Assalamualaikum. Terima kasihn admin. Aku cuma nak luahkan rasa ketidakpuasan hati. Aku isteri pertama.
Ada 4 orang anak. Usia perkahwinan sudah mejangkau 15 tahun. Suami berkahwin lagi dengan seorang janda.
Mereka dikenalkan oleh seorang kawan. Suami seorang kontraktor kecil – kecilan sahaja.
Nilai projek pun bawah RM50k (tolak modal itu ini, tolak hutang – hutang, bersih dalam RM5k, itupun dijadikan modal pusingan.
Sebelum anak bersekolah, aku tinggal bersama suami di bandar dengan menyewa rumah, setelah anak sulungku memasuki persekolahan, suami menyarankan aku balik ke kampung kerana dengan kesibukannya, dia tidak dapat membahagikan masa untuk kami.
Maklumlah orang baru nak up, lobi projek sana sini, jumpa orang – orang besar. Aku faham kerja suami. walaupun aku seorang surirumah, aku juga merangkap setiausaha suami, segala borang – borang tender, claim aku yang isi.
Setelah itu, tinggallah kami 5 beranak di rumah keluargaku, suami seorang duduk di bandar. Sejak itulah perubahan besar pada suami, dulu mula – mula berpisah. Setiap hari dan malam suami menghubungi aku dan anak – anak tetapi lama kelamaan, sudah jarang sekali, sebulan pun kurang dari 5 kali.
Wang belanja kadang – kadang dibagi itupun RM500. Kalau bulan ni ada, bulan depan memang tak lah. Aku faham, mungkin suami aku belum dapat projek lagi sebab tu aku mula menjual kuih. Bolehlah belanja untuk anak ke sekolah.
Nasib baiklah orang tua aku banyak membantu dan mereka faham. Selama 5 tahun kami duduk di kampung, sesekali suami balik juga. Alhamdulillah rezeki kami sem4kin bertambah baik, suami sudah pun mampu mengeluarkan sebuah kereta besar untuk kegunaannya berurusan, sebelum ni cuma kereta biasa – biasa saja.
Suami juga berjanji akan membelikan aku sebuah rumah di bandar dan kami akan tinggal bersama semula tetapi semua tu hanya janji semata – mata. Janji tinggal janji. Ketika aku mengandung anak yang ke-5 aku didatangi ujian bila suami aku rupanya mencintai perempuan lain.
Itupun sebab aku terbaca whatsapp mereka dalam diam, suami aku curang di belakang aku. Allahuakbar, luluh jantung aku bila mengetahuinya. Kami berg4duh besar, suami terus balik ke bandar meninggaIkan aku menj3rut rasa seorang diri, s4kit hati aku bila mengetahui yang suami dan perempuan itu enjoy sedangkan aku dan anak – anak kurang mendapat perhatian darinya.
Dari fb perempuan tu, aku nampak gambar mereka makan di hotel 5 bintang siap dengan baju sedondon, gambar barang kemas 1 set dengan captionnya hadiah dari my future husband. Sedangkan aku, satu cincin pun tidak ada.
Balik – balik janji sahaja dari mulut suami untuk membelikan aku macam – macam. Banyak lagi gambar mereka di facebook perempuan tau, kebanyakannya mereka berjalan – jalan dengan kereta baru suami. Tuhan saja tau perasaan aku ketika tu, terasa sangat dikhi4nati.
Inilah silap aku kerana berjauhan dari suami tetapi niat aku cuma untuk membantu dan mengurangkn bebannya. Lagi pula suami yang mencadangkan kami balik ke kampung. Setelah puas aku merayu, memujuk sehinggalah aku mengvgut, tetap juga suami berkeras ingin mengahwini janda itu, walaupun ketika itu aku mengandung, aku mohon beIas kasihannya tetapi suami mengeluarkn kata – kata yang cukup mengh1ris hati.
Kononnya dia nak isteri yang pandai berfesyen, sentiasa wangi, sentiasa pandai jaga badan. Dia dah mula bosan dengan aku. Selama ni suami tak pernah meIukakan hati aku. Dia seorg lelaki yang penyayang. Memamg betul janda tu memang cantik, pandai bergaya, body pun menarik.
Mulai dari suami berkata begitu, aku rasa down sangat – sangat. Dia lupa kenapa aku jadi begini. Dia lupa masa untuk aku berdandan aku habiskan untuk mengurus 4 orang zuriat nya. Dia benar – benar lupa. Setiap saat, aku berdoa sebab hanya pada Allah aku memohon pertolongan.
Aku cuba berhubung dengan perempuan tu tetapi tidak kesampaian. No hp aku telah dibl0ck mungkin suami aku yang suruh. Hari – hari aku lalui dengan airmata, aku tidak lagi berbahas tentang itu, suami aku pula m4kin lama m4kin jarang pulang dan menghubungi kami.
Hanya wang jadi pengganti dirinya. Kalau telefon pun dia hanya bercakap dan bertanya anak – anak. Genap usia kandungan aku 5 bulan, doktor memberitahu yang kandungan aku bermasalah. Anak dalam perut aku tidak membesar, kemungkinan dari diri aku.
Aku terlalu str3ss, masalah em0si yang tidak dapat aku kawal memberikan kesan negatif pada kandungan ku. Kadang – kadang perut aku s4kit – s4kit tetapi aku abaikan. Ketika itu bulan puasa,aku sibuk mengurus anak – anak.
Membeli pakaian, berjalan dari 1 kedai ke 1 kedai. Anak yang sulung berusia 10 tahun, yang kedua berusia 8 tahun, yang ketiga 6 tahun dan yang no 4 berusia 4 tahun. Aku seorang saja yang urus. Suami cuma tahu kirim wang, wang, wang. Dia hanya sogokkn kami dengan wang.
Waktu itu, aku sudah dapat beli barang – barang kemas. Beli apa saja yg aku mau. mungkin itu saja caranya untuk tutup rasa bersalahnya. Aku tak kisah. Suami aku memang sudah tawar hati pada aku. Cintanya sudah beralih pada janda tu.
5 hari sebelum raya, aku mengaIami pend4rahan, anak dalam kandungan aku meninggaI dalam perut. Waktu aku di hospitaI, baru suami datang. Sebelum ni dia nak balik pada malam raya dan raya kedua akan balik semula ke bandar. Sibuk katanya.
Keluarga aku tidak banyak soal dan mereka tidak tahu pergolakan dalam rumahtangga aku. Suami bijak menyembunyikan kesalahannya. Berteman airmata lagi aku mengenang anak yang sudah tidak ada. Dan hari raya aku hanya duduk berp4ntang di rumah.
Suami Membawa anak – anak ke rumah keluarganya. Hanya aku di rumah ditemani oleh mak. Raya ke-2 pula dia tergesa – gesa balik ke bandar. Selepas habis cuti raya, dalam keadaan masih berp4ntang, aku kembali menguruskan anak – anak.
Mak ada juga membantu tetapi apalah sangat kudrat orang tua tu. Mak menghidap s4kit jantung. Tidak boleh bekerja sangat. Boleh sesak nafas dan genap 3 minngu aku berp4ntang, suami call untuk memberitahu yang dia akan bernikah esoknya perasaan aku ketika itu terlalu s4kit untuk digambarkan.
Airmata saja yang keluar, tidak ada sepatah ayat pun yang dapat aku ucapkn. Suami seolah – olah tidak ada beIas kasihan pada aku. Tidakkah dia sedar yang aku masih dalam kes4kitan luar dan dalam. Dia cuma fikirkan tentang dirinya dan nafsunya sahaja.
Habis saja suami bercakap. Aku berada di bilik atas, sengaja aku jauh dari mak supaya mak tidak mendengar perbualan kami nanti mak terk3jut pula. Ketika kaki aku pij4k anak tangga pertama badanku rasa ringan sangat dan tanpa aku sedar, aku terj4tuh berguling di 12 anak tangga.
Tiada sudah rasa s4kit aku rasa, aku cuma terdengar j3ritan mak dan anak – anak aku. Aku cuba bangun tetapi rasa p3rit di celah paha rupa – rupanya d4rah banyak kuar. Mak cuba call ayah, ayah ketika itu bekerja sebagai pengawal keselamatan. Sekali lagi aku dihantar ke hospitaI.
Kali ini mak berada di katil sebeIah aku di wad kec3masan kerana sesak nafas. Mungkin terk3jut mak dipasangkan oksigen tapi mata mak masih terarah ke arah aku. Aku rasa lemah sangat. esoknya bila aku sedar, mak ada disebeIah, syukurlah mak dah stabil tapi suami aku tetap tidak munculkan diri setelah dicall.
Maklumlah kan hari itu dia akan disatukn dengan cinta hatinya. Majlis mereka diadakan di sebuah hotel di bandar. Hebatkan cinta mereka. mungkin orang akan ingat kisah aku seperti sebuah drama. Tetapi memang inilah jalan cerita aku.
Aku berusaha jadi isteri dan ibu kepada anak – anak aku. Walaupun aku tidak dipandang dan dihargai oleh lelaki bernama suami. Aku tidak diceraikan oleh suami kerana alasannya masih sayangkan aku. Tang mana sayangnya, aku pun tak tahu.
Biarlah. Tak sayang pun tak mengapa asal tanggungjawabnya pada aku dan anak – anak masih ada. Masa untuk kami memang kurang tapi tidakk menjadi hal sebab anak – anak pun macam tidak kisah sangat kehadiran ayah mereka.
Mungkin sudah biasa bertahun – tahun jarang jumpa. Itu kisah aku 10 tahun yang lalu. Anak – anak dah membesar tapi rumah yang dijanjikan belum lagi ada. Nilai projek suami sudah bertambah. Aku masih tinggal bersama mak.
Ayah sudah meninggaI dunia. Tugas aku pula menjaga mak yang s4kit. Suamiku masih tetap berbahagia dengan isteri keduanya. Sudah 5 tahun berkahwin Tetapi mereka belum dikurniakan anak. Mungkin sebab tulah kali dia bercerai dengan suaminya yang pertama.
Dan yang paling meny4kitkan hatiku. Suami dalam diam membelikn perempuan tu banglo mewah lengkap serba serbi berserta orang gaji. Semua duit – duit claim dimasukkn kedalam akaun isteri barunya. Sedangkn aku dan anak – anak tidak ada simpanan tetap.
Maknanya wang pr0jek kepunyaan isteri barunya. Dia saja yang berhak mengeluarkan duit. Patutlah honeymoon sampai ke korea, vietnam dan melancong ke mana – mana sedangkan aku dan anak – anak hanya duduk di kampung walaupun cuti sekolah.
Dia sedaya upaya menyembunyikn hal itu tapi kuasa Allah, sekelip mata perkara itu sampai ke pengetahuan aku. Sekali lagi kami berg4duh besar dan kali ini suami langsung tidak balik dan menghubungi kami.. biarlah. Aku berserah pada Allah. Hari ini, mereka bergembira esok pula siapa yang tahu. Mungkin giliran aku dan anak – anak pula yang bergembira.
Komen Warganet :
Wan Norhaslinda : Pergi pejabat agama, isteri pertama walaupun tak cerai boleh buat tuntutan segala harta sepencarian, nafkah diri dan anak, kelebihan isteri pertama bila suami kahwin no.2, autom4tik semua harta suami jadi milik isteri pertama, jadi segera pergi pejabat agama untuk khidmat kaunseling, tuntut kat mahkamah hak sebagai isteri pertama, isteri kedua ni menumpang je, takde hak harta suami,
Puan kena jadi isteri yang kuat , jangan tunjuk lemah, lelaki lagi suka tind4s isteri yang lemah, tunjuk pada suami yang puan bukan isteri yang lemah, gunakn undang – undang, please. Allahu.. pergi pejabat agama buat aduan ketidakadilan suami puan, nanti Puan akan nampak jalan, and akan kuat.
Demi anak – anak, beIa nasib anak – anak, semoga Puan dikurniakan kebahagiaan bersama anak – anak tercinta kebahagiaan sakinah mawaddah warahmah, semoga dipermudahkn segala urusan Puan dan anak – anak.. Aamiin Allahumma Aamiin
Ina Zul : Kalau saya di tempat puan saya rela je berpisah dari pada dimadukan dan memang ada suami yang macam tu. Dia tak ingat masa dia susah dulu isteri mana yang membantu dia, bila dah Allah bagi dia senang dia lupa pula pada isteri dan anak – anak.
Takpe sis tengok je kan sampai bila dia nak menikm4ti hidup dia dengan isteri baru dia tu. Ingat Allah tu tak pernah tidur, dia akan dapat baIasannya nanti. Nasihat saya, bagi anak – anak belajar sampai berjaya. InsyaAllah puan akan gembira suatu masa nanti. Didik anak – anak agar menjadi insan yang berjaya.
Mah Madi : BaIasan untuk suami macam tu akan tiba tak lama lagi. Anak – anak pun dah besar bermakna tak lama dah tu nak dapat baIasan. Isteri pertama yang setia, berk0rban, hidup susah bersama, dah senang dengan orang lain.
Mengani4ya isteri dan anak – anak. Semoga dia dapat baIasan. Bini muda baru 5 tahun kahwin dapat banglo mewah, duit ringgit nama bini. Kalau tiba – tiba jatuh s4kit atau mufIis bini tu belum tentu nak hadap dia lagi. Apa ada hal, rumah dan duit dah nama dia, laki tu tak ada apa jugak. Rumah bini tua kat kampung tu la dia nak tumpang nanti.
Sharmila Bee Kamal : Dalam keadaan sekarang la nak mula langkah. Anak – anak dah besar, baik fasakh dan minta harta sepencarian. Dia bagi nafkah zahir tapi lupa batin, maka dah layaklah mohon. Batin bukan dalam kelambu je ye kena faham detail.
Rosni Cehloy : AllahuAkbar macam tu sekali masih lagi bergeIar isteri kuatnya awk. Untuk nama suami atas surat nikah ja. Allah bagi dia rezeki mungkin sebab awak dan anak tu rezeki dia mewah. Sampainya hati dia, bila dah senang lupa dan h1na awak.
Baiknya awak sanggup kekalkan lagi perkahwinan. Maaf bukan nak menghasut tapi s4kit hati atas apa yang dia lakukan dekat awak. Orang lelaki ni selalu dia tak akan cerai isteri 1 sebab rezeki isteri dan anak – anak buat dia berjaya. Selalunya macam tu la.