“Aku pelik tengok suami dan anak angkat kemain mesra, rupanya ini mereka buat belakang aku masa di Australia”

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

“Aku pelik tengok suami dan anak angkat kemain mesra, rupanya ini mereka buat belakang aku masa di Australia”

Seorang wanita yang dikenali sebagai NH menceritakan kisah kecurangan suaminya yang mengejutkan bersama dengan anak angkat mereka sendiri.

Sepanjang perkahwinannya, mereka sudahpun dikurniakan empat orang anak lelaki namun kemudian masalah timbul apabila suaminya mula inginkan anak perempuan.

"Aku pelik tengok suami dan anak angkat kemain mesra, rupanya ini mereka buat belakang aku masa di Australia"

Akhirnya mereka bersepakat untuk mengambil anak angkat berusia 6 tahun yang juga merupakan anak saudara kepada NH.

Selepas 10 tahun, anak angkat mereka sudahpun membesar menjadi remaja perempuan yang cantik dan rapat dengan suaminya.

nangtime.com – Wanita Sedih Suami Curang Bersama Anak Angkat Mereka Sendiri

Pada mulanya NH beranggapan hubungan rapat antara suaminya dengan anak angkat mereka adalah hanya sekadar hubungan bapa dan anak namun kemudiannya sikap suaminya pula berubah menjadi semakin dingin terhadapnya.

Siapa sangka selama ini rupanya suami dan anak angkatnya mempunyai hubungan terlarang yang lebih dari sekadar hubungan bapa dan anak ketika dia tiada di rumah dan mereka merahsiakan daripada NH.

Rahsia hubungan mereka akhirnya terbongkar apabila NH melihat perubahan ketara pada bentuk badan anak angkat mereka yang kemudian disahkan hamil anak suaminya!

NH bertambah sedih apabila mengetahui ibu kandung kepada anak angkat mereka yang juga saudara perempuannya sudah lama mengetahui perbuatan anak kandungnya bersama suami NH namun tergamak merahsiakan hubungan terlarang itu daripadanya.

Sebelum ini saudara perempuannya itu yang dengan rela hati menyerahkan anaknya kepada NH untuk dijadikan anak angkat kerana menghadapi masalah kewangan untuk membesarkannya.

Meskipun NH sudah mengetahui kecurangan suami bersama anak angkat mereka, namun segalanya sudah terlambat apabila anak angkat mereka sudah hamil.

“Saya tidak mahu bertolak ansur lagi dan mahu berterus-terang dengannya.

“Saya syak dia lakukan semua ini kerana mahukan status penduduk tetap Australia.” – kata NH kepada media.

NH juga tekad memutuskan untuk bercerai dengan suami.

BACA:

Anak Norman Hakim simpan surat rahsia dalam Al-Quran, sekali isinya bikin dia sentap

Lelaki ini kantoi simpan duit dalam pasu selama 10 tahun, sekali lain pula reaksi isteri