“Aku terkejut mentua rampas ayam dari pinggan suami, rupanya ini rahsia keluarga

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Seorang wanita tidak dapat menahan sebak ketika melihat suami yang sebelum ini terlihat gagah tiba-tiba menitikkan air mata ‘jantan’ di dalam pelukannya.

Tidak mendapat belaian insan bergelar ibu, hati wanita itu hancur ketika mengetahui punca mengapa suaminya menerima layanan buruk daripada keluarga selama ini.

Baru dapat menyelami penderitaan suaminya selepas tujuh tahun berumah tangga, berikut perkongsian wanita yang ingin kekuatan untuk terus teguh di sisi lelaki itu.

“Aku dan suami dikurniakan dua orang cahaya mata. Alhamdulillah, rumah tangga yang dibina selama tujuh tahun ini bahagia. Tetapi, kehidupan kami terganggu dengan masalah orang lain.

Sebenarnya, gaji aku dan dia tidaklah besar sangat. Cukup-cukup makan sahaja, sebab buka perniagaan sendiri.

“Aku terkejut mentua rampas ayam dari pinggan suami, rupanya ini rahsia keluarga

“Dari hari pertama perkahwinan, aku banyak makan hati dengan keluarga mentua. Suami aku anak kesembilan daripada 13 adik-beradik dan bukanlah datang dari keluarga berada. Ya, suami aku tak mampu bagi wang tunai macam anak-anak lain pada setiap bulan.

“Tetapi, setiap kali kami ke rumah mak mentua, mesti suami berikan RM30 atau RM50. Kami pergi pula dalam empat hari sekali sebab jarak rumah dekat sahaja. Ahli keluarga lain tak nampak itu, masih kutuk-kutuk suami aku dari belakang.

Sebab jenis dia, kalau bagi duit diam-diam sahaja. Tak kecoh dalam group keluarga.

“Bila kami tiada duit pun diam sahaja, tak minta dengan sesiapa pun. Masalah sekarang, kami tak meminta-minta pun salah. Keluarga mentua ingat apabila tak minta duit, maknanya kami banyak duit. Mereka cakap suami sengaja tak mahu bagi wang pada ibu mertua.

“Keluarga dia ingat hidup kami mewah sebab tengok aku beli mainan macam-macam dekat anak-anak, dapat beli makanan yang sedap-sedap. Mereka sangka kehidupan kami tiada masalah. Sebenarnya kami ada sahaja masalah. Cuma kami tak tunjuk, mana ada manusia di muka bumi ini yang tiada masalah.

“Sekarang kepala suami aku sakit sangat. Ibu mentua minta tanggungkan kos majlis perkahwinan untuk tiga orang adik-beradik dia pada tahun ini dan tahun depan. Siap minta wang RM8,000 hanya untuk ubah suai rumah. Mentua nak tambah bilik untuk adik-adiknya yang nak kahwin itu. Suami cakap, kalau kahwin biar mereka usaha sendiri.

“Sampai bila nak kena tolong. Nanti lepas kahwin, ada anak takkan suami aku juga kena tanggung. Lepas cakap macam itu, mak mentua terus berhenti layan dengan mesra dah. Padahal sepanjang kami berkahwin, suami aku kalau tiada duit atau tak cukup apa-apa ke tak pernah meminta dengan mak mertua.

“Adik-beradik yang lain kalau bagi duit, selepas seminggu dua mesti minta pinjam balik dengan mak mentua. Itu yang mak mentua ceritalah dekat aku dengan suami. Tetapi setiap kali rumah mentua ada kerosakkan apa-apa, memang suami aku yang kena baiki. Kalau tak dapat tolong dengan duit, dia tolong dengan tenaga.

“Suami aku ada seorang abang yang tinggal di rumah mak mentua. Dia hanya tahu tidur, makan, minta duit, dan mengarah sahaja. Dia juga termasuk dengan tiga orang nak kahwin itu. Abang ipar aku ini suka marah-marah, terutamanya bila mak mentua masak. Kalau tak kena dengan selera dia memang membebel tak berhenti.

“Ada dekat rumah tetapi tiada sumbangan, ada hati pula nak kahwin. Walaupun perangai abang ipar macam itu, mak mentua tetap sayang dia. Pernah sekali masa kami makan sama-sama, suami ambil ayam bahagian yang abang ipar aku suka. Tetapi mak mertua ambil balik ayam itu dari pinggan suami. Mak mentua cakap, ‘ini bahagian abang’ dan simpan.

“Bila suami minta mak mentua masakkan makanan kesukaan dia, macam-macam alasan dibaginya sebab tak mahu buat. Kadang-kadang, anak rindu masakan ibu. Sebab itu dia buat permintaan. Sekarang dah seminggu tak pergi rumah mak mentua. Kali terakhir pergi, mak mentua macam layan tak nak layan kami anak-beranak.

“Salam pun tidak disambutnya. Bila bercakap, ibu mentua sindir-sindir sahaja sebab suami tak nak tanggung anak-anak dia nak kahwin. Suami sedih sangat. Dia khuatir jika dirinya berdosa sebab kecikkan hati mak. Semalam dia nangis sambil peluk aku. Suami rasa yang dia dah tak mampu nak puaskan hati mak.

“Dari kecil lagi suami tak disayangi macam anak-anak lain sebab dia gelap sikit dari adik-beradik yang lain. Kalau makan ke apa, mesti dia yang terakhir sekali dapat. Kuat suami menangis masa itu, aku sendiri pun terkejut tengok dia nangis macam itu sekali. Dengan aku-aku sekali pun menangis.

“Suami dah ajak aku pindah duduk luar negeri biar jauh. Betul orang cakap, dekat bau busuk, jauh bau bunga. Doakan kami kuat.” Luah wanita tersebut menerusi laman luahan dalam platform di atas talian.

Baca juga: “Setiap kali bersama dengan suami, aku terbayang dosa yang aku buat dengan rakan ofis aku, rasa bersalah tiap