“Aku pelik gaji bini aku kecil je tapi dia belanja macam gaji RM10,000 rupanya ini kerja dia buat tiap-tiap malam”
Nama saya Nizam, berumur lewat 20-an. Saya seorang juruteknik di sebuah kilang farmasi di Negeri Pantai Timur.
Sudah pun berkahwin dengan isteri yang kira paras rupanya cantik dan manis orangnya.
Suami Hairan Isteri Bergaji Kecil Tapi Bersedekah Macam Bergaji Lebih RM10K Sebulan
Apa yang buatkan saya lebih tertarik kepadanya adalah sifatnya yang sangat pemurah! Yes, isteri saya seorang yang suka bersedekah. Kami dikurniakan sepasang anak kembar yang bernama Izara Cassandra dan Izara Mikayla.
Kami bertemu jodoh ketika menuntut di politeknik di Selatan Tanah Air. Sekarang isteri saya bekerja sebagai penjawat awam bergred diploma. Walaupun isteri saya bergaji tidak berapa besar.
Tetapi pada apa yang saya lihat sedekahnya ibarat bergaji lebih daripada 10k. Apa sahaja kemahuan yang terlintas di hati saya sambil – sambil cerita kepadanya secara bersahaja, pasti dia akan tunaikan.
Contohnya “sayang, sedapnya kfc”. Esoknya pasti dia membawa balik kfc selepas habis kerja. “sayang, tengok cheese dominos tu, sedapnye”. Esoknya dia order online dia suruh saya tunggu nanti ada orang hantar parcel”. Rupanya Dominos!
Ada satu hari tu kami ke pasar malam dan sampai ke satu gerai jam tangan, saya belek – belek jam tersebut dan bertanyakan kepada isteri “lawakan sayang?”. Dia terus mengambil jam itu dan membayarnya.
Ya Allah betapa segannya saya isteri tolong bayar! Setiap kali isteri membelikan sesuatu saya tidak putvs mengucapkan terima kasih kepadanya. Saya selalu bertanyakan “kenapa sayang belanja abang?”
Dia menjawab “takpe, abang nak, sayang belikan la, sedekah dekat suami besar pahala”. Tidak kira murah atau mahal dia tidak pernah menidakkan. Ada sekali tu isteri saya berhajat nak membeli kasut sukan jadi kami ke al ehsan untuk membelinya.
Semasa saya membelek – belek kasut, isteri saya dah jumpa kasut yang diminatinya (sale longgok je) manakala saya pula ditanyanya “abang nak ke?” Saya jawab, “tak nak saje tengok – tengok”. Korang tau dia buat apa?
Dia minta promoter ambil kasut saiz 10 (isteri memang ingat saiz kasut saya) dan terus membayarnya. Harga kasut dia rm99 tapi kasut saya rm299!!! Ya Allah saya segan sangat dengan isteri.
Saya cakap dekat dia jangan beli tapi dia nak juga belikan untuk saya. Untuk pengetahuan korang saya bukan la orang yang mengambil kesempatan terhadap isteri. Ni saya cerita part dia sahaja, tetang apa yang saya belanja terhadap dia tak perlu saya ceritakan sebab saya ingin menceritakan tentang hebatnya isteri saya yang bergaji kecil tetapi sedekahnya melebihi gajinya.
Part nafkah semua saya tidak pernah tinggal. Nafkah duit sahaja saya berikan kepadanya RM400 sebulan. Saya janji padanya setiap tahun abang akan naikkan duit nafkah untuk sayang. Dia hanya tersenyum riang dan “Yes” sambil digayakan tangannya. Haha.
Apabila otw balik kampung, isteri saya akan menyiapkan sampul duit raya yang agak banyak. Mula – mula kahwin saya ada bertanyakan kepadanya nak bagi kepada siapa? Dia cakap sampul kartun nak bagi kanak – kanak yang dia jumpa semasa singgah solat di RNR dan sepupu sepapat yang masih kecil. (Jumlah duit di dalamnya sampai sekarang saya tak tahu).
Sampul masjid untuk mak, ayah atok dan adik – adiknya seramai 5 orang. Yang ni saya tau di dalammya ada rm100 untuk mak, ayah, atok dan neneknya setiap seorang manakala adik – adiknya rm50 yang besar dan rm20 untuk yang kecil.
DAN, tidak dilupakan sepupunya yang menuntut di universiti, isteri saya memberikan rm50 juga. Korang bayang la berapa ratus semua tu? Saya pun tak pernah kira. Sampai saya tanya, “banyaknya duit sayang?”.
Dia hanya cakap “Alhamdulillah, nak sedekah tak perlu tunggu kaya, sedekah dekat ahli keluarga tu lagi dituntut berbanding orang luar”. Allah terkedu aku pada ketika itu. Sedangkan saya masih berkira – kira nak bersedekah walaupun hanya RM1.
Tidak terhenti setakat itu, sepupu sebeIah saya dan tok sebeIah saya juga dia hulurkan duit apabila hari raya atau dapat keputvsan cemerlang dalam SPM. Sedangkan family saya sendiri tak bagi pun duit dekat sepupu sepapat.
Isteri saya yang bukan d4rah daging pun sudi bersedekah kepada keluarga sebeIah saya. Apa yang saya nampak dia tidak pernah rasa resah tak ada duit. Dia tidak pernah risau baki dalam akaunnya berkurang.
Dia tidak pernah memikirkan pasal duitnya banyak atau sikit. Sedangkan saya asyik risau cukup ke duit untuk setiap bulan. Itu lah isteri saya yang sangat tenang. Untuk pengetahuan pembaca, aku merupakan anak keempat daripada 5 orang adik beradik.
Ok part ni aku nak gunakan kata ganti diri “aku” sebab lagi mudah rasanya. Aku mempunyai 2 orang abang, seorang kakak dan seorang adik perempuan. Abang – abang dan kakak aku merupakan seorang doktor dan husband and wife mereka juga merupakan doktor manakala adik aku seorang jurugambar profeasional.
Ayah Dan Mak Penjawat Awam Gred 54
Aku dilahirkan dalam keluarga yang berpendapatan agak tinggi. Ayah dan mama aku merupakan penjawat awam gred 54. Korang akan terbayang gaji mereka yang begitu besarkan? Tidak lama lagi ayah dan mama aku akan berpencen.
Ketika menjenguk mereka semasa cuti sekolah sedang berbual – bual aku ada cakap kepada mereka. ”syok la lepas ni boleh relax – relax kat rumah”. Tetapi mereka menjawab, “kami tak tau la nak makan apa lepas pencen ni, mana ada duit dah”.
I was like??? Seriously? Pencen dapat 60% dari gaji asal kot. Lagipun ganjaran yang mereka akan dapat agak lumayan kerana cuti terkumpul mereka full 150 hari tau. Ayah dan mama aku memang suka menyimpan duit. Which is good untuk masa depan.
Dari muda sampai tua suka menyimpan dan mengira duit dalam akaun. Tetapi apa yang aku pelik, rumah aku astro pun tak pernah ada, kami tengok la tv dengan aerial besi 2 batang tu sampai sekarang. Aku pernah tanya
Aku : “ayah tak nak pasang astro ke?”.
Ayah : “tak nak la, mana ada duit nak bayar”.
Aku : “Ayah tak nak pasang wifi ke?”.
Ayah : “mana ada duit lah nak bayar dah pencen nanti”.
Ok takpela saja je aku cakap kot la nak pasangkan. Perangai ni boleh aku kata “bakhil” tak? Haha. Perangai ni memang munurun pada aku dan adik beradik aku. Sebab tu bila aku tengok dia bersedekah membuatkan aku pula yang resah memikirkan cukup ke duit dia?
Pernah Minta Duit Abang Kerja Doktor
Aku pernah meminta RM100 dekat abang aku semasa mula – mula aku dapat kerja sebelum dapat gaji. Kot la dia nak bagi je kan. Rupanya tidak, dia whatapps aku dia meminta aku bayar semula hutang RM100 tu.
Berbeza dengan wife aku, untung adik – adik ipar aku dapat kakak macam wife aku, mereka meminta wang belanja, sekalipun isteri aku tidak pernah meminta semula malah menghalalkannya. Bukan sedikit tau?
Sekali isteri aku transfer tak kurang dari RM100. Aku tanya banyaknya sayang bagi. Dia menjawab “kalau sayang bagi RM50 je dia nak makan apa?”. Aku terdiam lagi. Sama juga dengan kakak aku, apabila aku nak pinjam duit selalu dia akan cakap, “aku mana ada duit”.
Kalau korang kat tempat aku apa korang rasa? Sedihkan. Ye dulu memang aku seperti mereka, selepas berkahwin aku dah sem4kin ikhlas untuk bersedekah. Tetapi keluarga aku yang lain masih sama.
Kalau nak dibandingkan gaji isteri aku dgn mereka bagai langit dengan bumi. Tapi macam isteri aku pula yang bergaji seperti mereka. Banyak yang aku belajar daripada dia. Masuk ke family dia, aku seperti terk3jut dengan budaya mereka.
Adik – beradik wife aku sama macam wife, tidak berkira langsung dengan adik beradik. Konsep mereka ”barang aku barang kau juga”. Tapi family aku, ”barang aku is barang aku!” Kau sentuh atau ambil ayah dan mama aku akan memarahinya.
Biasakan masa kecil – kecil dulu korang beli something letak dalam peti ais, selepas beberapa jam kau nak makan, makanan tu lesap? Haha. Tapi wife dan adik – adiknya langsung tak makan hati, mereka cuma g4duh, gelak – gelak sahaja.
Tapi kalau family aku per4ng saudara lah jawabnya. Pasti ayah akan mem4ki siapa yang mengambilnya dan wajib menggantikan apa yang korang dah ambil. Dulu aku pernah meminta duit dekat abang aku, masa tu ayah dan mama aku ada sekali, tiba – tiba mereka memarahi aku “Apa ni minta – minta duit orang! nak duit kerja la sendiri”.
Tersentak aku, rasa nak meleleh air mata ketika itu. Salah ke aku minta duit dengan abang aku sendiri? Berd0sakah? Aku rasa sebab itulah abang – abang dan kakak aku takde common sense untuk bersedekah kerana ayah dan mama aku menegahnya.
Sejak dari tu aku tidak meminta dah duit daripada mereka sebabnya kalau aku minta mereka akan memberitahu mama dan mama akan memarahi aku. Family wife aku, aiskrim sebatang boleh kongsi 8 orang, family aku?
Makan sorok – sorok dalam bilik. Kalau kau minta jangan harap abang – abang dan kakak aku bagi. Walaupun mama aku sendiri pun jangan kau minta apa mereka makan. Yours is yours, mine is mine.
Aku tak tau la macam mana nak ubah per4ngai bakhil mereka. Aku tengok ayah dan mama aku sentiasa resah duit dalam akaun mereka berkurang. Risau tak de duit. Risau peralatan rumah r0sak sebab kena keluar duit beli baru,,
Sentiasa buat detail calculation jika mahu membeli sesuatu. Risau tiada duit nak makan! Risau bil elektrik meningkat apabila kami adik beradik balik. (Setiap bilik ada aircond).
Bukannya kami adik beradik tidak menghulurkan duit tiap bulan. Ada sekali tu kami keluar makan beramai – ramai. Selepas makan, abang – abang atau kakak aku langsung tak offer pun diri untuk membayar.
Aku bukan tak nak bayar tetapi gajiku yang kecil membuatkan aku tak mampu nak belanja semua orang. Kalau ayah dan mama sahaja memang aku akan bayar tetapi tidak untuk abang – abang, kakak dan ipar aku sekali.
Wife aku nyaris nak bangun pergi bayar tau tapi aku tarik tangan dia. Aku memang tidak mampu dan aku tak nak isteri aku yang bayar. Akhirnya ayah aku yang bangun dan bayar bil yang beratus – ratus tu. Diorang??
Angkat bontot dan blah terus masuk kereta masing – masing. Sebab tu aku cakap tadi abang dan kakak aku memang lack of common sense. Diorang peram duit diorg tu nak bawa m4ti agaknya, al maklumlah nak m4ti sekarang pun mahal.
Aku malu dengan wife aku, dia tanya kenapa abang – abang tak bayar kenapa ayah yang bayar? Sian ayah dah la nak pencen dah. Aku tak tau nak cakap macam mana. Sedangkan family wife aku, dia dan kakak – kakaknya berebut-rebut nak bayar jika kami makan sekeluarga.
Aku sangat kagum dengan mereka. Tetapi aku? Tidak semulia mereka. Aku sedar akan itu. Ayah dan mama selalu minta aku belikan mereka something. Yes aku tak kisah dan aku akan penuhi hasrat mereka.
Kadang – kadang isteri aku yang topup aku beli kerana duit aku tak cukup, tapi kenapa tak minta dengan anak – anak dia yang kerja bagus – bagus tu? Ayah dan mama memang jaga betul duit abang – abang dan kakak aku.
Tak pernah minta apa – apa daripada mereka. Aku? Barang yang harga rm800 minta dengan aku belanja? Mesti diorang tau tahap kemampuan aku tetapi kenapa minta dengan aku? Kalau minta dengan abang atau kakak aku sah – sah diorang mampu.
Part ni memang isteri aku sampai nak hulurkan duit separuh tau. Tapi aku tak nak. Aku malu. Aku bukan jenis meminta- minta dengan isteri. Aku tak nak! Aku ada beritahu kakak tentang perkara tu tapi kakak kata, “ayah suruh kau belanja kau la beli kenapa aku pula, aku mana ada duit”.
Korang bayang la apa perasaan aku. Isteri aku sentiasa nasihatkan aku untuk terus sabar. Dia kata kalau abang rasa takde duit baik abang sedekah, belanja sayang makan MCD ke. Pastu dia gelak, hahahaha.
Ok macam tu lah cerita aku. Dapat isteri yang suka bersedekah dan family aku sendiri yang ………… Aku tak pernah lupa dia cakap, “sayang sedekah kat abang mana tau Allah nak bagi sayang kaya, nanti sayang boleh belikan motor besar kat abang”.
Sambil dia jeling – jeling aku, hehe. Aku bersyukur ya Allah kau kurniakan aku isteri yang baik, isteri yang dulunya tak pandai masak tetapi sekarang masakan dia yang aku sentiasa rindu. Sepanjang kahwin boleh kira dengan jari hari yang dia tak masak.
Kalau takde pape dia akan masak untuk kami sekeluarga. Dia kata dia boleh “jampi” aku dalam masakannya. Hehe. Sekarang aku dah m4kin ringan tangan untuk bersedekah. Aku dah dapat kemanisan bersedekah.
Semua itu aku belajar daripada isteri tersayang. Terima kasih sayang sanggup bersedekah dekat abang. Sanggup berkongsi dengan abang. Sekarang abang tak mampu nak baIas kebaikan sayang dengan wang ringgit.
InsyaaAllah abang akan tunaikan setiap permintaan sayang selepas ini. Wahai para pembaca, doakan aku terus istiqamah untuk bersedekah. Sekian…
Antara komen-komen netizen:
Nur Izzati Mohd Abidin : Wife confessor ni sebijik macam mak aku. Tapi mak aku lagi la housewife ja, meniaga sikit – sikit ja tapi belanja family dan sed4ra memang tak lokek langsung. Tak risau langsung duit berkurang ke apa.
Sampai dulu arw4h ayah pun kata mama tak kedekut langsung. Macam dia plak yang kerja gaji banyak belanja macam – macam. Patut la murah rezeki selalu.
Eliz Atok : Memang dalam hidup nyata macam tu lah. Pengalaman aku sendiri buat kerja selenggara elektrik di rumah – rumah org. Pergi rumah A, besar rumah penuh perabot kayu mahal – mahal, sampai kagum aku jadinya.
Selesai kerja kos semua dalam RM150, tuan rumah boleh sound cakap mahal, haduiyaii. Perjalanan aku jer ke rumah dia dah sejam, repair tukar rccb, wiring soket plug baru je pon. Pergi rumah B, rumah kampung masuk rumah sofa ke kerusi pon tak ada, duduk atas lantai.
Selenggara kipas, lampu, plug rosak. Kos dalam RM250, aku macam berkira – kira jugaklah, aku kurangkan jadi RM200. Tuan rumah terus bayar tanpa banyak soal dan dia extrakan RM50 untuk duit makan dan minyak kereta ke rumah.
Fadhilah Yusoff : Part kedekut makan sendiri – sendiri makan dalam bilik bagai tu, jangan diamalkan. Bayangkan kalau anak tengok. Dia pun tiru ler gaya mak pak dia. Ingat eh. Didikan tu bermula dari rumah.
Bukan di sekolah atau di mana – mana. Dan, tak pernah jatuh miskin bersedekah pada keluarga sendri walaupun hanya cuma sehengget bawak balik kuih bagi mak ayah. Aku suka baca tulisan ni.
Untung dapat isteri suka bersedekah. Semoga confessor dan isteri dalam dakapan Allah selalu.=
Nurul Husna Mohd Noor : Aku pun belajar banyak benda dari suami lepas kahwin. Suami tak pernah lokek dengan mak ayah dia. Bil api air kat kampung semua dia bayarkan sorang walaupun dia ramai lagi adik beradik.
Aku pernah Tanya kenapa dia buat semua ni, kerja gov gaji bukan banyak mana. Dia cakap mak ayah berapa lama lagi boleh hidup. Jadi sebelum depa pergi kita boleh cari pahala sedekah untuk senangkan hidup diorang.
Aku insaf dengar laki aku cakap camtu. Alhamdulillah rezeki suami aku sentiasa murah. Kalau nak balik kampung m4kin banyak dapat job part time.. Sejak tu, aku akan utamakan sedekah kat mak dan ayah aku walaupun gaji tak banyak.
Aku dah tak berkira walaupun kat bank ada RM10. Alhamdulillah aku tak pernah tak cukup makan malah rezeki aku makin bertambah ade la.
BACA:
Ini koleksi kereta mewah Sultan Brunei, kalau dijumlahkan harganya lagi mahal dari Man Utd