‘Aku rimas jumpa mertua, rumah besar merungut, tak masak merungut, paling tak tahan mertua suruh suami aku tanggung hutang dia’

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin yang baik hati sekiranya confession ini disiarkan.

Saya pernah meluah di sini awal tahun dulu dan tak berapa lama lepas tu, saya disindir oleh mak mertua dan adik ipar, hahahahaha lantaklah.

Walaupun sebagai anonymous, mereka tahu confession saya rupanya, huhuhu.

Jadi saya rasa ini platform terbaik untuk saya luah perasaan. Saya tak boleh nak berdepan sebab saya ni jenis

Bila dah geram, semua saya hamburkan. Saya nak maintain kesopanan dan ketatasusilaan.

'Aku rimas jumpa mertua, rumah besar merungut, tak masak merungut, paling tak tahan mertua suruh suami aku tanggung hutang dia'

Sedikit intro, saya kahwin dengan suami selepas setahun perkenalan. Masing – masing berkenalan selepas grad dan telah mempunyai karier dan stabil. Kami tak sempat berkenalan lama – lama kerana usia kami hampir 30 tahun ketika itu.

Sebelum kahwin, tiada apa yang aneh dalam keluarga mertua. Mak mertua seorang yang lembut tutur bicara, ayah mertua seorang yang pendiam, dan ada seorang adik ipar perempuan – kami jarang berjumpa. Nampak baik – baik semuanya.

Cuma ada beberapa kali mereka bercerita tentang kecurangan bekas tunang suami saya namakan A, keluarga mertua berkata A tak sesuai masuk dalam family mereka kerana A mengugvt akan mer4mpas suami dari mereka dan takkan benarkan suami pulang ke rumah mereka.

Quite extreme tapi saya pilih untuk tak percaya. I’m a fair person, I will judge anything with my very own eyes. Akhirnya kami diijabkabulkan pada 12 tahun yang lepas. Selepas kahwin, mak mertua minta saya berpindah ke negeri kelahiran suami di Muar Johor, duduk bersama mereka.

Namun saya tolak dengan baik dan memberi alasan bukan mudah untuk mendapat tempat terdekat. Ada kawan – kawan saya yang terp4ksa bertugas nun jauh hingga ke Johor Bharu. Jadi biarlah saya masih kekal bertugas di Melaka.

Sekurang – kurangnya masih dekat dengan Muar dan saya pun dekat dengan keluarga saya di Melaka. Dan saya pun masih mempunyai ibu dan ayah yang juga merupakan pes4kit tetap saya. Biarlah saya menabur bakti kepada ibu ayah saya.

Di awal tahun pertama perkahwinan, suami dan saya selalu juga membahagiakan family mertua. Kami bawa mereka berjalan hampir setiap hujung minggu. Kami juga selalu pulang ke kampung hampir setiap minggu. Kami k0rbankan fasa honeymoon kami untuk bahagiakan mertua.

Saya belikan hadiah handbag coach untuk mak mertua. Saya suka memberi. Bukan sebagai rasuah, tapi itu kebahagiaan saya. Hatta hadiah perkahwinan daripada pakej perkahwinan kami iaitu tiket percutian honeymoon juga kami kongsi bersama atas permintaan mertua, saya honeymoon bersama suami dan keluarga mertua di Langkawi. Kami berkongsi apartment 2 bilik.

Saya rasa berbesar hati atas segala peng0rbanan saya untuk mereka. Asalkan mereka bahagia. Asalkan mereka tak rasa kehilangan anak lelaki mereka. Tapi mereka tetap tak nampak peng0rbanan saya. Kami balik ke rumah mertua hampir setiap minggu atau 2x setiap bulan pada awal perkahwinan. Sehingga kami sukar mendapat zuriat kerana badan terlalu letih dan str3ss.

Akhirnya selepas 4 tahun masih belum mengandung, kami putuskan untuk pulang sebulan sekali sahaja. Alhamdulillah saya terus boleh mengandung. Saya terp4ksa kurangkan pulang ke rumah mertua sebulan sekali sahaja, kerana terlalu inginkan zuriat, dan kerana saya selalu direndahkan dan dipersalahkan oleh mak mertua kerana lambat mengandung.

Saya disuruh urut sana sini. Tapi anak lelakinya tak pernah dipersalahkan pula. Sejak itu, kami akan pulang ke kampung suami sebulan sekali. Namun apabila sesekali kami tak dapat balik kerana suami yang perlu bekerja lebih masa pada hujung minggu, saya juga yang difitnah ‘mengik4t kaki anak lelaki mereka’.

Saya difitnah tak suka rumah mereka yang kecil. Padahal tidak pernah langsung terlintas di dalam hati. Saya dituduh menantu derh4ka kerana membuatkan mertua menangis. Dan sebenarnya, adik ipar yang suka mengadu domba, fitnah dan buruk sangka, hingga melagakan saya dan mertua.

Mak mertua dan saya baik – baik saja sebelum tu, kami bersalaman sebelum balik. PeIuk civm. Tapi semasa saya dan suami dalam perjalanan pulang dari rumah mertua, pelbagai m4kian keluar dalam whatsap group keluarga suami. Saya dituduh derh4ka kerana membuatkan mak mertua menangis.

Dan rupa – rupanya adik ipar telah menghasut mak mertua bahawa saya tak sabar nak balik ke rumah kerana tak suka dengan rumah mereka yang kecil. Tak pernah terlintas di hati dan mulut saya rumah mereka kecil, itu semua buruk sangka dan hasutan dari syaaitan.

Ayah dan mak mertua tak pernah menegur anak perempuan mereka membuatkan saya pun hilang hormat dengan mertua. Namun saya tidak membaIas, saya cuma jarakkan diri. Saya pernah bersuara, tentang adik ipar yang kerap masuk campur rumahtangga kami secara biadap, namun mertua memilih untuk membela anak perempuan sendiri, katanya adik ipar berkata perkara benar.

Sedangkan kebanyakan isu adalah daripada buruk sangka. Dan dia menghasut mak mertua atas sangkaan buruk yang tidak benar. Selang beberapa tahun perkahwinan, kami pun dikurniakan 4 orang anak, suami saya diuji dipecat dan hilang pekerjaan.

Setahun – dua juga dia menganggur dan saya keseorangan menyara anak – anak dan suami. Suami bangun semula dan buka bisnes. Alhamdulillah maju, sale dalam 20k sebulan masa tu. Tapi tak lama pun kebahagiaan tu, suami mula curang.

Sampai akhirnya bisnes melingkup sehinggalah sekarang suami bermula dari bawah semula. Seorang senior engineer yang lebih 10 tahun pengalaman namun masih bergaji freshie dalam 4k. Huhuhu. Sadis kan. Namun saya redha, sabar dan bersyukur seadanya.

Saya diajar kuat dan rajin berusaha dari kecil. Saya pernah jalan kaki seorang diri sejauh 2km untuk pergi tuisyen semasa darjah 6 kerana ayah berkursus. Usaha keras itulah saya, dan menganggur bukan dalam kamus hidup saya.

Seperti anak – anak mertua. Semuanya pernah menganggur bertahun – tahun. Saya pernah gadaikan emas untuk bantu bayarkan tunggakan loan rumah mertua yang hampir dilelong dan bil elektrik mereka yang telah dip0tong pada zaman mereka semua menganggur termasuklah mak dan ayah mertua juga menganggur di awal usia mereka 50an.

Mereka berpencen awal kerana mahu suami saya menyara mereka. Akhirnya, suami juga menganggur. Huhuhu. Ke mana tumpahnya kuah.. Saya bantu bayarkan tunggakan loan mereka sebab mereka pun macam keluarga sendiri. Tapi saya sedih sebab mertua tak nampak pun peng0rbanan saya.

Mertua juga tak pernah menasihati suami saya untuk bekerja dan menafkahi anak isteri semasa suami menganggur dulu. Sebaliknya saya yang dih1na hanya suka suami masa berduit je. Pedih. Namun Allah maha adil. Adik ipar juga ada melalui fasa ini, suaminya banyak kali berhenti kerja dan menganggur lebih lama daripada suami saya dan menyebabkan mereka berpindah randah kerana tak mampu membayar sewa.

Alhamdulillah walaupun suami saya pernah menganggur, rumah kami dapat dibayar sempurna tanpa perlu pindah – randah atau tak pernah tertunggak hingga hampir dilelong. Allah bantu saya dan mudahkan urusan saya. Hanya berbaki 10 tahun sahaja lagi untuk habis loan rumah kami.

Suami saya ketika menganggur, ibu ayah saya tak tahu. Kata saya pada mereka, suami kerja dari rumah. Semua aib dirahsiakan, cuma sesekali ibu ayah saya datang rumah kami, baru mereka tahu menantu mereka tak bekerja.

Tapi mereka tetap sayang suami saya, tak pernah h1na, tak pernah umpat suami saya di depan menantu lain. Mereka juga tak pernah umpat suami saya di depan adik beradik saya yang lain. Berbeza dengan mertua, selalu umpat menantu lelakinya kepada saya, bahawa biras saya kerap berhenti kerja, menganggur, kerap main game, pemalas dan kuat tidur. Mertua saya mengumpat menantunya di depan menantu lain.

Beruntunglah suami saya tak pernah diburukkan oleh ibu ayah saya kepada menantu – menantu lain dan maIanglah nasib biras kerana saya tahu segala keburukan dia. Masalah dir4njang adik ipar dan biras juga diceritakan kepada saya.

Saya diberitahu oleh mak mertua, adik ipar dan suaminya tiada hubungan badan. Sudah hampir 6 tahun perkahwinan, adik ipar masih belum pernah mengandung. Kakak – kakak biras juga selalu diumpat oleh mereka kerana sering mengganggu urusan rumah tangga adik ipar saya.

Bukankah anak perempuan kamu juga ganggu rumahtangga kami dulu. Tak cukup dengan tu, mak mertua juga pernah mengumpat mak mertuanya sendiri bersama – sama adik ipar (adik ipar mengumpat neneknya), kata mereka sewaktu arw4h meninggaI dulu, belakang badan arw4h membusuk (bed sore) kerana mengani4ya mereka.

Mereka meminta saya rahsiakan dari ayah mertua. Pada saya, tak perlulah mengumpat orang yang sudah meninggaI. Dan saya pilih untuk tak percaya pun umpatan mereka. Bila saya tanya bagaimana bentuk pengani4yaan arw4h kepada mak mertua, mak mertua cerita dia disuruh memasak lauk kegemaran mak mertuanya apabila mereka pulang ke kampung kerana mak mertuanya rindu masakannya. Itu sahaja. Hmmm speechless. Kesian arw4h.

Mak mertua juga pernah cerita, sewaktu arw4h mak mertuanya naz4k selama beberapa bulan, suaminya (ayah mertua saya) akan balik kampung seorang diri setiap hujung minggu untuk ziarah arw4h yang n4zak. Mak mertua kata pada saya, berkali – kali ayah balik kampung tapi arw4h masih belum m4ti. Dan sampai satu tahap, katanya dia berdoa agar arw4h cepat m4ti.

And surprisingly, kata-kata ‘berdoa agar arwah cepat m4ti’ itu diucap serentak oleh mak mertua bersama – sama anak-anaknya, suami saya dan adik ipar, ketika ayah mertua ada di dalam bilik air. Saya tak sempat berjumpa arw4h (nenek suami), tapi hati saya diruntun rasa hiba sangat bila cucu – cucu kata macam tu terhadap nenek mereka. Kesian arw4h.

Dan saya bayangkan, saya, atau ibu saya ditempat arw4h. Dih1na dan disumpah oleh d4rah daging sendiri. Seorang ibu, mengajar anak – anaknya sifat mazmumah. Nauzubillahmindzalik. Adik ipar saya juga pernah kata kepada saya, sebelum dia berkahwin, dia seronok kerana bakal mak mertuanya telah tiada kerana sudah m4ti.

Beberapa kali dia kata begini pada saya, dan akhirnya pada kali ke-4 siaran ulangan, saya kata kepadanya ‘adik suka ke kalau kakak kata kakak suka mak m4ti?’. Alhamdulillah sampai sekarang adik ipar tak kata macam tu lagi terhadap arw4h mak mertuanya di depan saya.

Dan sekarang dia diuji dengan kakak ipar yang mengongkong dan mencampuri urusan rumahtangganya kerana suaminya merupakan anak bongsu kesayangan kakak. Sehinggakan suaminya nak balik beraya dengan mertua saya dan adik ipar pun tak boleh.

Mak mertua saya juga pernah mengumpat suaminya di depan saya, kata mak, ayah mertua pernah curang semasa mereka muda. Katanya lagi, ayah mertua tak pandai langsung mengaji. Maaf mak, saya pernah terdengar sayup mak mengaji, tak fasih juga dan masih merangkak – rangkak. Saya sedih sebenarnya.

Saya teringin nak ajarkan mereka mengaji, tapi tak tahu cara untuk mulakan. Bacaan quran suami juga saya tasmik dan betulkan tajwidnya. Pernah juga saya seorang di dapur, tiba – tiba mak mertua sindir saya ‘kamu kan balik kampung setahun sekali’ ketika suami saya di bilik. Sedangkan sebenarnya waktu tu kami balik hampir setiap bulan.

Penat ya, kita kerap balik pun dia tak nampak, tak hargai. Hakik4tnya, mereka yang balik kampung setahun sekali semasa mereka muda. Ya. Suami pernah beritahu mereka pulang ke kampung 1 – 2x sahaja setahun, semasa suami masih kecil dan bersekolah.

Suami pernah beritahu semasa dia kecil, ada tahun yang mereka tak balik langsung ke kampung tok kerana tiada duit. Bertahun mereka tak balik kampung. Tapi mereka langsung tak rasa bersalah terhadap mertua mereka.

Mak mertua kata, mak mertuanya ada anak yang ramai, jadi tak perlulah dia dan ayah mertua saya balik selalu kerana ada anak – anak yang lain. Mak mertua juga kata mak mertuanya punyai cucu yang ramai, jadi tak perlulah dia bawa anak – anak pulang ke kampung selalu.

Tetapi mak mertua kata, sebaliknya dia hanya ada 2 anak dan dia tak boleh berpisah lama dengan anak – anak. Cubaan mak mertua untuk guilt trip saya. Dan cubaan untuk dia justify layanan buruk dia terhadap mertuanya dulu.

Dulu, mereka berharap mertua mereka faham, mereka sibuk bekerja untuk menyara keluarga. Tapi apabila mereka tua, kenapa mereka tak faham kami, anak menantu mereka yang sibuk mencari rezeki? Mereka kerap sangat mendesak untuk kami balik. Setiap minggu wajib tanya kami balik atau tak. Saya dan suami str3ss.

Saya penat. Saya isteri bekerja, saya nak rehat. Kerja hakiki sem4kin bertambah sejak kenaikan pangkat 54, saya perlu multitasking antara kerja pentadbiran dan juga bertugas di lapangan merawat pes4kit dalam masa yang sama. Bukan mudah.

Saya berdepan tekanan hebat dari pihak atasan, juga dari pihak bawahan, juga daripada pihak ketiga – pes4kit, yang ada expectations yang tinggi. Mertua kerap mendesak kami untuk pulang sedangkan baru je berjumpa minggu sebelumnya.

Saya sibuk bekerja, oncall dan locum pada hujung minggu. Walaupun kami sibuk, kami tetap juga akan pastikan mereka berjumpa cucu sebulan sekali. Tapi, berjumpa sebulan sekali tetap tak cukup buat mereka. Kami tak pernah sampai bertahun – tahun tak balik, kecuali pada zaman kovit.

Itulah zaman paling aman saya rasa. Thanks Allah hadirkan kovit. Blessing in disguise I guess. Suami pernah beritahu keluarganya, kami akan pulang sebulan sekali. Mereka setuju. Namun mereka panjang akal, mereka akan datang ke rumah kami pula selang 2 minggu.

Jadi perjanjian asal kami untuk berjumpa sebulan sekali diIanggar dan akhirnya berjumpa 2x sebulan. Pada saya, itu terlalu kerap dan melampau la, bagaikan manusia yang tak pandai bersyukur dan mengambil kesempatan. B

Bukan tak suka tetamu datang rumah tapi mak mertua pernah komen ‘dapur cantik tapi tak masak pun’, ‘almari baju bersepah’, ‘cadar tak wangi’, Pernah juga ada kejadian paip sinki patah, window handle patah, membuatkan saya anx1ety, str3ss dan penat untuk terima tetamu.

Dulu, ketika mertua dan adik ipar selalu mengambil kesempatan ke atas saya, biadap dan melampaui batas, suami saya seperti kayu. Dia lebih berat menyebeIahi keluarganya. Suami pernah menganggur bertahun, saya yang kutip dia masa dia jatuh. Saya yang bagi makan, tempat berteduh.

Bukan keluarga dia. Mana keluarga dia masa dia dipecat tu? Keluarga dia tak pernah tanya pun kami makan ke tak, anak – anak makan ke tidak. Namun suami baIas budi saya dengan kecurangan. Saya nak hadiahkan dia dengan perceraian dan pulangkan dia ke pangkuan mertua, tapi akhirnya suami mula buka mata dengan per4ngai buruk keluarganya dan suami memilih saya.

Suami mula nampak keluarga dia yang gagal menasihatinya ke arah kebaikan dan sering back-up segala d0sanya. Hari ke hari, tahun demi tahun, suami sem4kin teruk, daripada tidak menafkahi anak isteri kepada kecurangan dan perjvdian (forex).

Kasih sayang mertua tak bertempat dan suka membela kesalahan anak membuatkan anak sem4kin jauh dari jalan Allah dan sem4kin berani berbuat d0sa dan meny4kiti isteri. Kalaulah mak ayah mertua nasihat suami saya dengan ikhlas tanpa menyindir saya, mungkin suami saya tak berani menganggur lama – lama, tak berani curang dan jvdi.

Kata mak mertua ketika suami saya mengganggur dan tak menafkahi saya dan anak – anak, mak mertua kata saya hanya sukakan suami ketika berduit sahaja. Kata mak mertua, saya tak jaga tanggungjawab dengan elok, sebab itulah anaknya curang.

Kata mak mertua, lebih baik suami berjvdi / f0rex daripada terlibat ahl0ng. Kini, suami mula berubah, suami menasihati saya untuk menjarakkan diri dari manusia t0xic. Suami mula memperbaiki diri, daripada seorang suami dan ayah yang pemalas, kini seorang yang rajin mengurus rumah tangga.

Daripada suami kayu kini pandai melindungi isteri. Saya juga saksikan suami bertaubat dan tahajud setiap malam. Cuma satu kelemahan suami, dengan gaji 4k, suami masih gagal menafkahi saya dan anak – anak. Saya pernah maklumkan kepada keluarga mertua, bahawa rumah kami, bayaran sekolah, transit, tadika dan taska anak – anak, pampers, susu, barang dapur (nafkah tempat tinggal, belajar dan makan untuk sebulan) semua ditanggung oleh saya.

Hampir 10k sebulan saya menanggung nafkah yang sepatutnya tanggungjawab suami. Baki gaji 3k adalah untuk diri saya sendiri – bayar loan, credit card, insurance, income tax. Simpanan? Zero. Ya zero. Saya menggalas tanggungjawab suami, mana mampu saya menyimpan.

Manakala gaji suami 4k, 2k habis untuk diri dia sendiri, termasuklah loan kereta, personal loan main f0rex (tanpa pengetahuan saya dan kantoi akhirnya) dan credit card. 1k daripada gaji suami digunakan untuk bayar bil – bil utiliti rumah : elektrik, wifi, astro, postpaid suami dan saya, coway dan maintenance rumah (takkan lah suami nak duduk rumah free kan).

500 untuk minyak dan touch n go suami ke tempat kerja. Baki 500 epf. Balance hujung bulan zero. Nafkah untuk saya sebagai isteri dan anak – anak? Zero. Nafkah untuk mak ayah dia, lagi lah zero. Ayah mak mertua saya tahu hal ini.

Ayah dan mak mertua saya pernah diberitahu bahawa sayalah yang menanggung suami. Saya contribute 10k, suami contribute 1k to our small family. 91% : 9%. Tapi ayah mertua dan adik ipar pernah ada cubaan untuk minta suami portion 1k tu untuk diberikan kepada ayah dan mak mertua sebagai nafkah untuk bayarkan loan rumah mereka kerana ayah mertua ingin berpencen (swasta) walaupun masih mempunyai hutang.

Saya tahu cerita ni sebab suami yang ceritakan. Maksudnya ayah mertua mencuba untuk halang anak lelakinya menanggung anak isteri. Sebaliknya duit 1k suami tu diminta sebagai nafkah untuk mereka sekeluarga. Monolog; Tak banyak pun 1k abang bagi tu ayah. Berbanding 10k yang saya sumbangkan untuk bantu abang.

I just cannot brain this. Crazy. Mengambil kesempatan ke atas menantu. Parasit. Sedut d4rah menantu sampai ke tulang hitam. Dan saya tak allow benda tu berlaku. Sorry no sorry. Ayah mertua masih belum berpencen sehingga kini dan masih menanggung loannya sendiri.

Ayah mertua pernah kata kepada suami dan saya boleh dengar perbualan mereka kerana perbualan ini semasa kami di dalam kereta. Suami memandu, ayah mertua duduk di sebeIah suami, dan saya duduk di belakang dengan anak – anak.

Ayah mertua kata kepada suami dengan perlahan namun saya masih boleh mendengar sayup, katanya isteri yang bekerja, sombong dan kuat control. Tak tahulah itu menyindir saya atau apa. Takkan lah suami saya boleh bayar loan rumah mak dan ayah dia walaupun suami tak duduk pun rumah tu dan rumah tu pula akan dihibahkan sepenuhnya kepada adik perempuan dia jika mertua meninggaI (lebih baik adik ipar yang sambung bayar).

Sedangkan rumah kami sendiri yang suami duduki pun suami tak sharing loan dengan saya sesen pun. Takkan lah rumah yang suami tak duduki tiba – tiba boleh bayar pula. Dear parents and sister in law, come to your senses!!!

Hatta untuk pulang ke rumah mertua pun akan gunakan sumber kewangan saya. Tapi mereka tetap tak mahu memahami, dan tetap juga mem4ksa kami selalu pulang, menggunakan duit saya? Saya terbeban dalam menanggung suami.

Untuk anak – anak tak apalah, saya anggap sedekah. Ditambah lagi saya jugalah yang perlu menanggung perbelanjaan pulang ke rumah mertua. Berhentilah membebankan saya. Saya pernah bersuara, namun mereka tetap berkeras berkata tanggungjawab anak – anak untuk balik ke rumah mertua.

Ya tanggungjawab. Tapi anak kalian tak berduit. So how? Tanggungjawab sayakah? Jawapan dalam Islam, tidak. Dalam Islam, menantu tiada apa – apa tanggungjawab terhadap mertuanya. Mungkin mereka tak faham perbezaan antara tanggungjawab anak dengan ihsan daripada menantu.

Saya juga dinasihati oleh mertua untuk buka kIinik untuk menambah pendapatan. Aneh. Anak lelakinya yang bergaji kecil tapi menantu yang disuruh berusaha keras lagi. Baru – baru ni suami ada meminjam duit daripada adik perempuannya (ratusan ringgit) kerana saya dah tak mampu untuk membantu suami selepas gaji saya habis untuk bayaran rumah dan yuran sekolah anak – anak (term 2 half yearly).

Adik ipar melemparkan kata – kata bahawa suami saya sering rasa tak cukup kerana gaji suami tiada keberkatan, kerana tidak memberi duit kepada mak dan ayah mertua. Saya, sebagai isteri, yang tak menerima nafkah sesen pun dari suami pun tak pernah menyumpah suami dengan kata – kata gajinya tak berkat.

Saya, isteri yang pernah pinjamkan duit untuk suami (puluhan ribu ringgit – hutang nafkah tertunggak, malah kalau did4rab 15 tahun dah jadi ratusan ribu ringgit) pun tak pernah kutuk suami gaji tak berkat. Saya halalkan semuanya. Adiknya baru beri pinjam ratusan ringgit pun dah bising.

Penat lelah suami bekerja namun gajinya dituduh tak berkat? Pedihnya, saya sebagai isteri yang terasa pedih. Sekurang – kurangnya suami berusaha. Tapi mudahnya orang luar menghukvm. Saya isteri, duduki tangga yang teratas untuk menerima nafkah, masih boleh bersabar tak menerima nafkah dari suami, berbanding d4rah daging suami sendiri tidak mampu bersabar dan terus menyumpah huhuhu..

Adik ipar juga menasihati suami agar tidak lupa untuk membahagiakan mak dan ayah. Kami dah cuba termampu dan terbaik untuk mak dan ayah mertua. Kami baru saja bawa mereka makan angin pada 2 bulan lepas. Belanja makan sedap – sedap, mahal – mahal (suami dapat bonus bulan 6 lalu). Bersyukurlah dengan apa yang kami mampu beri.

Semoga Allah hadirkan rasa cukup pada kalian. Bersyukur dan berterima kasihlah. Seseorang yang tidak berterima kasih kepada manusia lain adalah mereka yang gagal bersyukur kepada Allah. Saya tetap mampu bersabar dan bersyukur walaupun saya bertahun – tahun tidak mendapat nafkah dari suami, gaji saya semua habis untuk menafkahi anak – anak dan suami walaupun bukan tanggungjawab saya.

Saya juga pernah dicurangi suami, saya bersabar dengan suami yang bermasalah terlibat dengan f0rex / jvdi. Saya bersabar dengan mertua yang selalu back-up kesalahan anak. Saya berharap family mertua saya juga bersabar dan bersyukur seadanya dengan kekurangan kami yang tak mampu mengikut telunjuk kalian untuk pulang ke rumah kalian on demand.

Walaupun kami tak pulang, kalian ada datang rumah kami dan tak pernah miss pun jumpa cucu sebulan sekali. Infact kita berjumpa 2x pada bulan lepas, kalian datang rumah kami 2x pada bulan lepas. Bersyukurlah.

Belajarlah bersabar dan bersyukur seperti saya. Sepertimana saya bersabar dan bersyukur dengan segalaaaaaaaaaaaa kelemahan anak lelaki kalian. Bukan senang tau. Cinta yang tinggal untuk suami pun tinggal secebis saja.

Jadi, kalian juga perlu bersabar dengan kekurangan saya yang letih, str3ss, tak cukup masa dan tenaga untuk melayani kalian akibat daripada kelemahan anak lelaki kalian sendiri. Saya perlu kerja lebih masa pada hujung minggu demi menyara keluarga.

Tapi saya redha. Kalian juga perlu redha kerana saya tak boleh pulang ke kampung selalu. You cannot win all. You will win some and you will lose some. Saya tak pernah halang suami untuk pulang ke rumah mertua. Saya suruh suami pulang dengan anak – anak ketika saya locum hujung minggu, tapi suami tetap tak mahu pulang tanpa saya.

Jangan tuduh kami anak dan menantu derh4ka, atau tidak berusaha membahagiakan.Sedangkan kami dah mencuba yang terbaik. Bukankah kalian melayan mertua kalian lebih teruk dahulu? Jangan palitkan d0sa lampau kalian pada kami.

Kalian sebenarnya afraid of your own shadow. And you are enjoying the taste of your own medicine. InshaAllah kami tak lupa tanggungjawab kami pada kalian, dan kami dah beri yang semampunya. Maka belajarlah bersyukur dan bersabar.

Doakan anak lelaki kalian murah rezeki dan tak membebani isteri lagi. Supaya anak lelaki kalian mampu menafkahi anak, isteri dengan cukup dan barulah boleh menafkahi kalian. Sabar dan syukur selalu. Muhasabah diri tentang kekurangan diri dan kekurangan ahli keluarga sendiri, sentiasa rendah diri dan meminta maaf jika menyusahkan orang lain dan jangan demanding.

Tak sesuai orang yang membebankan orang lain, untuk demanding itu ini. Seperti suami saya. Dia sedar dia banyak membebani saya, jadi dia tak demand itu ini (contoh kerap pulang ke rumah mertua) kerana bimbang akan lebih membebankan saya. Terima kasih abang.

Semalam adik ipar guilt trip kami lagi. Katanya dia penat menghadap mak dan ayahnya berg4duh kerana tak dapat tengok cucu. Katanya ayah baru lepas tengking mak, kemudian ayah menyesal dan menangis. Mereka sudah datang dua kali pada bulan lepas sehingga kami kurang rehat, jadi suami tak bagi mereka datang lagi bulan ni dan suami berjanji kami akan pulang pada bulan depan.

Ayah mertua marah mak kerana mak yang nak sangat datang 2 kali pada bulan lepas. Dan akhirnya bulan ni mereka langsung tak dapat tengok cucu dan ditengkingnya mak. Berg4duh sampai menangis, macam setahun tak jumpa cucu.

Saya doakan moga terbuka hati mak dan ayah mertua saya untuk sibukkan diri dengan ibadah di hari tua mereka, masuk ke kelas mengaji pada hujung minggu, belajar cintakan Allah, Rasul dan Quran melebihi cinta cucu supaya dapat atasi kerinduan dan obses melampau terhadap cucu.

Juga saya doakan adik ipar saya cepat mengandung dan lahirkan zuriat supaya mak ayah mertua saya tidak terlalu focus dengan anak kami sahaja. Mertuaku, jangan terlalu mencari kekurangan dan kelemahan menantu, sedangkan kelemahan anak sendiri tak terhitung banyaknya.

Saya maafkan kalian semua yang pernah fitnah saya, yang meny4kiti saya, saya maafkan anak lelaki kalian dan saya terima takdir hidup saya. Cuma saya perlu jarakkan diri demi mental health saya dan demi mengelakkan d4rah tinggi dan ser4ngan jantung.

Let’s just stick to meeting up once a month. Tak kisahlah sama ada kami pulang, atau kalian yang datang ke rumah kami. Hanya sekali sahaja sebulan. If you have already visited us this month, we will only come to your place on the following month.

Let’s set each gathering a month’s gap. Please ask for my permission before coming, as this is my house. Not your son’s. Hehehe. Thank you guys for reading up to the end. Maaf panjang sangat. 12 tahun punya stories hehehe

Epilogue. Kepada abang sepupu suami yang curi – curi pandang saya di kampung pada hari raya hari tu. Beliau telah kehilangan isteri. Jaga diri ya. Saya doakan abang dari jauh semoga abang bahagia selalu bersama anak – anak dan dalam jagaan Allah selalu.

Moga perkahwinan kita semua Allah ganjarkan Mawaddah Sakinah W4rahmah. Dan semoga anak – anak mommy dikurniakan takdir hidup yang lebih baik daripada mommy. Aamiin Ya Rab. – Anonymously anon (Bukan nama sebenar)

BACA: Emma Maembong akhirnya kongsi punca cerai, kami berpisah bukan kerana orang ketiga’