“Aku kantoi berkhalwat dengan bini aku, setahun dia tak bercakap dengan aku, aku curi baca telefon isteri, rupanya ini kerja dia.
Aku tau besar kemungkinan, beratus kecaman yang bakal aku terima tapi aku buntu.
Aku perlukan pendapat terutamanya dari wanita wanita yang bergelar isteri di luar sana yang mana mungkin lebih memahami isi hati sesama isteri.
Aku tak tahu apa sebenarnya yang sedang bermain dalam fikiran serta kehendak hati isteri aku.
Aku terlalu malu untuk bertanya kepada keluarga terdekat mahupun sahabat handai.
Aku perkenalkan dulu watak watak yang terlibat di dalam confession ni.
Dhia, isteri aku. Kami sudah 8 tahun mendirikan rumah tangga. Dikurniakan sepasang cahaya mata. Yang sulung lelaki 6 tahun yang bongsu perempuan, 2 tahun 3 bulan.
Tahun ni Dhia masuk 38 tahun tapi nampak macam 30. Kulit putih, langsing. kalau cakap anak dara pon ramai lagi yang percaya. Dhia memang jenis yang jaga kulit dan penampilan. Dhia merupakan seorang pegawai dalam sektor awam.
Dennis. Chinese. Sebaya Dhia. Menuntut di uni yang sama dengan Dhia. Dan mereka pernah bercinta 4 tahun. Clash sebab family Dhia tak restu.
Dennis ni yang aku tahu seorang doktor pakar somewhere in malaysia. Dennis ni tinggi, segak, ada rupa. Mix borneo.
Aku juga seorang pegawai yang lebih tinggi pangkat dari Dhia. Berusia 48 tahun, tinggi, sawo matang.
Aku pernah berkahwin sekali sebelum kenal Dhia, tak ada anak. Tak sampai setahun, aku bercerrai dengan isteri pertama. 3 tahun kemudian aku kenal Dhia..
2 tahun lepas tu kami nikah, kami PJJ satu daerah tapi tempat kerja aku 2 jam dari tempat kerja Dhia. Jadi kami mengambil keputusan untuk PJJ. Aku akan balik setiap minggu.. Kadang kadang 2 minggu sekali.
Terus terang aku ketagih dengan aplikasi aplikasi dating (dating apps). Memang sejak dulu lagi. Tapi aku tak pernah keluar dengan perempuan perempuan yang aku kenal dalam tu apatah lagi terlanjur..
Semua tu terbongkar pada hari ulangtahun perkahwinan pertama aku dan Dhia. Ambik masa seminggu untuk aku pujuk Dhia. Dhia jenis yang lembut hati dan mudah simpati.
Setiap tahun berulang benda yang sama, dating apps-kantoi-minta maaf. Pendek kata kami bergaduh sebab tu saja. Tagged, Bego, Wechat, IG, FB semua tu platform yang pernah aku guna untuk online dating.
Setahun yang lepas aku ditangkap berdua duan dengan sorang perempuan yang aku kenal dari wechat, 1st time, Allah terus bayar cash.
Dhia dapat tahu sebab family perempuan tu call Dhia minta aku bersihkan nama anak dorang, pendek kata nikah. Tapi aku tak nak, aku tak buat pape pon kat anak dorang, sentuh pun tidak.
Masa tu Dhia bagi aku pilihan. Yang pertama, dia izinkan aku nikah dengan perempuan tu, dengan syarat aku tak akan sentuh dia lagi sampai bila bila sebab dia jijik.
Yang kedua, kami bercerrai secara baik, Dhia tak akan tuntut satu sen pon. Nafkah anak nak bagi boleh, tak bagi pon dia tak kisah, boleh jumpa anak anytime.
Yang ketiga, kalau aku tak setuju pilihan 1 atau 2, Dhia nak tuntut cerrai di mahkamah, kikis aku habis habisan, dan bagitau family aku ‘belang’ aku.
Yang keempat, Dhia cakap kat aku ‘pergi mti’.
Setahun dah peristiwa tu, keempat empat pilihan tu aku tolak. Aku dah mula buang tabiat online dating tu sebab aku nampak Dhia dah berubah.
Dhia cuma mesra dengan aku depan anak anak. Selebihnya, cold, macam aku ni orang luar. Sedikit sebanyak aku jadi takut. Dhia jenis yang kalau marah atau merajuk memang obvious. Dia lepas semua dekat aku.
Setiap kali balik aku rasa macam dah tak kenal Dhia. Nak sentuh pon aku malu, takut kena reject. Masuk hari ni dah setahun Dhia buat aku macam ni. Aku tak ingat bila kali terakhir bersama.
Beberapa hari sebelum lockdown aku balik jumpa Dhia dan anak anak. Dhia tertinggal fon dirumah. Dhia kerja syif, aku office hour jadi sabtu ahad memang aku jaga anak anak. Aku terdetik nak tengok fon Dhia. Password memang aku tau no ic Dhia.
Rupa rupanya selama ni Dhia masih berhubung dengan Dennis! Aku scroll chat chat dorang sampai atas memang dah bertahun tahun dorang masih berhubung.
Aku tak jumpa kata kata love, sayang, rindu, more to bertanya khabar dan borak tentang interest dan daily activity masing masing.
Yang paling mengecewakan aku Dhia pernah bagitau Dennis keburukan aku. Ya aku faham Dhia kecewa dengan aku. Tapi aib rumahtangga tetap kena jaga.
Aku kemas baju baju aku, aku rasa marah yang membuak buak, aku terus balik ke rumah sewa aku tak tunggu Dhia balik pon.
Anak anak aku singgahkan ke rumah pengasuh dan aku suruh pengasuh inform Dhia. Dhia tak cari aku langsung, tanya pon tidak. Malam tu marah aku dah reda sikit, aku jadi terfikir semua ni mungkin punca dari diri aku sendiri.
Memang aku banyak buat salah banyak sakitkan hati Dhia, tapi apa beza Dhia dengan aku. Cuma Dhia baru kantoi kali ni.
Aku mula terfikirkan pilihan no 2 yang Dhia pernah usulkan. But then aku sedar aku masih sayangkan Dhia. Aku cemburu, aku rasa insecure, aku rasa macam bila bila saja Dhia akan kena rampas dari aku.
Now baru aku sedar betapa aku tak nak kehilangan Dhia. Tak akan ada perempuan lain seperti Dhia. Aku sayangkan Dhia aku nak pertahankan perkahwinan kami.
Tapi masih ada kah harapan? Masih ada kah jalan penyelesaian.? Masih dapatkah kami bahagia seperti dulu?
Dhia senyap sampai ke hari ini dan aku tak tahu apa yang bermain dalam hati dan perasaan Dhia. Masih ada aku atau tempat aku dah diganti dalam hati Dhia?
Macam mana aku nak dapatkan hati Dhia kembali? Pujuk, puas. Merayu pon puas dah. Dhia tetap cold. Aku buntu, aku takut.. aku menyesal.
Reaksi Warganet
Edzzar Basharuddin –
Orang yang takde rasa bersalah ni, takde rasa kesal walaupun dah diberi peluang berkali kali dan kemudian pandai pulak cari salah isteri, memang tak layak tt untuk Dhia.
Lupakan je la dia, bagi dia peluang untuk hidup dengan orang yang setia.TT pulak just continue jelah dengan dating dating apps tu, dengan gadis wechat tu, continue la sampai kubur kata mari.
Yang penting jangan menyusahkan isteri tu lagi.
Annie Mohd –
Pandai pula suruh isteri simpan aib. Yang tak habis habis buat aib tu kenapa? Bezanya Dhia sembang dengan seorg lelaki yang dia pernah kenal, encik pulak menggeletis mcm budak baru tumbuh bulu dengan pelbagai jenis pompuan dalam dating apps. Kena tangkap basah lagi. Masih lagi nk cari point utk salahkan isteri tu.
I don’t think you ever regret. Takde rasa nak bertaubat pun kan? Just takut jadi duda buat kali ke 2 thats all. So encik carilah kebahagiaan sendiri dekat dating apps tu.
Najah Mazni Ishak –
Hati hati. Dhia bertahan sebab anak anak je tu. Dia hanya menunggu masa. Once anak dah besar, dah berdikari, dah mula tinggalkan ‘sarang’, dah tak ada apa apa yang akan ‘pegang’ Dhia ni untuk stay dah.
Diam diam dia, diam ubi berisi. Dia sedang prepare untuk kukuhkan keadaan diri untuk hidup sendiri, physically, mentally, emotionally, financially.
Saya tak terkejut kalau Dhia dah mula kumpul bukti dan segala yang perlu untuk masa depan yang tak masukkan encik dalam hidup dia, atau kalau tiba tiba surat panggilan ke mahkamah sampai ke tangan encik.
Nuraz Wan –
Saya tak faham bila orang kata ketagih sesuatu, tak boleh tinggalkan. Kantoi berkali kali pun, tetap ulang balik, dimaafkn dan diberi peluang, tetap buat lagi.
Jadi kalau memang suka sangat buat tu, eloklah lepaskan ikatan yang menyekat aktiviti kesukaan tu. Lepas ni, buatlah puas puas, tak nak tidur sampai pagi pun takpe…
Dari naluri hati saya sebagai perempuan, bila sudah beberapa kali terjadi, memang sudah hilang kepercayaan. Malangnya, ia tak mungkin pulih lagi. Itu kalau saya. Tak tahu orang lain.
Bila saya dah rasa jijik pd seseorang, demi Allah berdepan pun saya rasa meloya. Ia benar benar terjadi. Walau pun waktu meredakan rasa marah dan benci, tapi kepercayaan yang sudah hilang, tidak mungkin kembali lagi.
Ainnur Nazri –
Tiade jaminan awak akan berubah jika diberi peluang lagi. Mungkin orang macam awak ni tak sesuai berkeluarga.
Hidup jelah sendiri bang. Boleh bebas sesuka hati nak dating, nak kena tangkap basah tangkap kering ke. Sambil sambil tu riki rikilah rumah orang tua yang sesuai untuk awak tua tua esok ye.
BACA: