‘Alasan, cakap jela nak food free’ Anak pengasas Dnars teruk dikecam netizen

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Anak perempuan kepada pengasas Dnars, Allahyarham Faziani Rohban, menerima kecaman hebat daripada netizen

Di aplikasi X kerana didakwa meminta makanan secara percuma untuk majlisnya.

Dalam video yang dikongsi, Irdina menyatakan hasrat untuk membantu peniaga kecil dengan memberikan ‘pemasaran percuma’ bagi mereka yang tidak mampu membayar iklan.

Irdina menawarkan untuk membuat ulasan percuma kepada mana-mana syarikat katering yang sanggup

menaja makanan untuk 150 hingga 200 orang pada majlis yang dijadualkan pada 11 Oktober 2024.

'Alasan, cakap jela nak food free' Anak pengasas Dnars teruk dikecam netizen

“Influencer dah kaya tapi minta sponsor makanan. Alasan food review, cakap je la nak food free,” kata beberapa netizen.

Namun, dia menjelaskan bahawa dia akan menapis terlebih dahulu siapa yang berminat sebelum bersetuju. Irdina meletakkan syarat bahawa makanan yang disediakan perlulah bersih dan sedap, walaupun menu tersebut adalah biasa-biasa sahaja.

“Boleh komen nanti saya pilih yang mana saya nak bagi review secara percuma. Untuk korang yang sponsor sebarang pencuci mulut atau kek, saya akan bantu perniagaan korang untuk promosi. Saya akan update di semua platform saya dan saya takkan padam,” ujarnya.

Namun, tawaran Irdina itu mencetuskan pelbagai reaksi negatif daripada warganet di X. Ramai yang berpendapat tindakan tersebut tidak wajar memandangkan Irdina mempunyai kemampuan untuk membayar makanan yang diperlukan.

Ada yang beranggapan bahawa jika benar niatnya untuk membantu peniaga kecil, sepatutnya dia membeli dan memberikan ulasan secara ikhlas, bukannya meminta makanan secara percuma.

BACA: 65 tapak bazar diambil alih DBKL, Netizen sindir ‘kartel’ mula kepanasan?