“Aku hantar surat ‘resign’ dekat bos, sekali kena marah teruk, rupanya ini yang terjadi sebelum ni

Oleh ISMAIL YAHYA

Majikan tiada hak untuk menghalang pekerja daripa berhenti jika surat perletakan jawatan dan notis diberi lebih awal.

Tapi ada juga syarikat bermasalah yang berang dengan tindakan pekerja sedangkan kebajikan mereka tidak dipeduli oleh majikan.

Seorang individu membongkar cara majikan mengawal situasi apabila ada terlalu banyak pekerja berhenti pada bulan sama..

Jadi ceritanya saya memang dah plan awal dua bulan nak letak surat berhenti kerja dan berpakat dengan sorang lagi staf ni dia masuk sama batch dengan saya.

Cuma dia letak surat berhenti lebih awal dua minggu dari saya. Kemudian saya tak tahu yang ada lagi lima orang nak berhenti kerja bulan sama.

“Aku hantar surat ‘resign’ dekat bos, sekali kena marah teruk, rupanya ini yang terjadi sebelum ni

Nak dijadikan cerita saya adalah orang terakhir tapi berbeza dengan yang lain, saya hantar terus dalam bilik dan bukan letak atas meja sahaja dan saya dimarahi.

Boleh pula dia tuduh saya ni berpakat dengan staf yang berhenti nak buka syarikat lain dan sabotaj dia kemudian dia marah sebab bagi notis lambat.

Untuk maklumkan saya bagi satu bulan notis, dia siap soal macam mana dia kawal situasi bila banyak berhenti dalam bulan sama.

Saya bukanlah bodoh, saya memang dah ada plan, offer letter tempat baru pun dah ada, jadi bukan tanggungjawab saya untuk fikir.

Dia siap cakap saya pentingkan diri dan ingatkan saya yang dia kutip saya sebab saya baru keluar universiti dan perlukan kerja.

Katanya susah-susah dia ajar saya, senang sahaja saya nak pergi begitu sahaja. Lagi memenatkan saya ni bidang dan kerja yang saya dapat tak sama dengan jawatan dalam surat tawaran.

Ditambah dengan skop kerja lain secara berlebihan sangatlah berbeza dengan apa yang saya setuju.

Lagi satu syarikat ni scam orang, terlampau banyak penipuan yang boleh menghancurkan masa depan saya yang berkait dengan undang-undang.

Saya takn ak amik risiko duduk sini lama-lama sampai kena soal siasat apa semua dan saya ada hak untuk menentukan masa depan kerjaya saya.

Dari mula saya hantar surat berhneti tu, memang layanan teruk saya dapat daripada Sumber Manusia (HR) dan bos.

Saya apply cuti tahunan semua dia tolak, cuti tak bergaji pun dia reject, bila saya nak jumpa, dia cakap tak boleh dia sibuk.

Dia boleh fikir kot apa kekurangan syarikat sampai lima ke enam orang nak berhenti dalam satu masa, pastinya masalah dekat syarikat tu sendiri.

Ni memang saya tunggu je gaji akhir saya antara dia bagi atau tak, kalau tak bagi memang saya buat laporan.

BACA: ‘Jenis masuk air..’ Nabila Huda dedah perangai sebenar Leona disebalik imej bimbo yang dilabel netizen