Baru-baru ini, pelawak Shuib dan Mamat Sepah muncul dalam video Pak Mat Western
serta menjadi agen penjual jenama kambing perap yang popular, dan ini menarik perhatian ramai.
Dalam video tersebut, terdapat satu babak di mana seorang lelaki membeli tiga pek kambing perap sambil berkata,
“Kambing perap pun bertiga eh” sebelum pergi.
Raut wajah Shuib dan Mamat, yang pada awalnya gembira kerana jualan kambing perap mereka laku, berubah apabila melihat situasi tersebut.
Di akhir video, Shuib terlihat membeli tiga kotak makanan walhal hanya dia dan Mamat sahaja yang berada di meja tersebut. Mamat turut bertanya jika ada orang lain yang akan datang makan bersama mereka.
“Ada orang nak datang ke Shuib? Ni sampai tiga kotak, air pun tiga,” soal Mamat.
Lihat siaran ini di Instagram
“Aku terbeli tiga, terpulanglah siapa nak datang, Mamat. Kau makan jelah,” jawab Shuib.
Pada babak tersebut, lagu “Musafir Rindu” oleh Ramli Sarip yang pernah dinyanyikan oleh rakan mereka, Jep Sepahtu, turut dimainkan.
Di ruangan komen, ramai netizen merasa sebak melihat babak akhir video tersebut dan berharap ketiga-tiga mereka akan kembali bersatu semula. Banyak juga yang merindui melihat kumpulan Sepah beraksi di pentas yang sama.
BACA: Bukan tempat letak tangan, ini fungsi sebenar pemegang dalam kereta dicipta