Aku tertekan dan last resort aku buat masa ni adalah menulis di sini, selepas aku dah makan hati dan telan ubat tidur untuk beberapa kali.
Aku baru berkahwin beberapa bulan dengan suami aku yang aku jumpa online, setahun aku kenal dia,
akhlak bagus, solat tak tinggal dan dia berasal daripada keluarga yang baik.
Aku buat keputusan untuk berkahwin dengan dia selepas beberapa kali diajak.
Perkahwinan yang tiada pembaziran dan disponsor penuh oleh dia yang sememangnya telah menabung lama untuk perkahwinan dia yang tak jadi.
Semuanya baik sampai lah satu hari aku terbaca conversation dia dan bekas kekasih dia pada 2016, ini adalah ex yang paling lama dia berhubungan. Dia bukan jenis yang delete chat atau menyembunyikan sesuatu daripada aku.
Takda rahsia antara kami walaupun sebelum perkahwinan. Password phone, bank acc, medsos dia aku tahu dan aku punya juga dia tahu. Aku terbaca chat dia dan ex dia, aku tak boleh gambarkan betapa h4ncurnya hati aku waktu tu. Dia pernah terlanjur (mungkin beberapa kali) dengan ex dia.
Rasa dalam hati ni terlalu menyesal, menyesal sebab aku dah terkahwin dengan dia. Jijik, sebab terbaca benda yang tak sepatutnya dan demi Allah aku tak boleh pandang muka dia dan layan dia seperti biasa. Aku menangis tak berhenti tapi dia tak tahu kenapa dan aku tak tahu macam mana nak luncurkan rasa marah, kecewa, dan perasaan bercampur baur aku ni dalam perkataan.
Rasa sayang aku terhadap dia hampir pupus disebabkan ini. Aku telan ubat tidur beberapa kali untuk lupakan apa yang aku dah baca. Aku persoalkan kenapa dan mengapa aku ditemukan dengan dia dan tahu benda ni bila semua benda dah terlambat.
Kenapa aku tak tergerak hati untuk baca chat dia sebelum kami berkahwin lagi. Apa d0sa – d0sa aku sampai aku kena hadap benda ni sekarang bila aku dah tak boleh berpatah balik. Sebelum kahwin dia ada cerita tentang ex dia yang pernah menggugurkan kandungan dan dia pernah beritahu yang dia memang terima ex dia seadanya, hubungan mereka tak kesampaian ke perkahwinan sebab ex dia memilih untuk berkahwin dengan orang lain.
Dalam kepala aku memikirkan siapa anak yang digugurkan tu, adalah itu anak hasil ketelanjuran mereka? Aku terlalu sedih sampaikan aku tak boleh berfikir dengan tenang, belakang dia aku menangis, depan dia aku buat macam tiada apa – apa yang berlaku tapi dalam masa yang sama layanan aku terhadap dia acuh tak acuh.
Aku tak tahu pada siapa aku harus mengadu untuk cari jalan penyelesaian, lebih kepada tidak percaya sesiapa pun dan mahu menjaga aib dia, walaupun keluarga aku sendiri, aku tak nak sesiapa tahu sejarah hitam dia. Aku buntu pada siapa aku harus bercerita dan meminta pendapat.
Aku dapat rasakan rasa sayang aku pada suami aku surut hari demi hari. Dia cuba untuk mendekati aku bila aku menjauh, apa – apa yang dia tanya pada aku sepatah aku jawab dan jawapan aku sentiasa ‘takda apa – apa’. Aku rasa tak nak teruskan apa yang kami ada sekarang dan aku tak rasa aku boleh hadap dia yang sebetulnya hanya jasad aku yang ada tapi roh dan perasaan aku sudah lama hilang.
Kering sudah air mata aku dalam solat meminta petunjuk dari tuhan dan sekarang aku menguatkan diri untuk menulis di sini. Sejujurnya aku takut untuk confront dia tentang ni sebab aku tahu apa pun yang dia cakap tak akan kembalikan rasa yang aku ada pada dia selama ni.
Aku juga takut kalau aku confront dan banyak benda buruk yang aku tak ingin dengar keluar dari mulut dia. Aku sayang hubungan yang kami ada ni, tapi aku terlalu takut untuk teruskan memikirkan dia bakal jadi bapa untuk anak – anak aku.
Aku buntu, tolong bantu aku dengan menasihati aku apa perlu aku buat sekarang, perIukah aku confront dia atau terus minta dia lepas kan aku. Aku manusia penuh d0sa juga, tapi aku tak pernah sampai lakukan d0sa ke tahap itu.
Aku takut, terlalu takut dengan fakta yang aku baru tahu tentang dia, dan dia seolah – olah orang yang lain daripada yang aku kenal. Aku terlalu kecewa terlalu s4kit malah menulis ni membuatkan aku rasa s4kit hati yang teramat sampai rasa tu menyesakkan d4da aku. Bantu aku. – Zue (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Shahirah Abd Ghani : Your feeling is valid dear confessor. I believe most of us will feel how you felt now if we are in ur shoes. However, masa silam pasangan atau masa silam seseorang manusia tak semua sama. Yes, berz1na benda yang terkutuk di sisi Islam tapi siapalah kita hendak menghukvm jika seseorang itu telah bertaubat.
Allah suka h4mbaNya yang bertaubat. Berhati – hatilah ketika kita merasa kita lebih baik dari seseorang. “Janganlah kamu menganggap diri kamu suci (orang baik) kerana Allah lah yang lebih mengetahui siapa yang benar – benar bertaqwa” (Surah An-Najm, ayat 32).
Confessor jangan pikir jauh – jauh sangat ya, doa banyak – banyak kepada Allah, ajak suami berbicara mengenai ini ya. Lapangkan d4da untuk terima segala kata – kata yang akan suami beritahu confessor. In sha Allah, Allah bersama kalian berdua.
Ann Fardan : Asal seseorang itu tidak penting tapi bagaimana pengakhirannya yang Allah ambil kira. Kau bukan Tuhan nak judge kisah silam orang.
Belajar bersyukur dik.. jangan terlebih emosi sangat. Sikit – sikit ok lagi.. dah nikah ada amanah dan tanggungjawab nak dibuat. Takkan asyik nak melayan emosi macam drama jam 7. Solat doa serahkan pada Allah.. Allah tak pernah jodohkan kita dengan orang yang silap.. pasti ada hikmahnya.
BACA: Lelaki buktikan raih jualan RM 100k dengan hanya jual teh atas basikal ditengah KL