Aku Malik. Diringkas seperti yang aku katakan ditajuk. Penulisan aku ini adalah berkenaan anak yang kecewa terhadap ibu bapanya
. Aku seorang abang dari 5 adik beradik dan aku adalah anak sulung.
Makan pakai semua cukup kami sekeluarga cuma aku membesar dalam suasana di mana ayah aku kaki botoI,
dan ibu aku pula sejenis typical asian mom yang tak boleh tengok anak salah sedikit memang akan makan h4nger dan r0tan.
Air tumpah, lambat sikit bangun kalau dia dah panggil, lupa nak angkat jemuran dan sebagainya memang akan dihadiahkan sebuah seb4tan.
Jadi boleh aku katakan memori aku semasa kecil tidak la indah sangat. Bila aku sendiri dah berkeluarga aku cuba belajar, aku beli buku parenting sebab aku nak belajar cara didik anak dengan meminimakan sentuhan fizikal yang boleh menced3rakan. Aku tr4uma.
Bila besar aku sentiasa takut untuk membuat kesalahan kerana didikan dari kecil kami adik beradik tidak boleh membuat kesilapan pun, kalau tidak hukvman menanti. Ayah aku pula jarang di rumah, kebanyakan masa dihabiskan dengan melepak di luar.
Cuti sekolah pun kami dulu jarang bercuti. Sebab itu aku katakan memori kami semasa kecil sangat terhad. Tak banyak yang aku boleh ingat yang kita sebut sebagai ‘core memory’. Ok kenapa aku ceritakan sejarah masa kecil aku. Ada kaitan nya nanti.
Semasa ayah aku jarang meluangkan masa bersama kami sekeluarga, ibu aku lah yang mengambil alih tanggungjawab. Dia la yang menguruskan rumah dan anak – anak tanpa sebarang bantuan dari seseorang yang bergelar suami.
Sebab itu aku andaikan, yang ibu selalu naik tangan dan memarahi kami adik beradik mungkin sebab dia burn out atau str3ss, mungkin lah. Sebab aku mula – mula kesian dan bernekad bila aku besar nanti, aku akan bantu untuk kurangkan beban ibu.
Tapi sekarang aku dah dewasa dan aku menyesal masih tinggal dengan ibu bapa walaupun aku dah kerja. Kerana banyak sisi gelap keluarga yang aku baru sedar. Dulu aku ingat ibu begitu kerana dia burn out. Tapi sampai ke hari ni, mer0tannya kurang sebab ye la anak – anak dah besar kan.
Tapi membebel, kata – kata kesat dan selalu tak puas hati dengan anak – anak memang jadi hidangan telinga hari – hari. Basuh pinggan, kalau susunan di rak tak betul, singki tak dicuci dengan bersih (walaupun dah dibilas dengan air), sampah tak dibuang dengan elok semuanya akan jadi modal untuk dia membebel.
Dari kecil sampai besar aku dengar benda yang sama, aku pula yang serabut. Untuk pengetahuan pembaca, aku tinggal dengan ibu ayah aku sebab tempat kerja aku berdekatan dengan rumah. Jadi ayah aku awal – awal dah suruh aku tinggal dengan dia orang dan tak benarkan aku duduk sendiri.
Yang pedihnya duduk dengan family, aku selalu tiada simpanan. Semua benda nak suruh aku tanggung, makan di luar, beli barang semua minta aku bayarkan. Ibu pula seperti mata duitan aku tengok. Kalau tiada duit memang dia akan bermasam muka.
Kalau diberi duit, bagus layanannya dengan aku. Entah lah. Aku berd0sa bila anggap dia begitu. Tapi andaian aku ni sem4kin kukuh bila baru – baru ni aku terbaca whatsapp ibu secara tak sengaja. Dia ada scandal dan hubungan mereka dah jauh sangat menyimpang.
Semuanya bermula dari reunion sekolah yang dia pergi tahun lepas. Scandal dia tu adalah ex nya semasa di sekolah dahulu kala. Yang aku paling terkilan adalah dia pandai meminta duit dari jantan tu dan memburukkan kami sekeluarga dengan mengatakan bahawa dia letih melayan orang rumah dan duit pun selalu tiada.
Aku sedih aku kecewa sebab tiap bulan aku bagi dia duit, apa yang dia nak aku belikan, pekerjaan rumah pun kami anak – anak ada membantu juga tapi masih diburukkan seperti itu. Ibu seperti apakah itu. Segala tanggapan aku terhadap ibu semasa kecil di mana aku mengganggap dia wanita yang tabah, kuat dan cekal kerana mampu bertahan dengan ayah aku yang langsung tidak terlibat dalam membesarkan kami, semuanya musn4h bila dia berkelakuan begini.
Ibu yang aku horm4ti yang aku sanjungi sekarang jadi individu yang aku benci. Salahkah aku berperasaan begini? Segala mesej Iucahnya dengan scandal dia aku tak sanggup nak baca sebab bagi aku terlalu kotor. Aku jijik memandang muka ibu sekarang.
Sekarang aku masih berbagi hati nak menceritakan kepada ayah atau tidak. Kerana aku takut keluarga yang aku anggap sebagai sempurna selama ini walaupun banyak kekurangannya akan musn4h bila ayah aku tahu. Aku juga masih mengenangkan adik – adik aku yang masih bersekolah, bagaimana jika hal ini boleh menjejaskan pelajaran mereka.
Aku buntu. S4kit d4da aku memendam semua ni tapi tiada tempat untuk meluah kerana aib ini sungguh besar dan memaIukan. Patutkah aku menceritakan kepada ayah. Bagaimana jika ibu diceraikan dan ayah berkahwin semula kemudian dapat ibu tiri yang jahat. Semua tu aku dah fikirkan.
Aku tak sanggup kalau benda – benda yang aku bayangkan ni akan berlaku. Apa harus aku lakukan. Aku buntu, aku keliru. Aku s4kit hati terhadap ibu aku. Kadang kala aku dalam fasa denial. Mungkinkah ibu ‘makan luar’ kerana kecewa dengan ayah. Kerana ayah selalu tiada bersama kami.
Tapi sem4kin aku denial sem4kin aku rasa ibu yang bersalah. Walau apa pun alasannya, curang adalah perbuatan yang paling rendah darjatnya. Adakah dia tidak memikirkan anak – anak sebelum melakukan perbuatan terkutuk seperti ini. Ayah aku belum tahu lagi. Dan aku perIukan pendapat pembaca. Patutkah aku memberitahu ayah? – Malik (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Aisya Reza : PINDAH LAH malik. Bantu adik – adik setakat termampu. Urusan ibu, jumpa dia personally.. mintak dia berhenti atau cerai dan kahwin. Malik kena jumpa scandal tu tanya depan – depan. Kalau ikhlas sayangkan ibu, kahwinlah. Malik dah dewasa mungkin ibu boleh dengar cakap Malik. Kalau ibu marah / m4ki, diam jer. Tahan telinga. Moga Allah bantu urusan malik.
Shayna : Pertama, pindah keluar. Serabut duduk ramai macam tu. Selesa ke isteri dan anak – anak kamu tu? Nak bantu boleh bagi duit belanja bulanan ikut kemampuan samada padaparents or direct je pada adik – adik yang memerIukan.
Kedua, confront dengan ibu. Dia selesa sebab dia ingat tak ada orang tahu. Anak boleh je tegur ibu bapa kalau mereka buat salah. Apatah lagi kamu pun dah dewasa. Tak payah fikir panjang sangat tentang ibu bapa cerai, dapat ibu tiri whatsoever.
Itu kemudian punya cerita dan kalau jadi baru fikir lain. Tapi bab d0sa dalam keluarga sebenarnya tiada kompromi. Wajib tegur. Kalau biar macam mana family nak dapat rahmat daripada Allah?
BACA: Baru tahu rupanya ini sebab kenapa pegawai lebih ramai daripada atlet ke Olimpik Paris