“Aku tak lupa ‘derita’ ketika tahun 2020-2022, ketika itu kerajaan tidak berfungsi”, dakwa harga barang naik 200%, pemuda ini kongsi pengalaman pahit era Muhyiddin
Aku masih tidak boleh lupa ‘derita’ ketika tahun 2020-2022, ketika itu seolah kerajaan tidak mampu berfungsi apa-apa.
Kenaikan harga barangan seolah terpaksa direlakan sahaja, malah bukan hanya mahal dan naik mendadak, malah bekalan juga tiada. Nak beli telur pun kena beli 10 biji sahaja.
Sebagai seorang anak peniaga, aku selalu tanya mak abah tentang harga barang. Masa tu aku tanya, harga apa yang naik? Abah aku cakap, kenapa tanya barang apa yang naik. Tanyalah barang apa yang tak naik! haha
Sengaja aku search di Google untuk kita ingatkan balik kepada mereka yang buat-buat lupa,
mereka yang acah-acah prihatin sekarang sedangkan semasa memerintah mereka kesipuan berdiam diri menghalalkan segala kegagalan.
Bila berlaku kegagalan ini, maka pemimpin ketika itu mula lah keluar dalil.
Antara dalil yang dikeluarkan ialah Presiden PAS merangkap Duta Khas Timur Tengah, Tan Sri Abdul Hadi.
Katanya kenaikan harga barang bukanlah kerana kerajaan gagal mengurus negara dengan baik tetapi disebabkan masalah inflasi dunia.
Pesuruhjaya PAS Perak merangkap Exco Kerajaan Negeri Perak, Razman Zakaria pada ketika itu turut mengeluarkan dalil untuk digunakan oleh penyokongnya. Katanya kita harus sedar perkara kenaikan harga ini tidak akan selesai selagi kita hidup.
Ketua Ulamak PAS semasa menjadi Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkata, kenaikan harga barang tidak sepatutnya menjadi masalah besar kepada pengguna di negara ini.
Beliau memberi dalil bahawa situasi rakyat negara ini lebih baik, berbanding rakyat di negara lain dikatakan lebih teruk.
Kini bila sudah tidak di tampuk kuasa, dalil dan dalih mereka selama ini cuba disembunyikan, malah tanpa segan silu merasakan mereka lebih baik dan berjaya.
Namun hakikannya data dan fakta sebaliknya.
Mereka tak kisah, sebab mereka tahu pengikut akan patuh dan mudah percaya membuta tuli
BACA: