“Aku sakit hati dengan anak tiri, aku tak boleh marah dia langsung, lama-lama aku jadi benci sampai tahap dia bernafas tepi aku pun benci”

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Aku baru kahwin dua tahun. Kahwin dengan duda (cerrai) anak satu.

Anak suami aku lelaki, sekarang 6 tahun dan hak jagaan anak jatuh pada dia atas sebab sebab tertentu.

3 tahun lepas masa aku kenal suami, dia memang cakap pada aku yang dia duda dan selalu cerita tentang anak dia.

Aku jatuh cinta pada suami semuanya sebab aku nampak betapa dia sayangkan anak dia.

Aku mula nak kenal suami masa tu sebab anak dia, dia selalu tunjuk gambar dan aku rasa aku jatuh hati.

"Aku sakit hati dengan anak tiri, aku tak boleh marah dia langsung, lama-lama aku jadi benci sampai tahap dia bernafas tepi aku pun benci"

Lagipun masa tu budak tu baru 2 tahun lebih, masih comel dan belum tahu apa apa.

Sebelum aku kahwin, keluarga mertua pun sangat baik dengan aku. Maksud aku, SANGAT SANGAT BAIK.

Selalu masakkan macam macam untuk aku, kalau aku singgah ke rumah mereka, siap offer tidur rumah dan sekatil dengan kakak ipar aku yang masih bujang. Terasa macam sangat disayangi.

Tapi tu bukan issue aku. Issue mertua ni hal lain. Aku nak cerita tentang anak tiri aku yang aku tak boleh tengok sekarang ni. Benci aku pada dia meluap luap.

Kalau ikutkan hati memang aku nak ketuk ketuk, nak tumbuk tumbuk nak sepak sepak. Memang sangat benci!

Kebencian aku bermula betul betul disaat aku menikah.

Masa aku bersanding, family dia tinggalkan anak tu dengan kami yang tengah bersanding dan layan tetamu sebelah keluarga aku. Memang sakit hati.

Malam pertama kami masih berdua tapi malam kedua sampai sekarang, terus mereka tinggalkan anak tu dengan aku.

Tak bagi ruang aku berdua duaan dengan suami langsung padahal selama ni elok saja budak tu duduk dengan mereka sampai tak mahu berenggang.

Atas alasan, kesian dia nanti terasa ayahnya dah ada orang baru.

Kemudian pada awal perkahwinan kami, kami menetap di rumah mertua di ibu kota sementara aku dan suami dapat rumah di Nilai.

Bayangkan setiap hari berulang alik dari KL ke Nilai. Masa tu anak tu dah mula tadika dan aku selalu dimarahi oleh mertua sebab katanya aku terlalu pentingkn pelajaran gara gara aku suka tanyakan pasal kerja rumah dan tegas bila ajar dia buat kerja rumah.

Sedangkan orang lain semua ikutkan saja kemahuan budak tu kalau tak mahu buat kerja rumah dengan macam macam alasan.

Masa tu aku juga selalu cuba bagi dia main messy play sebab dia sangat pembersih, kurang sensory skill. Aku biar dia main tepung, main tanah tapi juga dimarahi.

Suami pulak ikutkan saja family dia. Makanya aku berundur. Apa aku nak buat dekat dia semua salah di mata orang lain.

Termasuklah cuba stop pakaikan dia lampin (anak umur dah 5 tahun) dan minum botol susu.

Anak tu juga tak suka makan nasi, buah atau sayur. Cuma makan pizza dan fries. Aku memang sakit hati sebab aku tak boleh paksa atau marah dia langsung.

Dan lama kelamaan, aku jadi semakin benci dengan budak tu sebab aku tak boleh buat dia macam anak aku.

Aku tahu aku belum ada pengalaman tapi aku yakin budak umur 5 tahun tak perlu pakai lampin atau gonggong botol susu. Apa lagi tidur asing dengan kami…

Sehinggalah sampai aku akhirnya berpindah ke rumah sendiri. Aku perlahan lahan ajar anak tu untuk tidur sendiri, tak pakai lampin dan tak minum susu dalam botol.

Alhamdulillah beberapa bulan latih, dia berjaya tapi suami aku selalu hantar dia ke rumah mertua jadi dia tetap dapat minum botol susu dan lampin bila hujung minggu. Aku memang sangat geram!

Boleh dikatakan setiap minggu suami akan hantar dia ke rumah mertua. Aku 50-50. Happy budak tu tak ada depan mata aku dan menyampah juga nak kena menghadap mertua bila hantar atau ambil.

Dan apatah lagi bila anak tu dimanjakan macam anak raja.

Setiap apa yang dia nak, nenek atuk beli. Semua dia nak makan walaupun aiskrim tengah malam, dia akan dapat.

Suami aku faham dan dia pun kadang kadang marah. Tapi aku tak tahu kenapa suami aku tak pernah nak pukul, jentik pun tidak.

Pernah masa anak tu ada hari sukan di sekolah, aku dan keluarga aku dari Perlis datang dan tengok dia.

Keluarga mertua langsung tak datang dan budak tu buat perangai tak mahu bersukan sampai cikgu pun tak boleh buat apa.

Suami aku masih lagi peluk peluk dan usap kepala dia untuk pujuk. Kalau aku, aku akan balik dan biar dia berdikari di sekolah sebab ibu bapa bukan perlu terlibat.

Setiap kali suami marah kepada anak, hati aku memang rasa sangat puas.

Tapi dalam masa yang sama aku tahu benda yang sama akan terjadi lagi sebab anak tu pun dah tahu bila dia kena marah, sekejap lagi ayah akan okay dengan dia.

Cuma aku saja yang pernah berkasar dengan dia. Aku pun tak berani nak kasar sangat takut dia mengadu pada atuk nenek dia.

Tapi ada sekali aku jentik telinga dia sebab aku tanya soalan banyak kali, kemudian aku terus bagitahu suami aku supaya tak ada salah faham.

Aku lebih banyak jauhkan diri aku dari dia. Bila dia ada dirumah, aku banyak habiskan masa aku dalam bilik. Aku makan pun dalam bilik.

Bila aku masak, aku sediakan semua kemudian masuk bilik. Sebab aku benci nak hadap budak tu. Tak suka tengok dia makan, tak suka dengar suara dia. Dia bernafas tepi aku pun aku benci.

Aku lebih sayangkan anak anak buah aku. Mungkin sebab ni Allah belum bagi aku anak sendiri. Tapi aku takmahu anak aku manja macam budak tu dan perangai macam tu.

Setiap kali mandi nak kena ayahnya tengok, setiap kali duduk nak kena riba. Takut pada semu benda.

Cikgu pun selalu complaint perangai dia tak boleh nak bawa bincang. Suka ikut mood sendiri dan tantrum. Menyakitkan hati!

Aku bertahan dengan budak tu sebab aku sayangkan suami aku saja. Tapi aku benci sangat dengan anak tiri aku.

Dan setiap kali budak tu buat perangai, aku akan rasa marah sampai tak mahu cakap dengan suami aku sebab suami aku masih berlembut dan boleh gelak ketawa dengan anak dia lepas tu.

Kadang kadang suami akan ignore saja aku sebab dia ingat aku yang moody. Padahal aku geram dekat anak dia.

Aku saja ke yang jahat? Aku sorang saja ke yang hati busuk??? Aku selalu doakan dia mti supaya aku boleh berdua duaan dengan suami aku tanpa fikirkan dia.

Hati aku hancur bila suami rindukan anak dia bila anak dia takda.

Dan hati aku lebih hancur bila aku fikir kalau kami berdua lemas, siapa yang suami akan selamatkan dulu.

Mesti lah anak dia. Bencinya aku.

Reaksi Warganet

Norlaila Mohd Din –
Saya rasa ni issue anak tiri umur 5 tahun dengan ibu tiri umur 6 tahun.

Kita kena fikirkan program mendewasa kan ibu tiri yang terperangkap dalam tubuh orang dewasa.

Kesian si ibu tiri tu, dia takkan bahagia dengan pemikiran level 6 tahun tu. Diakan perempuan yang lemah.

Sesiapa tahu ada kursus mematangkan tu boleh cadang kat sini.

Zayani Zikriah –
Nak garang dengan budak tu ok je sebab budak burak kena ada satu figure yang dorang takut supaya tak pijak kepala tapi sampai nak benci, doa budak tu mti kau yg bermasalah.

Yang atuk nenek pun agaklah 5 tahun masih biar budak tu berlampin bagai.

Dah buy 1 free 1 ni kenalah terima natijahnya. Dah kau tertarik pun dengan sifat bapa yang penyayang dia kan.

Syima Ul Husna –
Sis. Ni marah nyamuk, bakar kelambu ke?

Budak 6 tahun tak salah. Langsung dia tak tahu apa apa pasal hidup..

Yang salah orang disekeliling dia. Yang masih bagi dia botol, yang tak ajar dia makan nasik…

Cuba u tengokk budak tu dengan kasih sayang. ” kesiannya budak ni, serba serbi kena control. Dia tak rasa apa yang kids lain buat. Kesiannya dia. Mak dah tak ada depan mata..”

Mintak husband tu bertindak Perihal cara family dia layan budak tu, anak dia kan. U jangan masuk campur, nanti lain jadiknya..

Tenang kan diri, peluk la anak tu banyak banyak. Masih rebung untuk dilentur

Nadhirah Afendi –
Sebelum kahwin takde ke bawa anak tiri jalan jalan sekali ke apa?

Ke memang dating berdua?. Bila tahu dating dengan duda rsenye kena consider anak dia sekali.

Duda jaga anak nie memang lain sikit dengan duda yang tak jaga anak. Anak dia memang priority.

Kadang memang rasa tak make sense bab duda nie jaga anak. Dari situ dah boleh fikir sepatutnya teruskan ke tak.

Banyakkan bersabar. Jadi instant mother nie memang menguji kesabaran. Nak adapt memang ambil masa.

Anak tiri tu budak lagi, lagi senang nak ambil hati consider dengan budak yang dah besar. Mungkin boleh layankan dulu.

Sampai 2-3 kali buat tantrum, kena bertegas sikit. Mungkin dari segi penggunaan bahasa. Being firm.

Lama lama budak tu ikut je cakap. Budak lagi senang dibentuk. Dah usaha, doa banyak banyak. Semoga dipermudahkan confessor. Jangan stress stress.

Hana Utsukushui –
Issue dia suami isteri tak sependapat cara didik anak. Cara didik anak lain lain.

Kadang kadang kita berusaha nak didik anak kita jadi lain. Tapi orang lain didik cara lain sampai merosakkan budak tu.

Tuan tanah ni sayang anak tiri dia. Kalau dia tak sayang, dia takkan ajar potty train dan putus susu.

Kalau dia tak sayang, dia tak datang pegi tadika untuk support.

Sebenarnya saya pun pernah rasa dalam tempat confessor ni. Sampai pernah kena mild depression.

Puncanya sebab rasa hilang hak kepada anak. Dari lahir sampai dah besar, ibu tak boleh buat decision untuk anak.

Kalau buat decision, orang lain semua akan marah pada ibu.

Kalau puan pernah dengar kes orang nak bnuh anak etc, inilah salah satu puncanya, rasa terpendam yang tak diluahkan.

Harap harap kita boleh bagi support kepada confessor ni dari segi emosi. Dia hanya perlu luahkan apa yang dia rasa dan cari the best solution.

Deep down dalam hati seorang ibu mesti ada perasaan sayang pada anak.

Sumber – Mak tiri

BACA: “Tiap kali ajak mertua tidur dirumah kami ada saja benda yang tak kena, pernah sekali mertua cakap..”