Hati mana yang tak terluka apabila pasangan memilih untuk curang, lebih sakit jika dengan adik beradik kandung.
Bila berzina mulalah menyalahkan orang itu ini sedangkan diri sendiri yang tidak menjaga nafsu hingga sanggup mengambil hak orang lain.
Menerusi satu hantaran di TikTok, seorang perawat Islam, Hasnan Rili berkongsi kisah
seorang wanita yang hampir mencederakan diri sendiri selepas mengetahu suaminya curang.
“Akak ni kemurungan melampau lepas tahu suami dia check-in (daftar masuk) hotel dengan adik kandung dia.
Bergaduh besar sampai tak terkawal.
“Ahli keluarga semua susah hati dan sedih. Adik perempuan dia lari bawa diri, Seminggu akak ini dimasukkan di wad Psikitri sebab mengamuk dan nak cederakan diri sendiri.
“Sakit betul kalau suami kau curang dengan adik kandung sendiri. Boleh jadi gila memikirkan nasib kau dan anak-anak.
“Kalau perempuan lain boleh terima lagi, kahwin kalau mampu tapi ini dengan adik ipar sendiri,” ujarnya dalam video di TikTok.
Rata-rata netizen malah berkongsi hal ini banyak terjadi di dunia nyata dan mengharapkan wanita itu terus kuat.
“Ya allah sakitnya, dengan orang luar pun sakit apatah lagi kalau penyondol tu adik sendiri.
“Dekat kampung saya ada kes macam ni, sampai kakaknya berpisah dengan suami nikahi adik dan dipulaukan keluarga.
“Kita mesti anggap yang abang ipar tu ibarat abang kandung. Harus terima amanah untuk jaga keluarga perempuan bukan sebaliknya,” antara komen netizen.
Baca juga :Rumah tangga Heliza Helmi bergolak? Tuan badan dedah sebab kenapa memilih berdiam diri