“Aku kahwin dengan isteri kedua, janda anak 3 sebab nak bantu tapi rupanya ini perangai sebenarnya buatkan dia jadi janda”

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Saya mempunyai 5 orang anak dengan isteri pertama. Perkahwinan kami bukan atas dasar cinta.

Ketika saya berada dipuncak saya diuji dengan wanita. Saya berkahwin dengan janda anak 3 atas dasar cinta dan ikhlas ingin membantu.

Tapi kini saya buntu, isteri kedua bermulut ceIupar dan selalu minta cerai..

"Aku kahwin dengan isteri kedua, janda anak 3 sebab nak bantu tapi rupanya ini perangai sebenarnya buatkan dia jadi janda"

Salam admin, saya ada masalah yang terlalu berat untuk ditanggung. Mohon hide profile saya.

Saya merupakan seorang guru yang berumur a7 tahun. Pendek kata dalam hidup ni saya miliki segala-galanya, kerjaya, rupa, kereta, rumah tapi ada satu yang kurang.

Saya tak punya kebahagiaan. Kisah suka duka saya bermula 5 tahun yang lepas, semasa saya berada di puncak saya diuji dengan kemewahan dan wanita. Saya mempunyai dua orang isteri. Isteri pertama juga merupakan seorang guru dan kami memiliki 5 orang anak bersama.

Untuk pengetahuan perkahwinan dengan isteri pertama bukanlah atas dasar cinta tetapi saya pilih beliau kerana baru lepas putvs tunang, maka saya pilih beliau. Beliau merupakan rakan sekelas masa kami bersekolah.

Mempunyai beliau sebagai isteri mungkin nampak bahagia dari segi luaran tapi hakikatnya saya tak bahagia kerana saya terkesan dan tertekan dengan sifat kedekut dan terlalu berkira beliau dalam soal kewangan.

Semua urusan 100 peratus isteri pertama tak nak membantu walaupun gajinya lebih besar daripada saya. Pada tahun 2015 saya milik segalanya, saya ada beberapa kereta mewah, mercedes, velfire, dan lain-lain.

Masa tu memang perniagaan tengah naik. Tuhan uji saya dengan menemukan saya dengan seorang wanita, dia janda anak 3 yang sudah 2 kali bercerai hidup dengan suaminya. Anak daripada perkahwinan dengan suami pertama dia ada 2 orang dan daripada perkahwinan dengan suami ke-2 ada sorang.

Pada masa itu dia tiada pekerjaan, hidup dia dan anak-anak terumbang-ambing. Atas rasa cinta, ikhlas dan ingin membantu, saya berkahwin dengan isteri kedua saya. Saya boleh pilih wanita lain yang bekerjaya tapi saya tak nak kerana ikhlas ingin membantu janda yang kehidupannya berada dalam masalah.

Semasa menikahi saya, dia sedang bercinta dengan seorang lelaki lain tapi dia mengambil keputvsan menikah dengan saya. Saya tak tahu apa niat dia menikah dengan saya tapi di pihak saya, saya ikhlas nak berkahwin dengan dia.

Pada awalnya kami hidup bahagia tapi lama kelamaan mula ada perbaIahan. Ketika itu perniagaan juga semakin merosot dan saya terpaksa jual semua kenderaan mewah saya seperti mercedes, velfire, dan motosikal berkuasa besar kerana ingin teruskan kehidupan.

Masalahnya dekat sini, isteri kedua saya ni jenis panas baran, mulut ceIupar dan suka sumpah-sumpah kepada suami dan anak bila ada perkara yang dia nak marah. Dia jenis yang tak boleh tahan-tahan. Kami ada seorang anak perempuan yang berumur 4 tahun.

Pada tahun kedua perkahwinan kami pernah bercerai kerana sifat baran isteri tapi kami rujuk semula. Dan sekarang isteri ke 2 kembali ingin meminta cerai tapi saya tak lepaskan kerana saya masih ada perasaan sayang pada dia dan fikirkan masa depan anak saya dan anak tiri yang akan kehilangan bapa jika kami berpisah.

Apabila bergaduh dia selalu bandingkan saya dengan bekas teman lelakinya menyebabkan saya tercabar. Sekarang ni dia mula dingin, tidak melayan dalam pergaulan dan hubungan suami isteri. Dia sengaja buat begitu kerana nak saya bencikan dia tapi saya masih sayangkan dia.

Lagipun saya bimbang kalau-kalau selepas saya ceraikan dia, hidupnya akan kembali kepada kehidupan dahulu. Maksud saya jika menjadi janda saya takut dia kembali menjadi wanita yang tak senonoh, keluar dengan jantan lain dan sebagainya. Tolonglah saya macam mana nak hadapi kemelut ini.

Kisah ini dikirimkan oleh seorang lelaki yang betul-betul ingin mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Harap para pembaca dapat memberi komen serta nasihat yang mungkin boleh digunapakai oleh TT.

Komen Warganet :

Jamaliah Liah : Sentisa bersyukur, setiap pasangan ada masalah, kena hadapi dengan toleransi, bincang berjemaah, pandang wajah anak-anak. Sembahyang dan mohon petunjuk Allah, doa minta yang baik-baik, betulkan apa yang silap, InsyaAllah ada jalannya.

Rohaya Mj : Rezeki yang encik dapat adalah berkat dari isteri pertama tapi apabila encik kahwin menyebabkan rezeki encik semakin sempit. Cuba encik fikir balik kesilapan encik dengan isteri pertama..

1. Menyakiti hati dia.
2. Tidak ikhlas menerima isteri encik sebagai suri hidup. 3. Encik tak ada hak untuk pertikai gaji bini sebab itu tanggungjawab encik untuk memberi nafkah. Sepatutnya encik bersyukur dengan ada isteri pertama dan anak-anaklah rezeki encik melimpah ruah. Kembali ke pangkal jalan dan ambik hati isteri.

Abeawi Ali : Nampaknya kebahagian yang sendiri tercari-cari belum ketemui. Bahagia itu ada dalam diri sendiri dan dalam rumah sendiri sebenarnya. Hanya encik tak ambik peluang untuk memanfaatkan kebahagian yang hadir itu dengan penuh mutlak.

Kata orang bijak pandai agama, apabila dalam keresahan pertengkaran permasalahan hidup, cek sedetail-detailnya kedudukan solat sendiri, isteri dan anak-anak. Ujian Allah itu datang dalam serba keadaan.

Senang susah, mewah papa kedana, sihat sakit, luang sibuk dan macam-macam lagi. Hayati benar-benar surah Al-Mukminum ayat satu dan dua. Fahamkan betul-betul. InsyaAllah. Fahamkan jugak ayat ke dua akhir dan terakhir surah Insyarah. Semoga sendiri temui jawapannya, insyaAllah

Rozila Mohamed Ila : Nama ja seorang guru tapi fikiran tak matang. Itulah namanya ujian dan dugaan dari Allah, masa senang tak ingat. Lagi satu Allah nak tunjukkan dekat awak yang perangai isteri no 2 tu bila duit banyak je sayang, tapi bila awak tak ada duit dibenci.

Lepas tu kata isteri pertama kedekut. Kalau makcik pun akan jadi kedekut, buat apa nak tolong. Pandai sangat beristeri dua, tanggung sendiri. Itulah meIukai hati isteri pertama, Allah tarik balik nikmat.

Kak Shah : Hadoi dengan isteri pertama boleh dikatakannya bini tu kedekut sebab tak nak kongsi belanja rumah tangga padahal rezeki Allah bagi untuk dia HEBAT dan sakan. Tapi bila dengan janda yang nak dibuat bini, boleh dijaga mengalahkan permaisuri walaupun bini yang no 2 tak bekerja. Tak pulak dikatakan kedekut dan sayang cinta sesangat walaupun dimaki hamun. Padan muka hang ater dengan yang pertama dikutuk bagai.

Bakar Hamid : Memang dah nasib kita lelaki akan diuji dengan wanita disaat kita ada segalanya. Manakala wanita pula akan diuji apabila suami tidak punya apa-apa. Jadi dekat sini, saudara telah gagal apabila saat diuji dengan wanita, encik kahwin lain dan isteri kedua encik juga kalah dalam ujian.

Disaat encik tak punya apa-apa dia pula yang minta cerai. Tapi benda dah jadi, kalau tak boleh dah nak lentur isteri tu, biarlah dia cari kebahagiaan dia. Buat apa terus simpan kalau menyakitkan hat

BACA: “Masa ayah koma, family ayah senyap-senyap tukar hak milik syarikat dan curi semua duit company, tula pertama kali aku tengok ibu jerit sambil menangis”