“Aku tak berkira jaga kebersihan anak-anak asuhan, contoh nak korek telinga, potong kuku tapi kau sebagai ibubapa, tolong la fikir sikit”

Oleh ISMAIL YAHYA

Assalamualaikum. Terima kasih kerana sudi menyiarkan confession ini. Tolong hide fb aku.

Aku merupakan pembaca setia page ni dan sentiasa ternanti-nanti cerita baru dalam page ini.

Aku ada terbaca post post berkaitan dengan babysitter  Oleh itu, aku pun terdetik untuk meluahkan dilema yang dihadapi oleh aku sendiri, seorang babysitter yang berumur 28 tahun.

"Aku tak berkira jaga kebersihan anak-anak asuhan, contoh nak korek telinga, potong kuku tapi kau sebagai ibubapa, tolong la fikir sikit"

Aku tinggal di sebuah kampung yang terletak di utara tanah air. Aku harap tiada org yang akan kecam aku mahupun memberikan negative feedback kepada aku kerana aku hanya ingin bercerita masalah yang dihadapi oleh aku sebagai pengasuh kanak-kanak.

Maaf kerana aku tidak pandai mengarang dan mungkin ada yang akan bosan dengan luahan aku ini.

Aku mengasuh seramai 3 orang, seorang baby berumur 1 tahun, seorang baby berumur 3 bulan dan seorang kanak-kanak lelaki berumur 3 tahun. Aku cukup geram dekat mak bapak yang bila hantar on time tapi bila nak ambik, mengelat saja.

Dah la anak tu menyusu badan dan tak diajar untuk minum dalam botol, menangis jenuh didukung kehulu kehilir.

Sebagai mak bapak, dah tahu anak tu minum susu badan, cepat-cepat la datang ambik sebab pengasuh pun ada banyak kerja yang dia nak selesaikan. Dan dia bukan mengasuh anak kau sorang, tapi ada lagi dua orang budak yang dia nak uruskan.

Dia mengasuh anak kau dari 7.00 pagi sampai 6.00 petang tau. Bila datang ambik tu, jangan pulak kau buat muka sebab dengar anak kau menangis tak henti-henti.

Kau tak tahu betapa bersabarnya pengasuh memujuk anak kau macam pujuk anak kandung sendiri. Jadi, fikirkanlah keletihan pengasuh yang perlu berka 100% perhatian hanya pada anak kau sorang je sbab dia asyik menangis sebab tak nak minum susu botol yang kau sediakan.

Isu gaji. Ni pon satu masalah besar bagi aku sebagai seorang pengasuh yang mengasuh di kampung. Mentality orang kampung ni, semua nak murah-murah ja. Bila mahal sikit, terus tak nak hantar anak kat pengasuh tu.
Zaman sekarang ni, semua pengasuh ambil upah RM300++.. Tapi aku ambik lagi murah dari tu sebab bila aku mula mengasuh, aku mengasuh anak orang yang aku kenal.

Jadi masa tu, aku hanya letak RM100++ sahaja. Selepas tu, baru ada yang datang nak hantar anak kat aku. Bila aku cakap yang upah mengasuh RM200++, ramai ibubapa yang merungut kata mahal.

Dah tu diorang cari pengasuh lain, dan akhirnya datang cari aku sebab tempat lain ambil RM300 hingga RM350 sebagai kos mengasuh. Dan bermulalah sesi menyakitkan hati apabila mak ayah yang style 100% mengharap pengasuh buat sebab bagi depa aku dah naikkan upah mengasuh, jadi semua kau kena buat.

Makan minum semua pengasuh yang perlu sediakan, mula dari makan pagi, makan tengahari sampai ke makan ringan petang petang. Kanak-kanak bila makin besar, selera makan pon akan jadi lagi besar.

Aku hanya ambik upah mengasuh sedikit sahaja, setakat makan tengah hari, aku tak kisah langsung sebab aku anggap depa ni anak-anak aku juga. Tapi, kalau dah pagi breakfast aku kena sediakan, minum petang aku kena sediakan.

Kau sebagai ibu bapa tak pernah ambik kisah anak nak makan apa, sedangkan anak datang terus cakap lapar nak makan, hantar anak kau dengan pampers penuh dan dengan tak mandi walaupun kadang kadang anak kau datang lewat. Kau tak payah sediakan breakfast untuk aku, cukup sekadar satu bungkus nasi lemak untuk anak kau, atau sekeping roti canai untuk anak kau makan.

Bila aku berkias, cakap anak kau makan nasi dua pinggan lunch tadi, kau senang ja cakap kat rumah dia tak nak makan, balik dari rumah mengasuh pun malam dah tak nak makan, jadi kau anggap anak kau memang tak kuat makan.

Padahal, aku dah bagi makan dah dekat anak kau, sebab aku tak boleh dengar bila budak-budak asyik cakap lapar. Bukan tu saja, ada mak bapak yang mandian dan bedak anak aku kena sediakan, bila bagitau dekat mak bapak mandian dan bedak habis or tak ada, janji esok nak bagi, dan bila mai esok lupa, lusa lupa, tulat lupa dan seterusnya la. Dan aku tak larat nak ulang berkali-kali.

Untuk pengetahuan ibubapa dekat luar sana, satu botol mandian dan satu botol bedak talkum tak boleh bertahan sampai 1 tahun okay. Tolong pikiaq sendiri.

Aku sangat tidak berkira untuk jaga kebersihan anak-anak asuhan, contoh nak korek telinga, potong kuku dan lain lain. Tapi kau sebagai ibubapa, hari minggu bila kau cuti, check la kebersihan anak sendiri. Ni tak, kuku bila datang umah mengasuh, dah macam kuku kuntilanak, panjang dan hitam.

Dan satu lagu tentang kebersihan botol susu. Ya Allah, aku tak tau la mak bapak jenis apa la yang suka anak hisap kuman-kuman yang ada dekat puting botol susu tu.

Puting botol susu berkulat, berkarat, berkerak sampai kalau aku sendiri, tak sanggup nak suap dalam mulut anak aku bagi dia hisap.
Aku pula yang bertanggungjawab cuci, tonyoh sampai puting tu jernih elok macam baru beli kat kedai. Sebab aku tak mau nanti bila anak-anak mengasuh aku sakit, aku juga yang dipersalahkan.

Tapi sebagai ibubapa, tolonglah tukar puting anak selalu, terutamanya bila dah terlalu kotor, its very importants for your child’s health. Tak akan yang tu pun aku yang nak kena beli tukar?

Benda yang sebenar-benarnya yang aku ingin sampaikan adalah, sebagai ibubapa tolonglah prihatin terhadap pengasuh anak korang sebab dia mengasuh anak korang dengan penuh kasih sayang.

Kalau dia tak sayang anak korang, dengan memikirkan perangai korang yang kadangkala menyakitkan hati, dah lama dia naik tangan dekat anak korang tau.

Kalau dia tak memikirkan perasaan segan dia dengan korang, dah lama dia naikkan upah mengasuh, kerana kalau korang nak tahu, upah mengasuh yang korang bagi tu sikit nilainya dengan kegawatan ekonomi sekarang, tak berbaloi dengan keletihan, tenaga, duit dan masa yang digunakan untuk jaga anak korang.

Tapi nak buat macam mana, dah itu memang kerja dia sebagai seorang pengasuh, bersabar je lah. Please, understand and appreciate us, the babysitter. And we the babysitter also will try to understand you.

Okay yang tu je la aku nak luah. Thanks kepada yang sudi membaca.

BACA: Gaji RM 25k tapi bayar kad kredit sahaja RM 40k sebulan, doktor hidup merana kerana hutang