Assalamualaikum.. Sebelum ni saya dah pernah share pasal saya dalam ni.. Hari ni nak share lagi sebab dah tak tahan sangat.
Sebelum tu harap semua baca dan fahami dengan mata hati..Punca semua ini sebab saya bukan menantu pilihan ibu mertua dengan family2 mereka dan saya juga suri rumah..
Bertahun saya hadam benda2 macam ni sampai kadang2 rasa stress macam nak lari dari rumah.
Mak mertua kerja minta duit dari suami untuk beli itu beli ini kadang benda bukan keperluan pun dibeli boleh dikata membazir.. Suami pula jenis ya ya boleh bagi..
Ya saya tau tanggungjawab seorang anak lelaki sampai m4ti kepada ibubapa tapi ini sampai melebih.. Ya memang suami dah settle bahagian saya segala keperluan makan minum nafkah bulan2 saya..
Kadang saya sebagai manusia dan seorang ibu anak cakap nak makan itu nak pergi sini bila cakap dekat suami suami cakap ohh nanti dulu bulan ini tak cukup maaf ya nanti2 ya..
Nanti2 tu memang nanti nanti yang tak tahu nantinya itu bila.. Yang saya marah sangat sebab suami ni kena tanggungjugak adk perempuan dia yang dah berkahwin! Kononnya kesian adk dia susah suami kerja biasa2.
Yang adk beradik yang lain sudahla memang jenis hidup segan m4ti tak mahu.. Mak mertua dengan saya padang pun sebelah mata kalau balik kampung depan suami semua pura2 cakap je dengan saya kalau suami tak ada dengan saya semua macam takda mlut nak bercakap dengan saya..
Kalau berkumpul sembang dengan suami huhahuha bergelak ketawa sembang.. Dengan saya wasap ja itu pun lepas tengok status wasap saya bawa anak2 p main pasir dekat pantai..Marah saya selalu perabis duit la.
Kalau untuk mereka tak apa p jalan2 situ p sini makan itu makan ini.. Tambah kalau saya balik rumah family saya mesti akan call wasap tanya lama mana balik sebab apa balik tentang besan ni h4r4m tak pernah nak tanya khabar family saya saja yang selalu bertanya tentang mereka.
suami pun kadang saya luah apa yang terjadi buat tak tahu
Paling buat aku tak puas hati bila adik ipar hide status dari aku dan bila cakap pada suami terus katanya kenapa aku nak sebok benda remeh. Ni bukan benda remeh. Ni masalah adik adik x hormat aku.
Dah tu dia sebok Post cakap dia mengidam nak makan apa ntah.. Yela bagi abg dia tengokla nanti boleh abg bagi duit lagi.. Bila saya cakap dekat suami tengok ni adk hide status dekat saya dimarah saya.. Biarla adk dia nak buat apa pun..
Lepas suami cakap macam tu rasa kecil hati sangat.. Bertahun aku pendam segalanya aku kuatkan hati untuk hidup dengan dia tapi macam tu ja bila luah apa2 perasaan..
Belum habis kes ni, suami ni jenis lepas balik rumah mertua, balik rumah kami dia akan bermasam muka dengan saya kadang bercakap nak tak nak je.. Saya sampai lali dah dengan situasi ni..
Kadang boleh sabar kadang kecundang juga dengan perasaan sedih ni.. Saya kongsi dekat sini sebab saya tak pernah cerita masalah saya dekat keluarga saya atau kawan2..
Cerita ni pun sebab tak tertahan kadang rasa macam nak pc4h kepala menahan.. Mak mertua dimata dia semua tak kena saya ni.. saya ni hanya lulusan spm lepas berkahwin suri rumah tak kerja duduk rumah goyang kaki kerja habiskan duit anak dia.
Itu saja yang dia rasa.. Padahal saya ni emas pun kumpul sikit2 beli sendiri itu pun cincin saja mampu beli itu pun dimarah kata suka perabis duit baik simpan ntahla mak.. Saya nak luah sedekit walaupun saya tak tahu dia baca atau tak..
( Mak saya datang dari family asing untuk jadi keluarga mak dengan baik tapi tak diendahkan, saya cuba sedaya upaya untuk sesuaikan diri dengan keluarga mak tapi tak diterima..
Saya jauh dari mak saya, saya kat sini nak tumpang kasih mak tapi mak tak pernah nak menyayangi saya.. Mak saya dah buat sehabis baik untuk mak.. Selebihnya.. Saya redha..) Dan satu lagi.. Suami.. Berlaku adil lah kepada kami semua..