“Aku kejut suami yang tengah tidur, aku tunjuk wasap skandal tempat kerja dia dah meninggal dunia, aku rasa puas hati sangat!”

Oleh GEMILANGDAILY

“Aku kejut suami yang tengah tidur, aku tunjuk wasap skandal tempat kerja dia dah meninggal dunia, aku rasa puas hati sangat!”

Alhamdulillah, tatkala aku sedang menulis cerita buat tatapan kalian ini, aku berada dalam keadaan yang bertenang dan waras.

Semoga sedikit kisah hidupku dapat menjadi iktibar buat diriku sendiri juga para pembaca sekalian.

“Aku kejut suami yang tengah tidur, aku tunjuk wasap skandal tempat kerja dia dah meninggal dunia, aku rasa puas hati sangat!”

“Aku kejut suami yang tengah tidur, aku tunjuk wasap skandal tempat kerja dia dah meninggal dunia, aku rasa puas hati sangat!”

Genap setahun pemergiannya ke negeri abadi, aku rasa terpanggil untuk menulis.

Sekadar peringatan kepada diri sendiri agar tidak melupai 1 noktah hitam yang telah menghancurkan seluruh jiwa dan ragaku.

Sedikit pengenalan ringkas tentangku. Aku Mia, berusia awal 30 an. Telah berkahwin dan dikurniakan seorang 3 orang anak. Aku orangnya biasa biasa sahaja, tidaklah secantik mana. Manis dan sedap mata memandang. Aku orangnya yang jelas mempunyai misi dan visi hidup.

Hidupku penuh perancangan dan aku akan berusaha bersungguh sungguh untuk mencapainya. Aku bukan berasal dari keluarga yang senang. Ayahku penoreh getah manakala ibuku membuat kuih untuk dijual. Aku merupakan pelajar cemerlang sejak dari sekolah rendah.

Masuk universiti, aku mendapat biasiswa penuh kerajaan. Tamat sahaja degree, aku terus mendapat kerja. Aku mula bekerja saat usiaku 23 tahun. Sedikit awal berbanding rakan rakanku yang rata ratanya bekerja di usia 24 tahun.

Perjalananku tampak sungguh mudah. Aku bukan manusia yang terus lahir pandai, tetapi aku rajin. Work HARD and smart.

Aku berkahwin di penghujung usia 25 tahun. Kami dalam bidang pekerjaan yang sama. Waktu aku berkenalan dengan suamiku, aku dalam fasa benar benar mengharapkan pertemuan dengan bakal suami kiriman Tuhan. Aku dalam fasa complicated dengan bekas kekasihku ketika itu.

Bertahun tahun aku berdoa, dan aku rasakan doaku telah dimakbul Tuhan saat suamiku menyapa. Dalam usiaku ketika itu, bercinta lagi adalah sesuatu perkara yang membuang masa, aku ingin terus membina keluarga.

Pertemuanku dengan suami tatkala kami sama sama di suatu kursus. Dia menyapa aku pada saat dan ketika aku berusaha menjauhinya. Rupanya, dia telah selidik awal awal lagi tentang diriku.

Di dewan kursus, dia cuba membuka bicara namun aku hanya balas acuh dan tak acuh sahaja.

Gerak geri lelaki nak mengorat, seolah olah aku dah boleh baca. Hihihi. Usai kursus, aku memanjangkan langkahku ke kereta. Masuk dan terus kunci kereta. Siapa sangka, keretanya diparkir di sebelah keretaku. Hon dibunyi berkali kali.

Aku turunkan tingkap kereta. Soalannya ringkas. Dan kahwin? Aku jawab, belum. Dah berpunya. Aku jawab, ya. Hatiku betul betul berdebar dalam 1001 pertanyaan. Adakah Allah telah menjawab gelodak hati aku selama bertahun ini.

Aku sedang dalam masalah dengan bekas kekasihku ketika itu dan aku tidak bercadang untuk menceritakan dalam confession kali ini kerana fokuskan adalah selepas kehidupan berumah tangga.

2 bulan dari tarikh pertemuanku ketika sama sama berkursus tersebut, suamiku datang ke rumahku di kampung, bertemu dengan ayah dan adik beradikku. Alhamdulillah, keluargaku sangat gembira dan senang hati menerimanya. Kami berasal dari negeri yang sama dan bekerja nun jauh di negeri orang.

Aku tertarik dengan suamiku tentang banyak perkara. Keluarganya yang paling utama. Kakak kakaknya yang bertudung labuh, berstoking tangan dan kaki begitu menarik perhatianku. Dalam hatiku menggunung tinggi mengharap, agar suamiku dapat mendidikku menjadi seperti kakak kakaknya.

Dia anak bongsu dalam keluarga. Latar belakang keluarga kami lebih kurang sama sahaja. Pekerjaan kakak abangnya juga bagus bagus belaka. Setahun kemudian, kami melangsungkan perkahwinan. Alhamdulillah, kehadiranku diterima baik oleh keluarganya.

Tahun pertama perkahwinan, aku hamil. Gembiranya bukan kepalang. Setiap pasangan yang berkahwin sudah pastinya inginkan zuriat. Segalanya berjalan lancar sehingga puteri sulungku dilahirkan. Sungguh, aku merasakan hidupku telah cukup lengkap. Apa lagi yang aku mahukan.

Aku punya kerjaya baik dengan gaji suami isteri sudah mencecah 10k sebulan. Aku punya suami yang baik, solat 5 waktu tidak tinggal, rajin membaca Al-Quran, yang boleh memasak tatkala aku lelah, tidak berat tulang membantuku menguruskan rumah dan anak, yang selalu membawaku makan angin dan berjalan jalan.

Saat aku melahirkan puteri sulungku, suamilah yang menjaga aku dalam pantang. Ibu dan ibu mertuaku telah lama meninggal dunia. Aku punya harta akhirat, zuriat yang comel. Aku punya harta dunia, 2 buah rumah, 2 buah kereta. 7 bulan kemudian, aku disahkan mengandung anak ke dua.

Lalu, nikmat Tuhan yang manakah lagi yang aku ingin dustakan. Aku sudah tidak mengharapkan apa apa dari Allah selain mengekalkan bahagia ini. Sungguh, aku bersyukur dengan nikmatnya sehingga aku merasakan akulah wanita paling bahagia dalam dunia ini.

Aku mengenali seorang wanita hebat ini setelah dipindahkan untuk bertugas 1 daerah dengan suami. Sebut sahaja nama Aida, sosok tubuh ini memang ramai yang mengenalinya.

Aida yang cantik, lincah, aktif dalam aktiviti kemasyarakatan, ada bisnes katering kecil kecilan, pandai mencari peluang perniagaan dan serba serbi boleh.

Dalam erti kata yang lain, positif belaka. Ramai yang senang berdamping dengannya. Aku sempat mengenali Aida kurang lebih 3 tahun. Aku juga pernah berurusan dengannya untuk tempahan makanan di tempat kerjaku dan kenduri di rumahku.

Saat pertama kali bertentang mata dengan Aida, aku lantas memujinya. Memang cantik! Sosok tubuh kecil moleknya seakan akan tidak kena dengan usianya yang telah menginjak 40 an ketika itu. 10 tahun lebih tua dari aku.

Aku memang mengenali beliau kerana beliaulah yang menjahit baju nikah suamiku saat kami diijabkabulkan dulu. Oh ya, pandai menjahit juga beliau, pakej yang lengkap. Cukup sempurna di mata aku.

Cinta manusia benar melalaikan. Aku meletakkan suami di tempat yang paling agung dalam hati. Dia sempurna, tanpa cacat celanya di mataku. Aku sangat menjaga hal keluarga. Dari segi susun atur dan kekemasan rumah, memasak dan sebagainya.

Hatta sang suami apabila ingin pergi bekerja, tinggal sarungkan bak kata orang saja sebab semua aku dah sediakan dari atas sampai bawah, luar dan dalam. Kalau berkesempatan, aku sediakan jugak bekal kami untuk ke tempat kerja.

Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Mungkin rasa selesa ini membnuh kesetiaan suamiku. Hidup mungkin tiada cabaran padanya. Dia inginkan sesuatu yang lebih!

Sisi sisi hitam suamiku semakin terbuka dari hari ke hari. Allah telah mula menguji. Saat usia kandungan keduaku mencecah 28 minggu, tembelang pertama suamiku pecah. Dia kantoi berwee chat dengan isteri orang. Ketika itu, bulan Ramadhan, lagi 2 minggu menjelang raya.

Paginya kami begitu bahagia shopping persiapan raya, petangnya dia kantoi. Untuk pengetahuan semua, suamiku bukan yang jenis sembunyi sembunyi telefon, letak password bagai. Dia bukan kaki melepak waktu malam dengan kawan kawan. Dia tidak suka outing sorang sorang, mesti nak aku temankan.

Sebab tu aku tidak pernah syak dia mencurang. Saat kantoi tu, aku tidak terus meletup, aku selidik dulu berhabis habisan sebab aku betul betul rasa tak percaya suamiku sanggup lakukan benda ni terhadap aku.

Dan malamnya, amarahku benar benar keluar, aku halau suamiku keluar rumah.

Sejak kejadian tu, hidupku yang dulu ceria, perlahan lahan bertukar rupa. Aku bersalin saat kandunganku mencecah 39 minggu.

Sepanjang tempoh tersebut, 4 kali suami kantoi berhubungan melalui telefon dengan isteri orang. Semuanya isteri orang, orang yang berlainan. Aku bagai hidup dengan orang asing.

Tiba tiba saja aku jadi tidak kenal siapa suamiku. Sedih guys, kalau korang boleh bayangkan. Wanita mengandung ni emosinya mudah terganggu. Saban hari aku menangis usap perut, peluk puteri sulungku. Mereka menjadi saksi, air mata yang tumpah, tak dapat dikira, terlalu banyak.

Kemuncaknya saat aku dalam tempoh berpantang, hari ke 42. Suamiku yang aku sayangi sepenuh hati telah betul2 melupuskan 100% kepercayaanku. Aku sebenarnya dah lama install whatsApp web dalam fon aku. So, segala bagai whatsapp dalam fon dia, aku boleh baca.

Sambil mengendong anak kedua yang sedang menyusu, aku baca detail suami aku sedang berborak dengan salah seorang skandalnya. Panjang aku biarkan perbualan itu berlangsung, kurang lebih 2 jam. Hingga jam menunjukkan tepat jam 12 tengah hari, kami anak beranak belum pun mandi.

Tanganku terketar ketar, sungguh aku tidak percaya. Suamiku telah terjerumus ke lembah ziina. Bukan sekali, malah berkali kali. Adakah itu tidak sengaja namanya?

Hingga saat anak kecilku mulai menangis, aku tersentak. Aku screensh0t semua perbualan, sebagai bukti. Senang untuk tindakanku di kemudian hari.

Aku terus whatsapp suamiku mohon dicerraikan. Jiijik. Rupanya aku berkongsi suami dengan perempuan lain. Wahai isteri isteri orang tersebut, rendahnya maruah kalian! Selama ini aku hanya baca, tak sangka, kali ini, aku yang menghadapinya.

Wanita yang membelakangi suami sendiri dengan curang itu benar benar wujud! Aku sent segala bukti yang aku ada. Terkejut suamiku, terus dia memecut pulang ke rumah. Bermulalah episod rayu merayu. Dan perempuan tu adalah Aida !

Aku serius sukar nak percaya. Aku dan Aida semacam sudah ada 1 hubungan yang baik. Tergamak dia buat macam tu pada aku. Rupa rupanya, suami aku dan berskandal dengan Aida ni sebelum kami kenal lagi, saat dia mula mula posting di tempat kerjanya.

Aida yang tolong jahit baju nikah suami aku, Aida yang tolong jahit baju melayu raya suami aku, Aida tolong jahit langsir yang aku tempah untuk bilik khas di tempat kerja aku, Aida yang tolong carikan kek birthday pertama puteri sulung aku, Aida itu, Aida ini. Ah, serabut betul aku!

Banyak betul Aida ni menyelit dalam hidup aku selama 3 tahun tanpa aku sedar! Aida ni bini orang, anak 2. Suami dia nampak macam berusia sikit. Anak anak dia pandai, pelajar terbaik sekolah.

Rumah dia memang dekat sangat dengan tempat kerja suami aku, mungkin dalam 1-2km sahaja. Suami bagi alasan, dia dah lama dengan Aida. Yang haram memang sukar untuk ditinggalkan, walau dia solat setiap hari tanpa tinggal, dia tak mampu nak menolak Aida.

Suami aku katakan lagi, dia hanya nampak aku pada malam pertama kami, selebihnya dia tak da selera pada aku. Hahaha. Kalau korang jadi aku, giila tak ? hari ke 42 berpantang guys, dia hidang aku dengan masalah yang maha berat ni.

Keras betul hatimu wahai suami. Aku yang bertarung nyawa melahirkan zuriat kita. 2 kali kau menyaksikan aku menahan kesakitan bersalin, kau yang mencuci lukaku dengan ayat,

“Kesian isteri abang, sakit luka jahitan di bawah. Kalau boleh, abang tak nak awak bersalin lagi”, dan kami sama sama menangis. Sampai hati abang curangi aku.

Dalam masa 4 hari selepas kejadian kantoi ziina tu, aku tak lalu makan. Aku stress yang melampau. Aku nangis tak henti henti. Fikirkan anak, aku paksa makan dan minum. Supaya dapat bagi anak susu. Namun mungkin nasib tidak menyebelahi kami, anakku ditahan di ward atas sebab dehydration.

Susu aku tak cukup, anak tak henti henti menangis hingga pada masa tu, pukul 2 pagi, kami rujukkan anak ke hospital sebab anak aku nampak sangat lemah.

Masalah anakku berlarutan, dari A berkait kait hingga menjadi Z. Drahnya banyak asid. Kuman dan bakteria yang menyerang masih belum dapat dirawat.

Bermulalah episod hampir 2 minggu anak yang berusia 46 hari menginap di ICU. Luluh hati aku melihat anak sekecil itu berselirat wayarnya di sana sini.

Kami sama sama bertarung. Aku bertarung perasaan, bayiku bertarung melawan kesakitan. Puncanya? Hanya bermula dengan ibu yang stress, dan tidak dapat membekalkan susu pada anaknya hingga dehydration.

Sayang, andai mama dapat putarkan masa, sungguh, mama tak kan menangis meraung sebegitu banyak. Mama nak makan dan minum banyak banyak supaya kamu tak dehydration lagi.

Genap 60 hari usia, anak kecilku pulang ke pangkuan Ilahi. Aku terduduk tanpa kata, tanpa tangisan. Maha hebat dugaan ini. Suamiku curang hingga berziina bertahun lamanya dan kantoi saat aku dalam tempoh berpantang. Anak pula meninggal dunia.

Kesannya? Sangat mendalam! 5 tahun berlalu, aku masih belum dapat move on. Bukan tak cuba, sehabis daya aku cuba berubah. Paling lama bertahan mungkin 1 minggu, kemudian, back to normal. Aku yang anxiety, kemurungan, depress, mudah marah. Cuma untungnya, aku tidak meroyan.

Aku takut untuk rujuk kes aku ke kaunseling syariah kerana takut kes aku akan terbongkar. Dulu aku orangnya ceria, semangat dalam bekerja dan berumah tangga. Sekarang, segalanya tinggal kenangan. Susah betul untuk aku dapatkan diri aku yang asalnya. Benarlah, suami yang membnuh aku.

Sebenarnya, aku teringin sangat nak jumpa Aida, orang yang telah menghancurkan rumah tangga aku. Benar, tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Aku bukan menyalahkan Aida 100%, suamiku juga pembuka pintu kecurangan.

Aida ada semua bukti perbualan dia dan suamiku di fonnya. Gambar gambar dan segala macam. Aku sangat takut kalau dia sebarkan segalanya. Mana aku nak letak muka sendiri. Isteri yang tidak pandai menjaga suami? Hingga suami makan luar. Sedihnya.

Mungkin sebab tu, dendam dalam hati aku tak pernah padam, sebab aku tak berjaya nak lepaskan pada Aida.

Suami Aida tahu benda ni. Aku memang ada ugut Aida, nak bagitau suami dia. Tapi tak sempat aku mulakan segalanya, mungkin dia sendiri yang buka cerita. lepas kantoi kes ziina diorang, suami dia biar aku namakan Adam, call suami aku jam 4 pagi. Banyak kali, aku masa tu tengah susukan baby ke 2 kami, memang rasa pelik.

Aku kejut suami suruh jawab fon. Berbakul bakul la makian laki aku dapat, sampai tak berani dia nak pergi kerja pagi tu. Adam ugut nak tunggu dia depan gate. Aku dan suami memang cuak sangat. Apa akan jadi dengan kerja suami aku kalau pentadbir tahu hal ni. Semua bukti kecurangan Aida ada. Laki aku takkan dapat mengelak.

Mungkin Allah sayangkan aku, dia makbulkan doa isteri yang teraniaya ni. Adam jadi lembut hati, dia msg aku, dia kata dia dah tua. Ya lah, bini dia sendiri dah umur 40 masa tu, mungkin dia 50 tahun ada.

Dia tak nak panjangkan cerita, dia minta untuk kami simpan benda ni. Dia ada ibu ayah dan maruah diri yang perlu dijaga.

Aku? Setahun lepas baby aku meninggal, baru aku kuat untuk bercerita dengan kakak ipar aku, kakak ke 2 suamiku. Sebab aku dah tak tahan sangat, mental aku sakit teruk. Kami set masa, aku bawa Kak Siti keluar. Buntu nak menuju ke mana, akhirnya kami singgah ke sebuah masjid.

Masa tu mungkin dalam jam 10 ke 11 pagi, memang tak ada orang. Aku ceritakan semua pada Kak Siti. Korang boleh bayang tak, Kak Siti tak terkejut langsung! Dia kata ayah diorang memang perangai macam ni dulu, curang dengan bini orang, aruwah mak mertua aku dah hadap.

Cuma dia sedih, perangai ayah diorang mendapat sebijik ke laki aku. Dia peluk aku, kami sama sama nangis. Syahdu sangat waktu tu. Aku sendiri tak sangka, beban yang aku simpan lama, terlepas juga. Aib suami yang aku jaga, terbuka juga.

Hujungnya dia minta maaf, sedih sangat sebab kini, adik ipar sendiri terpaksa melalui kisah kisah duka macam aruwah maknya dulu.

Apa jadi dengan Aida? Aku pendekkan cerita, lepas kantoi kes ziina suami aku dan Aida, aku jadi murung sangat. Aku selalu stalk fb Aida untuk tahu perkembangan semasa dia. Dia block fb aku tapi bukan fb suami aku. Bdoh!

Untuk isteri isteri di luar sana yang sakit dicurangi macam aku, tolong amalkan doa ini.

Aku selalu berdoa, “Ya Allah, Kau hilangkanlah rasa sakit dalam hati ini Ya Allah. Kau pindahkanlah rasa sedih, kecewa, duka dalam hati ini pada Aida ya Allah. Kau pindahkanlah rasa sedih, kecewa, duka dalam hati ini pada keluarga Aida ya Allah.

Kau pulihkan hati aku ya Allah.” Lebih kurang macam tu lah. 3 tahun selepas tu, Aida kemalangan dengan anak bongsu dia. Korang tau apa jadi, Aida meninggal dunia!

Aku tak tahu la, mungkin aku terlalu berdendam dengan dia. Dalam group kerja aku diorang dah heboh hebohkan pasal Aida kemalangan, siap gambar lagi. Stereng kereta dia bengkok, Aida betul betul terlentok dekat stereng kereta tu.

Aku kejut suami aku yang tengah tidur, aku tunjuk wassup tu. Terpinga pinga dia. Aku rasa puas hati sangat! Moga Allah tempatkan Aida dalam neraka paling dalam.

3 tahun aku bagi masa, tak da sekali pun kau usaha nak jumpa aku minta maaf kan. Merangkak la kau di mahsyar nanti cari aku dengan aruwah anak aku yang kau dengan suami aku bnuh dulu.

Aku wsup Kak Siti bagitahu tentang Aida dah meninggal dunia. Terketar ketar jari aku menaip. Sampai ke saat ini aku masih ingat perasaan tu. Yang susah nak hadamnya, Aida meninggal sama tarikh dengan hari jadi Kak Siti. Aduhaiii.

Kiranya sampai mati la kami akan ingat tarikh keramat Aida meninggal tu. Esoknya Kak Siti buat makan makan sikit. Dia pun serba salah, tak pasti dia buat sebab birthday dia atau sebab happy Aida dah tak da. Haha.

Mungkin kisah aku 1 dalam 1000. Perempuan sundal tu meninggal dunia. Cuba kalau dia hidup lagi sampai sekarang, aku tak tahu, mungkin aku jadi makin giila.

Kesan hidup selepas dicurangi? Tersangat lah banyak. Pertama, Kak Siti sendiri suruh aku cerrai dengan adik dia. Tapi aku tak buat macam tu, sebab aku tak nak jadi selfish.

Anak aku perlukan kasih sayang seorang bapa. Aku tak nak tengok, anak aku membesar dahagakan perhatian seorang ayah.

Kedua, aku menjadi seorang isteri yang terlalu berkira. Aku dah tak keluarkan duit untuk taska anak, barang dapur dan sebagainya. Semuanya aku tuntut duit suami. Padan muka dia!

Beberapa bulan lepas kejadian tu, balik dari kerja, aku terus ajak suami keluar, aku bawak dia pergi Tabung Haji. Aku masuk sorang dulu, dah siap isi borang, baru aku call suami masuk.

Aku PAKSA dia buat potongan gaji yang aku namakan NAFKAH untuk aku. Tak banyak pun, RM250 saja, tu pun dia minta kurang. Eh, bdohlah kalau aku bagi kurang. Dia sign jugak sebab malu dengan orang dekat kaunter.

Aku pun potong gaji sendiri untuk simpanan tabung haji aku. Total lebih kurang RM500 sebulan simpanan. Biar aku tak da duit sebab menyimpan. Selama ni banyak sangat aku tolong suami. Padan muka dia! Ketiga, aku pasang strategi. Aku tak kuat kalau hidup dengan anak sulung saja.

Aku plan untuk mengandung semula 3 tahun selepas baby kedua aku meninggal dunia. Aku nak sekurang kurangnya aku ada 3 orang zuriat yang mampu menemani hari hari tua aku nanti. Sekarang aku sedang mengandung anak ke 4 kami, termasuklah seorang wildan syurga kami yang terdahulu.

Suami tak selamanya disisi, mungkin esok lusa, jodoh kami terputus, siapa tahu. Dan aku akan pastikan dia tak kan dapat sorang pun anak anak kami.

Hingga saat ini, aku betul betul rasa tawar hati. Aku tak da rasa teringin langsung nak check phone dia bagai. Kalau dia curang lagi pun, aku rasa aku tak kan terkejut, kecewa, sedih dah. Mungkin sebab hati aku dah mati. Jangan ada mulut mulut yang suruh aku bercerrai sekarang. Hahaha.

Bukan apa, aku sedang tunggu masa yang sesuai. Aku ulang, aku tak nak jadi selfish. Walaupun dia bukan suami yang baik, tetapi dia ayah yang tersangatlah penyayang. Demi anak anak mama, mama rela hidup berendam air mata. Mama sayang anak anak mama melebihi segala galanya.

Maaf andai pembaca sekalian serabut dengan perjalanan cerita ini. Sesungguhnya, ia hanyalah sebahagian dari perjalanan hati seorang isteri yang telah mati. Mungkin 20 atau 30% sahaja setelah dipendekkan cerita.

Pada suami suami di luar sana. Usahlah ada niat untuk mencurang. Jangan sampai terbongkar segala galanya oleh isteri sendiri. Jangan membnuh isteri anda dalam diam.

Semoga dengan sedikit cebisan kisah ini, hati aku makin tenteram setelah lama aku memendam. Tolong, tolong nasihatkan aku untuk bangun dari kegagalan ini.

Dia, yang membunuhku, masih lagi suamiku.

BACa:

Dewan Bahasa dan Pustaka tiba-tiba tegur Menteri, rupanya ini yang dia buat sampai kena tegur