“Aku tengah pregnant, kakak aku pun pregnant juga rupanya ini laki aku yang buat!
wanita hamil meluahkan rasa kecewa selepas dia mengetahui bahawa kakaknya menjalin hubungan terlarang dengan suaminya.
Lebih malang, wanita tersebut mendakwa kakaknya juga sedang berbadan dua, hasil daripada hubungan terlarang itu.
“Suami memberitahu saya bahawa kakak saya sedang mengandung anak kembar dan memohon ampun kepada saya.
“Suami mula memanjakan saya dengan hadiah, dia menawarkan untuk membelikan saya sebuah rumah, kereta baharu, apa sahaja yang saya mahu,” jelasnya.
Wanita itu yang kesal dengan kejadian tersebut mengakui terfikir untuk berpisah, namun dia risau sekiranya bakal dihimpit masalah kewangan pada masa akan datang.
“Saya tidak mampu menanggung anak sendiri, suami yang menyumbang dari segi kewangan sejak saya berumur 20 tahun, saya tidak pernah bergelut sendiri, saya tidak pernah pergi ke kolej.
“Dengan suami, saya mendapat semua yang saya inginkan, saya mempunyai keluarga yang sempurna dan suami yang sempurna, rumah yang sempurna dan kehidupan yang sempurna.
“Kami mempunyai masalah kesuburan dan selalu mencuba untuk dapatkan anak. Kehamilan saya sepatutnya menjadi rahmat tetapi sebaliknya saya tertanya-tanya mengapa sekarang, mengapa selepas semua ini?
“Saya mengimpikan selama bertahun-tahun untuk ada zuriat dan tiba-tiba kecurangan ini berlaku,” luah wanita itu lagi menerusi platform Reddit
BACA:
Offer RM500,000 setahun selama 15 tahun kepada Annuar Musa, pengarah syarikat ditahan SPRM