Tengah buat calculation on Genting Expenses. Total 3 hari 2 malam RM3799.58.
Hahaha. Tu den cakap macam mana orang travel budget RM300. Den pelik.
‘Aku pelik macam mana orang travel budget pergi Genting Highlands RM300. Aku pergi 3 hari 2 malam pun dah habis banyak ni’
Food. : RM465.65
Accomodation : RM1097.52
Tickets : RM1322.00
Shopping : RM752.30
Minyak : RM97.81
Parking : RM18.00
‘Aku pelik macam mana orang travel budget pergi Genting Highlands RM300. Aku pergi 3 hari 2 malam pun dah habis banyak ni’
Food pun dah jimat satu malam tak keluar dinner sebab malas. Kitaorang beli makanan kat 7-E pastu masak.
Antara reason kenapa den suka duduk serviced apartment daripada hotel. Sebab harga dia lebih kurang hotel juga kalau den amik bilik untuk anak-anak.
Den tak suka nak duduk satu bilik walaupun ada orang buat macam tu. Terpulanglah kan. Ikut orang.
Tapi den share kenapa service apartment lebih berbaloi dari hotel.
1. Untuk ahli keluarga ramai serviced apartment sangat berbaloi sebab lebih selesa nak duduk anak beranak dan ada bilik untuk parents dan anak-anak. Boleh pilih nak amik 1,2 or 3 bilik. Kebiasaanya den ambil 2 bilik.
Senang ada privacy. Kalau kakak dengan Anaqi tak ada, Eesa & Ariq boleh tidur 1 bilik. Kalau tak biasa kakak akan tidur dengan Ariq, katil single.
Eesa & Anaqi tidur luar. Biasa diorg memang suka sebab boleh tengok tv sampai pagi. Ambil kesempatan. Kekekekek
1 bilik hotel maybe RM200 kalau 2 bilik dah RM400.
Plus kita dapat bilik 300sqft kosong je. Kalau serviced apartment boleh dapat 500-750sqft siap ada macam2 fasilities.
2. Ada mesin basuh dan pengering baju. Ini memang best sebab biasanya den akan bawa baju cukup-cukup je sebab nak kurangkan beban and muatan.
So bila ada dryer senang hidup. Boleh basuh and pakai balik. Lepas tu bila dah sampai rumah baju nak cuci pun kurang. Bolehlah rehat sikit. Kalau tak sekali balik mau 4-5 kali membasuh baju.
3. Paling den suka bila ada kitchenette or dapur. Sebab den kalau duduk berdua dengan Eesa pun den malas nak keluar. Jadi masaklah benda-benda mudah. Plus kekadang tempat attaction ni makanan mahal.
Macam kat Genting tu Nasi lemak kosong RM3. Ada ayam goreng RM11. Kalau anak 4 nasi saja RM44 tak masuk air. Pengsan. Kakakakaka
4. Selalu bilik hotel nak dapat jakuzi atau tub memang susah. Tapi serviced apartment kalau yang hig-end memang ada jakuzi.
So kalau tak mandi pool pun anak-anak boleh berendam dalam jakuzi dalam bilik. Den pun suker berendam bubble bath.
Pada owner serviced apartment den bagi tips sikit yang akan buat tetamu lebih mudah dan selesa.
1. Letak sticker untuk setiap suis. Kalau kipas letak kipas. Kalau oven letak oven or heater. Senang tetamu nak tengok. Benda ni simple tapi very thoughtful.
2. Sediakan manual book untuk setiap barang atau arahan dalam buku atau board. Senang nak follow. Cth arahan macam mana nak guna dryer, hood atau dishwasher. Untuk mengelakan kerosakan dan juga stress orang. Kaakkakak
3. Sediakan sejadah/telekung/kain/Al-Quran untuk orang Islam. Jangan lupa point kiblat. Dapat pahala banyaak orang guna untuk beribadah
4. Sediakan tilam futon or toto dengan extra bantal dan selimut. Benda ni sangat-sangat beri good impression pada tetamu. Tetambah kalau tetamu lebih.
5. Refreshment macam air sejuk dalam botol and cekedis or coklat. Bukan semua orang suka. Tapi kalau ada, budak-budak suka. Kekekeke
Ini antara tips yang den boleh share pada owner airbnb. Kalau ada ni semua boleh la korang bagitahu nanti boleh la den duduk airbnb korang.
Btw haritu den duduk Eaton Residences tingkat 43. Bangunan tu ada swimming pool dekat tingkat 51. View memang cantik. View KLCC and dekat Jalan Kia Peng. Boleh search Plush Services.
Lepas tu kat Genting den duduk Vista Residences tingkat 21. Yang ni menarik dia swimming pool dia air panas. So takderlah sejuk nak mandi pepagi.
So selamat bercuti.