“Aku tak pandai sangat tapi masuk Universiti yang hebat sebab abah ada ‘kabel kencang’, masuk je sem 4 lain pula yang jadi”
Aku bukan pelajar yang cemerlang. Keputusan UPSR aku 3A je tapi aku dapat masuk sekolah asrama penuh yang terkenal.
SPM aku pun 5A je tapi aku boleh masuk TOP University, semua ni sebab abah cable besar.
Sehinggalah masa semester 4, kawan aku yang pandai susah nak cari syarikat untuk LI. Dia orang miskin..
Nombor giliran di tangan – 1457, nombor di skrin – 1448. Aku tunggu dengan sabar, sampai abah masuk dan duduk sambil bersembang sebeIah aku. Pegawai lelaki di kaunter panggil aku untuk urusan sedangkan nombor diskrin baru 1450.
Abah aku seorang yang disegani kerana berjawatan besar di sebuah company, juga merangkap seorang politician, ibu aku pula seorang surirumah.
Aku graduate bidang komunikasi sahaja. Keputvsan upsr, 3A2B, dapat tempat di sekolah menengah di sekolah asrama penuh berprestij malaysia, sebab abah ada cable.
SPM 5A sahaja, dapat masuk universiti top 10 malaysia, sebab abah ada cable, latihan industri di company ternama, sebab abah ada cable. Hidup aku tiada masalah walaupun aku seorg pelajar yang biasa-biasa. Tapi.. aku tak pernah rasa puas hati, sebab apa yang aku nak capai, aku takkan dapat, sebab abah nak aku sekolah di sini, belajar di sana, dan berlatihan industri di tempat pilihan dia.
Abah ada nama, itulah tiket kelayakan aku ke mana-mana. Universiti mengajar aku hidup, ajar aku lebih daripada subjek di dalam kelas, lebih daripada modul persatuan. Aku ditakdirkan bersahabat baik dgn ramai kawan-kawan yang hidupnya tak sesenang hidup aku.
Mak ayah tak ada kereta, datang ke universiti pun dengan bas, bawa barang ke kolej kediaaman sedikit demi sedikit setiap minggu. Pendapatan family ada yang tak sampai pun 1k sebulan dengan adik-adik ramai di rumah, duit belanja tak pernah cukup.
Masa semester 4 / 5 apabila kawan-kawan bersusah payah mencari company untuk bekerja, aku? Tak perlu lalui semua tu, aku dah pun ada tempat di satu company ternama. Kawan aku top scorer SPM, merayu masuk ke universiti, diterima di rayuan ketiga.
Permohonan zakat tak lepas walaupun pendapatan keluarga tak lebih dari RM800 sebulan. Department company yang aku di tempatkan, tiada siapa tahu aku anak siapa, layanan aku terima sama macam pelajar yang lain.
Pertengahan latihan industri berita tersebar aku anak abah, layanan diberi lain dari sebelumnya. Boleh nampak kuasa ‘cable’? Aku serba salah, aku tanya, “kenapa tak ikut nombor giliran?” “Alah takpa, untuk awak kita ada line khas”.
Aku toleh belakang, abah angkat tangan pada orang kaunter. Aku bertegas, “saya nak tunggu nombor saya, tak adil untuk orang lain, semua dah lama tunggu macam saya.” aku jalan dan duduk semula ke tempat menunggu.
Buat kali pertama aku bersuara setelah bertahun lamanya aku ambil masa untuk sedar yang aku dah ambil tempat seorang budak yang dapat straight A upsr untuk dia capai impian dia jadi doktor. Aku dah sailang tempat seseorang yang berpotensi untuk jadi saintis dengan result aku yang biasa-biasa.
Aku tutup peluang pelajar pointer tinggi untuk berlatihan industri di company impian dia. Hak siapa lagi perlu aku cantas? Aku menganggur selama 4 bulan dengan mencari kerja secara manual (tanpa ‘cable’). 14 companies yang aku pohon reject aku walaupun untuk position yang biasa-biasa.
Di sini aku dapat bayangan di mana posisi aku yang sebenar-benarnya di dunia realiti tanpa sekeping tiket emas yang telah aku gunakan 3 kali tanpa gagal sepanjang hidup aku. Sekarang aku cuma seorang fresh graduate yang ingin menapak di dunia pekerjaan sesuai dengan kelayakan dan usaha aku.
Aku sedar dan ia ambil masa yang lama untuk sedar benda ni adalah sesuatu yang salah. Aku mohon yang membaca dan pernah menggunakan kuasa cable, fikir dan hadam, cable tak menentukan posisi anda dalam masyarakat apa lagi di mata tuhan. – Firzah
Komen Warganet :
Juita Salleh : Anak sulung, kedua dan ketiga saya dapat straight A dalam upsr tapi mohon ke Sekolah Berasrama Penuh dan mrsm tak pernah dapat. Buat rayuan pun still tak dapat. Call jabatan pendidikan di putrajaya mohon rayuan terus, mereka kata ramai lagi pelajar yang cemerlang, bukan anak saya je.
Redha.. anak sulung dan ke-3 di smk biasa. Rezeki anak ke-2 di smka selepas rayuan ke-3 tapi yg buat kami terkedu, rakan sekolah anak ke-3 saya yang tak dapat straight A dapat ke Sekolah Berasrama Penuh sebab ayahnya orang terkenal.
Anak ke 4 saya sangat berminat nak ke mrsm. Hari-hari google sekolah impian dia tu. Tengok keadaan di sana, keputusan pt3 yang terkini, aktiviti-aktiviti sekolah tapi saya risau dia juga bakal menerima nasib seperti abang-abang dan kakaknya..
Anak ke-3 saya p4tah hati walaupun dapat result cemerlang dalam pt3 baru2 ni, dia serik nak mohon ke sekolah berasrama. Nak kekal di sekolah biasa.. takut kecewa katanya.
Cahaya Penyayang : Tahniah kerana masih ada kesedaran dan ada harga diri. Hidup ni, tak perlukan cable. Cukuplah Allah cable yang kita ada. M4kin kita membesar, m4kin banyak potensi dan tanggungjawab yang perlu kita terokai.
Belajar berdiri di atas kaki sendiri setapak demi setapak. Saya juga pernah tolak tawaran cable untuk 1 position. Ibu saya selalu nak rekomenkan saya kat saud4ra mara yang jadi pegawai. Kot-kot ada kerja kosong untuk saya.
Tapi, awal-awal saya cakap. Dan berulang kali saya ingatkan. Sesekali saya takkan guna cable. Susah macam mana pun. Biar atas usaha sendiri. Diterima kerja atas kemampuan diri dan keyakinan majikan terhadap diri saya.
Bukan sebab cable. Nanti, kalau cable tu dah mati, tak pasal-pasal saya pulak kena halau dari tempat kerja dan saya setuju dengan point confesssor, jangan cantas rezeki orang lain yang lebih layak dari kita.
Ariiez Fariza : Sebenarnya, ada cable ni satu kelebihan untuk kau surv1ve dalam dunia ni. Sama macam kau cantik, kau akan dapat special treatment dari orang berbanding orang yang kurang cantik. Aku background biasa-biasa je, sometimes jealous la tengok kawan-kawan yang ada cable boleh stay dalam kolej kediaman sampai semester akhir sedangkan aku kena struggIe pergi sana sini merayu.
Tapi aku faham, itu bahagian dia. Kalau kau dapat kerja sebab ada cable besar tapi kau sendiri ada daya saing dan kebolehan untuk job tu, why not? Yang salahnya, orang yang pakai cable walaupun tak layak, bila kerja tak pandai buat apa, semua nak kena suap.
BACA:
Tak reti baca kitab arab punca Ustaz terkenal enggan mohon tauliah dedah bekas Adun Perlis
Ahli KWSP boleh buat pengeluaran mulai 7 april, ini cara memohon