“Aku terjumpa surat dengan kesan lipstik dalam beg suami, sekali suami baca surat tu baru aku tersedar sebenarnya..”

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

“Aku terjumpa surat dengan kesan lipstik dalam beg suami, sekali suami baca surat tu baru aku tersedar sebenarnya..”

Jadi I nak berkongsi tentang kisah rumahtangga I. Terima kasih admin jika menyiarkan kisah I.

Nama I Delilah dan berusia 27 tahun. I dilahirkan dan dibesarkan di Britain bersama sama dengan adik beradik I.

"Aku terjumpa surat dengan kesan lipstik dalam beg suami, sekali suami baca surat tu baru aku tersedar sebenarnya.."

Ibu bapa I berasal dari Malaysia tetapi berhijrah ke Britain atas tuntutan kerja.

Selepas I dah tamat pengajian di sana, kami kembali semula ke Malaysia dan menetap di KL. I ada putus cinta semasa di Britain sebab bekas teman lelaki I walaupun orang Melayu tapi mengajak untuk bercivm dah buat benda benda tak elok.

Rata rata lelaki yang mendekati I memang ada niat sedemikian jadi I takut nak bercinta. I serahkan kepada ibu soal jodoh. Dipendekkan cerita, I diperkenalkan dengan anak kawan ibu, Firdaus.

Firdaus memang lengkap pakej dan yang paling penting ilmu agama dia.

Alhamdulillah, kami berkahwin dan dia membimbing I dalam kehidupan rumahtangga. Hidup kami bahagia sehinggalah hadirnya sepupu Firdaus, I namakan dia Irra (hehe).

Irra dapat tawaran kerja dan kebetulannya tempat kerja dia berdekatan dengan tempat kerja I. Irra menumpang di rumah saudara dia. Irra baru habis belajar, berusia awal 20an. Cantik dan brambut warna keperangan.

Rambut dia pendek paras bahu sahaja dan berperwatakan agak tomboy. Tapi dia sangat peramah. Firdaus meminta bantuan I untuk mengambil dan menghantar Irra sekali ke tempat kerja untuk sementara waktu. Dalam seminggu, 5 hari I berjumpa dengan Irra.

Kadangkala, kami adalah singgah makan sebentar di luar jika Firdaus balik lambat. I mula rapat dengan dia sebab jujurnya I selesa berkawan dengan dia. Semua topik dia boleh sembang. Dia seorang pendengar yang baik dan sangat memahami I. Jadi ada keserasian di situ.

Selepas beberapa minggu, I perasaan Irra mula memakai pakaian baru macam macam gaya siap dengan minyak wangi. Dia selalu belanja makan dan suka sangat belikan hadiah atau bunga.

I memang selalu beli bunga untuk diletakkan dekat pasu tepi tingkap sebab Firdaus suka bunga. Firdaus dan I fikirkan mungkin dia nak membalas budi jadi kami tak hiraukan sangat. Dia mula ambil berat perihal kami. Selalu sangat tanya itu dan ini.

Bila dia datang rumah bersama saudara dia, I tengok dia kadangkala sembang dengan Firdaus agak rapat.

Bila I datang, dia mula diam. Selepas dia balik, I bertanya kepada Firdaus apa yang mereka bualkan tetapi Firdaus cakap dia hanya bertanya hal kami biasa biasa sahaja

Dia dah mula suka menyentuh I dalam kereta. Suka salam, peluk dan kadangkala civm pipi sambil bergurau. I rasa janggal sebab Firdaus kesayangan I pun jarang nak bermesra di luar rumah.

I jelaskan kepada dia yang I tak selesa. Jadi dia tak ulang semula. Selepas beberapa bulan, Firdaus ada buat kejutan untuk menyambut harijadi I di rumah. Keluarga kami hadir termasuk keluarga Irra.

Ibu bapa Irra berterima kasih kepada kami sebab tolong jagakan anak dia. Firdaus cuma jawab tidak mengapa, dia menganggap Irra sebagai adik dia. I pun masa itu mengiyakan. Malamnya, I terjumpa surat cinta berserta dengan kesan ciom gincu dalam laci bilik.

Ada sekali rantai tangan yang macam budak budak couple selalu pakai. Meraung raung I menangis sambil memukul Firdaus. Sampai hati curang, apa salah I. Firdaus terkejut dan cuba menafikannya. I teramat marah sampai I koyakkan surat itu.

Firdaus cantumkan balik surat dan membaca isi kandungannya. I awal awal dah beremosi jadi I tak baca betul betul. Muka Firdaus terus berubah dah dia memandang I macam nak terkam.

Dia duduk sebelah I dan membaca surat itu kuat kuat. Astaghfirullah. Rupanya pemilik surat tersebut meluahkan perasaan terhadap I, bukan Firdaus. Dia memang bercerita sampai ke bulan bintang sayangkan I dan sedih sebab I tidak memahami perasaan dia.

Habis I kena soal siasat dengan Firdaus malam itu. Bila diteliti barulah kami dapat tahu yang surat itu ditulis oleh Irra. I bersumpah depan Firdaus yang I tak ada apa apa perasaan pun dekat Irra. I menganggap dia sebagai adik sahaja.

Giliran I pula memujuk Firdaus. Lelaki kalau merajuk susah juga nak pujuk. Haiishh. Dia punya cemburu memang tak boleh bawa bincang. Firdaus terus buang nombor telefon Irra dari telefon I dan melarang I berhubung dengan dia.

Firdaus menghantar mesej menyuruh Irra naik teksi atau lrt saje ke tempat kerja esok. Keesokannya, Firdaus yang menghantar dan mengambil I dari kerja. Masam muka dia seharian. Irra pula ada cuba menghubungi I tapi I tidak jawab.

Selepas habis kerja, Firdaus ke rumah saudara Irra. Dia bawa sekali dengan surat tersebut. Lewat malam baru dia pulang. Masih masam muka dia. Dia cakap dia ada panggil Irra depan saudara dia dan bertanya akan perihal surat tersebut.

Irra cuba nak menafikan awal awal tapi setelah digertak oleh Firdaus, akhirnya dia mengaku ada perasaan dekat I. Memang terkesima semua orang. Dia cakap dia boleh rasakan jodoh dia dengan I.

Firdaus memang marah teramat kalau Irra lelaki dah lama bertumbok. Kesudahannya, saudara Irra dan Firdaus berbuih mulut menasihatkan dia. Perasaan songsang ini tak elok nak dilayankan.

Kembali pada fitrah dan bertaubat. Isu ini memang jadi besar. Keluarga I, Firdaus dan Irra semua dimaklumkan oleh saudara Irra dan ada perjumpaan antara kami.

I malu sangat masa ini jadi I berkurung je dalam bilik. Adik beradik I seronok gelakkan I. Best lah gelakkan orang sebab tak kena dekat batang hidung sendiri. Isssh. Keluarga Irra memohon maaf kepada kami dan memaksa Irra pulang terus ke rumah mereka.

Irra sampai ke sudah tak nak dengar cakap. I pun dah jenuh menjelaskan yang I langsung tiada perasaan bukan bukan terhadap dia. Hubungan I dengan Firdaus bergelora sekejap waktu tu. Tapi akhirnya kami mengakui khilaf masing masing.

Kami memang mengambil langkah berjaga jaga selepas insiden tersebut. Kami anggap insiden tersebut satu ujian kepada kami. Allah tidak akan menguji kalau tidak sayang pada hamba-Nya.

I jadi trauuma nak berkawan dengan orang selepas kejadian ini. I sangkakan selepas berkahwin kena menitiberatkan hubungan dengan lelaki tetapi nampak gaya dengan perempuan pun kena berhati hati juga.

Dunia dah makin akhir zaman. Moga kita semua sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT. Dari Isteri kesayangan Firdaus..

BACA: 

Tengah syok selfie lepas joging, tiba-tiba muka ‘member’ jadi Mona Fandey bikin netizen meremang bulu roma!

Kenapa minggu lepas panas gila! Sampai tidur malam pun berpeluh? Ini jawapan Met Malaysia yang ramai nak tahu