“Aku tanya kawan aku, boleh jaga anak aku ke tak, dia kata ok tapi tuhan nak tunjuk dia silap hantar mesej

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Aku pergi umrah sorang dengan anak yang ada dalam kandungan.

Suami aku banyak kali minta maaf sebab dia takde duit nak bagi aku untuk buat belanja.

Aku kira hanya cukup 120 riyal sahaja boleh buat beli simkad. Bila depan Kaabah aku sedih, si miskin ni akhirnya sampai juga. Tiba-tiba kawan aku mesej..

Assalamualaikum salam sejahtera aku kenalkan sebagai Cik Kemboja.Aku baru balik menunaikan umrah beberapa minggu lepas.

Aku tak tahu nak mulakan dari mana yela mungkin akan terabur penulisan aku..

“Aku tanya kawan aku, boleh jaga anak aku ke tak, dia kata ok tapi tuhan nak tunjuk dia silap hantar mesej

Aku nak kongsi pengalaman menjadi tetamu Allah macam tajuk di atas ye aku memang tak mampu tapi aku umpama mimpi bila berdiri depan Kaabah

. Aku seorang surirumah anak nak masuk 4 termasuk dalam perut. Aku ada keje full time di rumah menggunakan kemahiran aku iaitu menjahit.

Aku daftar umrah ni lama tahun 2019 sebelum pandemik masa tu tarikh patut berangkat Ogos 2020 tunda sebab pandemik lepas tu mengandung anak ke-3 tangguh lagi sampai tahun ni. Bila anak no 3 ni dah setahun lebih aku nekad nak tunaikan juga umrah tahun ni.

Aku doa sungguh-sungguh moga Allah permudahkan aku dapat tunaikan umrah tahun ni juga. Tapi dalam masa yang sama aku tak ada duit pun nak bayar pakej masa daftar dulu aku sempat bayar RM1.8k saja. Tambah pulak ada kenaikan lepas pandemik aku masih memerIukan RM5.7k tu untuk pakej belum masuk duit belanja tarikh yang aku pilih sepatutnya 3hb sept sebab masa tu ada kawan sudi jaga anak aku.

Kira settle pasal anak. Ohh ye aku pergi seorang saja. Tahu la kan lepas pandemik tempahan baju memang sangat slow kadang-kadang tu sebulan 2 pasang saja mungkin sekarang orang nak berjimat. Aku dah mula risau sebab aku kne selesaikan bayaran 2 bulan awal sebelum bertolak mana aku nak cari 5 ribu lebih lagi dengan tak ada tempahan baju, gaji suami aku tak sampai 2k pun sebulan tu pun ngam bayar komitmen rumah.

Aku jual semua emas tu pun tak cukup sebab emas jenis halus-halus. Aku masih kurang 3k lepas jual emas. Tinggal la gelang emas terakhir pemberian dari arwah nenek aku masa aku nikah. Asalnya aku nak jual kat nenek saud4ra lepas tu nenek saud4ra cakap sayang la jual sebab pemberian dari arwah nenek simpan la.

Alhamdulillah nenek saudara bagi pinjam RM2k tu pun masih kurang. Aku pinjam mak aku RM1k akhirnya cukup untuk aku bayar pakej. Aku agak malu sebenarnya bila pinjam duit untuk buat umrah sedangkan tak mampu lagi tapi dalam masa yang sama Allah permudahkan cukup duit bayar pakej.

Aku ingat dah settle semua bila Allah datangkan ujian sedikit berkenaan kawan yang nak jaga anak aku, mungkin Allah nak tunjuk kawan tersilap hantar mesej kat aku umpama aku mementingkan diri bila minta dia jaga anak aku.

Sebelum ni dah tanya boleh jaga ke tak sebab aku bayar untuk jaga anak aku. Dia kata ok tapi hati manusia kan. Itu yang aku paling sedih bila kawan yang aku anggap dunia akhirat mengata aku. Kebetulan masa tu anak buah aku tak kerja aku tanya dia boleh tak jaga anak aku dalam 12 hari siang saja.

Dia setuju, aku terus call agent minta bertolak awal dari tarikh aku booking sebelum ni, akhirnya aku dapat tarikh. Dalam menghitung hari nak bertolak aku langsung tak ada tempahan duit memang langsung tak ada harap gaji suami.

Suami aku berulang kali minta maaf katanya dia dah sedaya upaya nak cukupkan keperluan tapi setakat tu rezeki dia. Aku cakap dengan suami kita tak ada duit tapi Allah dah cukupkan duit bayar pakej sekarang duit belanja saja tak ada, Allah akan bantu nanti bila kat sana.

Bila gaji suami dapat hanya cukup bayar sewa rumah barang dapur keperluan anak-anak duit belanja langsung tak ada untuk ke Mekah masa baki gaji suami aku hanya RM200 saja untuk sebulan nak tunggu gaji. Aku ada meminjam sikit dengan mak aku tu pun tuk keperluan rumah dan anak.

Akhirnyanya masa bertolak aku hanya bawa 120 riyal selepas tukar. Aku dah kira-kira, untuk simkad Saudi saja tanya agent katanya 120 riyal. Pakej aku kat Madinah fullboard, Mekah sarapan saja. Maksudnya aku tak risau kat Madinah.

Pagi sebelum bertolak ke KLIA nenek saud4ra aku ada sedekah duit belanja RM100 alhamdulillah ada untuk makan kat Mekah. Aku dah aktif kad untuk kegunaan luar negara hakikat tak ada duit pun dalam kad. Aku akhirnya bertolak dengan berg4ntung sepenuhnya pada Allah.

Rezeki mungkin sebelum bertolak aku mengandung dalam 2 bulan lebih. Kaya dengan anak je aku ni. Dekat Madinah Allah sangat permudahkan aku tak alahan aku boleh jalan ulang alik tanpa sakit belakang sebab setiap kali aku mengandung ada masalah tak boleh jalan lama duduk lama sebab sakit tulang belakang.

Yela bila pergi buat umrah ramai berlumba nak derma kan, aku memang tak ada duit cukup untuk makan kat Mekah nanti. Allah tahu keadaan aku, aku mampu zikir saja sebab aku ada baca satu hadis orang kaya boleh derma harta orang miskin kalau tak ada harta boleh derma dengan zikir (SubhanAllah wabihamdih) tu je zikir aku sepanjang nak ke masjid.

Lagi satu nikmat yang Allah bagi aku, pakej aku bilik berempat tapi sampai madinah dan Mekah aku ditempatkan bilik bertiga, rata ada yang tambah duit untuk bilik bertiga tapi hanya aku tak ada tambahan untuk bilik bertiga.

Kat Madinah memang aku tak ada beli apa pun teman kawan sebilik shopping macam-macam, aku ni hanya fikir duit nak makan kat Mekah je. Sebelum bertolak ke Mekah mak aku masukkan RM200 alhamdulillah ada duit untuk makan dah tak perlu risau.

Lepas tu kawan aku, tiba-tiba tanya ada duit belanja tak? Dia masukkan RM150 dengan kawan yang lain pun ada sumbang kan sikit, aku tak ada pun cerita dengan orang berapa duit belanja aku bawa sebab aku malu. Ya Allah.. benar bila kau harapkan pertolongan dari Allah dan yakin memang akan di permudahkan, ibadat kat Mekah pun Allah permudahkan.

Bila depan Kaabah aku sedih, si miskin ni akhirnya sampai juga. Kadang-kadang orang sangka bila kita buat umrah ada duit, ramai yang kirim duit untuk sedekah kat mekah tapi hakikatnya yang pergi umrah tak ada duit belanja pun macam aku la.

Aku berazam kalau aku dengar saud4ra ke kawan ke nak buat umrah, aku akan sedekah pada yang buat umrah sebab aku dah lalui pengalaman ni. Itu saja pengalaman aku in sya Allah ada rezeki lepas ni aku nak pergi bersama suami pulak. Tolong doakan aku dipermudahkan rezeki dapat bayar nenek saud4ra dan mak aku yang bagi pinjam duit. – Cik Kemboja (Bukan nama sebenar)

Komen warganet :

Robiatuladawiyah Khairuddin : To confessor, terima kasih buat saya nangis sebak baca luahan ini. Kebahagiaan itu datang bukan apabila kita punya segalanya. Tapi apabila kita mensyukuri ke-apa-adaanya. Semoga segala doa doa yang dilangitkan menemu apa yang diimpikan. Teruslah membumi walau suatu saat nanti tuhan takdirkan duduk melangit.

Norizan Awang : Alhamdulillah3.. saya dulu nak kata tak ada duit.. itu tipu. Tapi tak pergi-pergi juga buat umrah. Alasan belum bersedia.. takut amalan tak seberapa tapi nak gi umrah. Masa tu lebih dari mampu jika nak pergi.

Alhamdulillah apabila Allah berikan kehidupan kedua, suami terus bawa saya dan anak-anak tunaikan umrah sebaik sahaja selepas kami memulakan kehidupan baru. Subhanallah Maha suci Allah, Dia kurniakan banyak perkara-perkara yang saya tak mampu nak katakan semasa kami tunaikan umrah.

Dan apabila balik dari umrah, Allah kurniakan pelbagai perkara untuk kehidupan dunia kami. Percayalah, bukan duit yang menyebabkan kita mampu tunaikn umrah dan haji. Tapi semua itu atas izinNya. Dia yang menentukan segala-galanya.

PrettyUgly Hensem : Tahniah tt. Tu namanya tetamu Allah. Orang lain duit ada tapi takde dipanggil. Tt dipanggil saat duit takde. Tu dinamakan rezeki itu bukan bentuk duit semata. Sihat tubuh badan rezeki. Anak rezeki. Dapat jejak kaki ke Mekah pun rezeki. Doakan saya pun dapat ke sana.

BACA:“Abang lepas cerai menyusahkan hidup orang, anak dia autism tapi suruh aku yang jaga, bila budak tu mengamuk aku kunci dia dalam bilik”