak pernah sentuh ya walaupun kereta kami rosak.
Sebab adik beradik suami claim mak mertua beli kereta tu untuk dorang dan dorang tak benarkan sesiapa guna. Padahal mak mertua kata kereta tu semua dia punya. Dia takda beli untuk sesiapa pun. Pendek kata kami yang tanggung keluarga mertua.
Maka, orang-orang yang tuduh aku dan suami ditanggung mak mertua, ketahuilah anda dah fitnah kami tanpa anda tau pun tentang kehidupan kami. Kedua, ada juga yang tuduh aku berkira, mata duitan, sanggup hidup terseksa demi nak kumpul duit. Allah. Dekat mana la aku tulis yang aku hidup macam tu.
Seingat aku, aku cuma tulis yang aku lebih suka beli kereta kancil secondhand sebab aku nak duit simpanan aku banyak. Dengan hanya satu ayat tu, macam-macam andaian korang buat ya. Masa aku baru kahwin, aku baru kerja dua tahun ya.
Dan percaya la gaji cikgu yang baru kerja dua tahun tak banyak mana pun. Aku ada join ceramah dengan penasihat kewangan dan kalau ikut pengiraan gaji yang penceramah ajar, gaji aku tak mampu pun nak beli honda kalau aku nak hidup selesa dengan gaji aku.
Aku tak nak hidup bergaya tapi sebenarnya sesak. Aku hanya hidup mengikut kemampuan. Saving aku RM700 ke RM800 sebulan. Cukup je aku guna gaji aku untuk makan sedap-sedap. Jalan setiap kali cuti. Shopping barang yang aku suka.
Tak pernah pulak aku ikat perut semata-mata nak saving banyak. Apa yang aku buat sampai simpanan aku banyak adalah aku buang benda benda yang tak perlu. Salah satunya pakai kereta mahal la. Buat apa pakai kereta mahal tapi sebenarnya kau nak beli baju sehelai pun tak mampu.
Ada sorang dekat ruangan komen ni pulak cakap kalau ada saving banyak tu sebenarnya red flag. Dekat mana la dia belajar macam tu. Pendek kata kau hidup la macam mana pun kau nak asalkan kau tak susahkan orang lain dan duit kau tak licin sebelum gaji masuk.
Ketiga, ramai juga yang nak tegakkan yang cara hidup aku ni salah. Ada yang cakap cara hidup yang bagus bila kau ada kereta mewah, beg mewah dan masih ada saving. Orang yang komen macam ni pun sebenarnya tak faham main point confession aku. Main point aku adalah jangan berbelanja di luar kemampuan.
Kalau dah orang tu mampu pakai kereta mewah, beg mahal, saving banyak, tu maksudnya dia mampu la, maksudnya dia t20. Tengok balik tajuk confession aku. Tajuk aku M40 tapi hidup macam T20. Bukannya T20 jangan hidup macam T20.
Pusing ikut mana pun point dia tetap sama, hidup la mengikut kemampuan. Jangan la ikat perut semata-mata nak menunjuk yang kita ni senang. Keempat, ada juga yang cakap aku tak layak pun buat confession sebab aku tak kena teruk pun dengan mak mertua aku.
Kononnya aku buat confession sebenarnya sebab aku busuk hati dengan mak mertua. Pada korang mungkin tak teruk sebab aku just cerita tanpa bagi contoh ayat mak mertua aku. Kat bawah ni contoh ayat-ayat yang aku dengar tiap kali kami jumpa ya. Korang fikir la sendiri s4kit hati ke tak.
“Tak nak tukar kereta ke? Cikgu dekat sekolah mak baru posting dah pakai honda city. Pakai kereta elok sikit baru mak bapak hormat. Takpela la keluar duit sikit pun, asal nampak benda yang kita nak.” “Tu Mak Ngah dah sampai dah. Lahh dia bawak vellfire ke. Tak tau kenapa dia taknak bawak mercedes dia. Family kamu ada ke yang pakai vellfire?”
“Siti bekas anak murid mak tu nak kahwin hujung bulan ni. Umur muda dari kamu tapi dah beli rumah besar. Kereta pun dua bijik.”
“Kita ni perempuan kalau ada duit sendiri jangan la harap duit suami sangat.”
Bukan tu sahaja ya. Kalau setakat dengar dia berlagak takda masalah. Tapi sebabkan masalah kewangan dia, kewangan suami aku pun terjejas. Sampai hari ni mak mertua pinjam duit suami setiap bulan. Selain tu, bil-bil rumah dan topup phone adik beradik pun dorang mintak suami.
Benda ni perkara biasa ke pada korang? Perkara biasa ke kalau isteri tanggung diri sendiri sebab suami kena tanggung family dia. Dan most of the time mak mertua tak bayar pun duit yang dia pinjam dari suami. Jadi fikir la sendiri samada confession aku ni adalah luahan hati menantu dan isteri yang tersakiti ataupun luahan menantu yang busuk hati.
Kesimpulannya, sebelum korang komen, fikir la terlebih dahulu kerana setiap komen tu mencerminkan peribadi dan mentaliti korang. Kalau dengan confessor di alam maya pun korang boleh fitnah, aku tak tau la apa nasib orang terdekat dengan korang.
Dengan mulut macam ni, mesti banyak ahli keluarga yang tersakiti. Jaga perkataan jaga perbuatan. Kebanyakan yang comment guna gambar anak, family, suami, isteri. Malu ya bila ahli keluarga tau mulut kita macam tu.
Untuk yang masih menegakkan gaya hidup boros, teruskan lah. Tapi jangan menyusahkan orang sekeliling bila dah ditimpa masalah. Akhir kata selamat maju jaya. – Bunga (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Moko Chan : Kalau memang T20 orang tak kisah pun nak berbelanja, bermewah tapi kalau dah M40 tetap kena beringat lah. Ingat lagi post asal tapi rasa tr1ggered jugak baca komen-komen.
Tak kisah la nak bermewah bukan pakai duit orang lain tapi ingat kita tak selamanya sihat, hidup, buat la insurans kesihatan ke nyawa, ikut lah, dan buat simpanan sikit.
Dah banyak dengar kes tau-tau ada yang buat pinjaman ahlong, pastu tetiba ahli keluarga sakit jantung / strok, sumber pendapatan dah takda, ada plak kes eksiden kat luar negara, terkial-kial nak cari duit. Kita tak selamanya sihat.
Keyra Hanif : Betul confessor. Aku pun pelik kenapa orang kecam kau masa part 1. Maybe yang mengecam tu kategori bergaji 3-4k tapi pakai H kot. Lepastu saving non hado, biar papa asal bergaya. Jealous lettew dengan tt.