“Aku rasa sesuatu bila ayah bawak handphone dia masuk bilik air. Keadaan jadi bertambah pelik bila balik kampung”

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Aku ada 2 orang adik lelaki. Masa tu umur mereka 14 tahun dan 4 tahun. Adik bongsu aku jarak 13 tahun dengan aku.

Kami tinggal di rumah flat 2 bilik. Mak aku ambil upah buat kuih dan jahit baju.Ayah kerja di kilang. Hidup kami tak senang tapi Alhamdulillah cukup semua.

Tahun 2006, tempat kerja ayah tawarkan ayah aku ikut kursus dekat luar negara.Kalau ayah lulus, dapat tawaran naik pangkat dan gaji.

Setahun lebih mak berkorban jaga rumah dan anak anak demi nak support ayah kejar impian.

Masa tu mana ada video call. Dapat dengar suara ayah guna telefon rumah je.

"Aku rasa sesuatu bila ayah bawak handphone dia masuk bilik air. Keadaan jadi bertambah pelik bila balik kampung"

2007, tahun aku nak SPM. Ayah balik dalam pertengahan tahun. Ayah dinaikkan pangkat, gaji ayah tak silap dalam 4-5k.

Ayah janji nak bawa kami ke rumah yang lebih selesa sebab masa tu aku kongsi bilik dengan adik lelaki.

Masa aku hampir nak SPM, aku perasan ayah berubah sejak ada handphone. Masa tu tengah famous Nokia 3310.

Aku bangun study tengah malam, aku dengar suara orang bercakap di ruang tamu.

Bila aku jenguk, rupanya ayah tengah berborak.

Ayah bagitahu aku, bos dia call nak cakap hal kerja. 4 pagi bos call?

Aku tak syak apa apa sampailah aku rasa sesuatu bila ayah bawak handphone dia masuk bilik air.

Keadaan jadi bertambah pelik bila balik kampung, ayah tak nak ikut beraya rumah saudara.

Ayah cakap penat, nak tidur, sakit kepala.

Tapi kebetulan ada satu masa tu, ayah tak perasan sorang pakcik aku ni tak ikut beraya sekali.

Jadi ayah aku cakap kuat kuat dengan ‘bos’ di ruang tamu rumah nenek sebab ingatkan tiada orang di rumah.

Pakcik aku ni dapat dengar dengan jelas ayah aku duk bersayang, cinta bagai di telefon.

Bila kami balik ke rumah, pakcik aku terus panggil nenek (mak kepada ayah) dan mak aku. Menangis mak aku terduduk.

Nenek panggil ayah aku minta penjelasan. Tahu apa alasan ayah aku? Mak aku dah tak melayan ayah aku.

Ohh mudahnya alasan.

Di sinilah bermula hilangnya istilah Rumahku Syurgaku bila ayah mula cari setiap kesalahan mak. Ayah juga dah mula culas bayar sewa rumah, bil bil rumah.

Duit gaji ayah yang agak besar pada waktu itu, tak cukup untuk menampung hidup kami. Walhal masa gaji ayah sikit, cukup je semua.

Tuan rumah datang minta duit sewa sebab dah 2 bulan ayah tak bayar. Alasan ayah, banyak benda nak bayar.

Pelik aku sebab ayah bukan beli kereta baru, tetap guna kereta lama. Rumah pun kami masih sewa flat yang sama.

Masa ni lagi sebulan nak SPM, aku sangat stress fikirkan mak yang terpaksa berhempas pulas cari duit.

Tahun depan pulak, adik aku 5 tahun nak masuk tadika. Aku pulak nak sambung study lepas SPM.

Akhirnya mak gadai barang kemas untuk setel kan sewa rumah.

Alhamdulillah dengan berkat doa mak yang hari hari bacakan Yasin masa aku SPM, aku tersenarai pelajar ke7 terbaik dalam result SPM sekolah. Aku sekolah harian biasa je.

Ayah aku masih dengan tabiat dia berkepit dengan handphone. Kerap sangat tak balik dengan alasan outstation.

Aku paling kesian dengan adik bongsu, dia tak merasa kasih sayang ayah sedangkan ayah yang nak sangat sorang lagi anak.

2008, aku dapat offer matrikulasi 1 tahun. 1 jam perjalanan dari rumah ke matrik.

Aku terima walaupun hati rasa berat nak tinggalkan rumah. Fikirkan mak, adik adik aku. Adik aku yang sorang nak PMR, yang bongsu tadika.

Mak pulak kena cari duit lebih sebab ayah bayar sewa rumah dan bil ikut suka dia. Nak bayar, bayar. Tak nak bayar, ayah lepaskan pada mak.

Aku pernah beri duit elaun matrik pada mak untuk beli barang dapur. Aku menangis dapat tahu mak tiada duit nak beli beras.

Aku telefon ayah dan luahkan semua rasa sakit hati aku tapi ayah putuskan talian tiba tiba.

Sakitnya hati aku kenapa ayah berubah macam ni.

Habis matrik, semua sibuk isi UPU nak sambung degree. Tapi aku pilih untuk tak sambung. Aku kena kerja untuk bantu mak dan adik adik.

Mak tak membantah sebab mak dah terlalu penat, kecewa dengan sikap ayah.

Adik aku yang remaja memberontak sebab ayah suka marah dia tanpa sebab.

Tak sambung degree, bermakna tiada makna lah sijil matrik aku. Aku mohon kerja kerani guna sijil SPM. Aku simpan saja impian aku nak sambung degree.

Biarlah asalkan hidup mak dan adik adik terjamin. Aku tak nak berharap dah pada ayah.

Tentang ayah pula, aku pernah ambil telefon ayah dan baca semua mesej dengan perempuan itu. Maklumat tentang check in hotel, resit beg tangan dan restoran yang mereka pergi semua aku catat.

Masa tu 2009, baru nak kenal internet. Aku bawa adik bongsu aku ke cyber cafe, buka Google.

Aku cari ke mana hotel mereka pergi. Jenama beg tangan yang ayah belikan pun aku Google.

Balik rumah aku menangis. Sampai hati ayah habiskan duit untuk perempuan yang entah siapa, tapi untuk isteri dan anak anak berkira.

Kadang kadang mak ambil upah mengasuh anak jiran hari minggu kalau suami isteri nak keluar berdua.

Tapi ayah marah, katanya bising rumah dengan baby. Ayah bersiap dan terus keluar.

Kalau tak mengasuh, mana nak dapat duit? Dengan duit itulah nak teruskan hidup.

Masa berlalu, ayah masih lagi dengan sikap acuh tak acuh dengan keluarga. Duit tak pernah cukup.

Kenapa tak cukup? Sebab tak berkat.

Duit habis dengan perempuan, berfoya foya.

2015, setelah kewangan aku stabil, adik habis diploma, aku bawa mak dan adik adik pindah rumah.

Aku malas nak ambil tahu pasal ayah. Biarkan lah dia.

Alhamdulillah adik bongsu dah habis sekolah. Aku pun dah 31 tahun. Doakan kami sekeluarga dapat duduk rumah sendiri pula.

Dan untuk kau Amni yang dengar cerita suami orang kononnya isteri serba serbi buruk, kau tahu ke apa suami tu buat?

Kau tak tahu pun sebab buat apa nak tahu kan.

Kau balik rumah boleh senang lenang terus tidur ke, mandi sental badan dengan skrub ke, syampu lama lama ke, balas wassap sampai telefon meletup pun takpe.

Tapi isteri? Balik rumah nak kena susukan anak, anak yang sekolah nak kena tengokkan kerja sekolah. Baju tak iron lagi, masak lagi.

Dapat suami yang membantu, syukur. Kalau dapat macam jenis suami yang kau dating tu? Kau rasa kalau dia tolong isteri dia kat rumah, dia ada masa ke nak keluar dengan kau?

Kau balik kerja, kau tiada komitmen apa apa. Sebab tu lelaki suka. Anytime je on.

Isteri pulak? Takkan nak berjimba bagai macam kau. Mau 7 keturunan kena sumpah isteri derhaka.

Isteri marah suami dekat telefon sebab balik kerja lambat? Kau tau tak Amni, ada isteri yang dari tengahari suruh suami balik sebab anak demam panas.

Suami bagi alasan kena tunggu petang. Sampai ke petang tak balik. Isteri tebalkan muka minta tolong jiran bawa ke klinik.

Suami pulak? Ohhh rupanya dating.

Kau tak malu ke Amni- dan yang seangkatan dengan kau. Kau curi masa dan hak seorang anak? Lepastu kau pun keluar teori, isteri dia ni tak lemah lembut, tak manja.

Kau ada fikir tak hati perasaan isteri dan anak anak lelaki yang kau tidur tu?

Waktu aku call perempuan yang jadi orang ketiga tu, perempuan tu cakap dekat aku ‘suruh mak kau jaga laki dia elok elok sebab bapak kau cakap mak kau buruk’.

Sampai harini aku ingat apa yang perempuan tak guna tu hambur dekat aku demi nak tunjukkan dia tak salah, ayah aku tak salah tapi mak aku yang salah.

Dan yang menyokong sangat si Amni tu terutama lelaki, memanglah seronok kan sebab Amni bagi justifikasi kenapa suami orang curang.

Cuba kalau Amni cakap dia insaf, dia nak kahwin. Habis dah keluar ayat ‘hantaran 20k ke ni, lelaki baik tak ungkit masa silam’.

Korang tak rasa apa aku rasa, mungkin sebab family korang bahagia.

Atau mungkin ayah korang pernah curang tapi mak korang pendam sorang.

Korang mungkin tak tahu apa yang mak korang dah korbankan untuk keluarga sebab tu korang tiada empati dekat isteri yang teraniaya sebab suami curang.

Pesan aku, jagalah family baik baik. Nanti dah tua anak anak tak nak jaga, anak pulak dikata derhaka sedangkan masa sihat dan kaya, lupa dunia.

BACA: “Aku sedar je, tahu-tahu ada di hospital, mak mertua tak henti nangis tepi aku, dari jauh aku nampak suami dengan muka kecewa”