Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun, Milena Shevelyova, maut selepas diserang
oleh babi di ladang keluarganya di Krasnoyarsk, Rusia.
Milena dipercayai sedang memberi makan haiwan tersebut seorang diri ketika ibu bapanya keluar ke bandar.
Menurut laporan, seekor babi betina yang besar dan agresif menyerang Milena hingga menyebabkan dia terjatuh dan tidak sedarkan diri.
Diserang Oleh Babi Lain di Kandang
Selepas serangan pertama, babi-babi lain di kandang turut menyerang mangsa.
“Semua babi lain menyerang dan menggigitnya. Milena meninggal dunia akibat kehilangan darah,” menurut laporan daripada Bad News.
Mangsa mengalami kecederaan serius dengan banyak luka gigitan pada bahagian kepala dan badan.
Siasatan Sedang Dijalankan
Pihak berkuasa kini menyiasat kes ini sebagai kematian akibat kecuaian. Tragedi ini memberi peringatan tentang risiko keselamatan ketika mengendalikan haiwan ternakan.
BACA: Kesihatan terjejas dipaksa ambil vaksin,8 individu saman kerajaan Malaysia RM 60juta