Amanah masih berpegang pada janji namun tetap berpijak pada realiti

Amanah masih berpegang pada janji namun tetap berpijak pada realiti

Pelbagai pandangan balas dilontarkan sebagai respon kepada kenyataan bual bicara Ketua Komunikasi Parti Amanah Negara ini. Takpelah, hak bersuara tetap dihormati walau berbeza pandangan.

Saya sebagai moderator dalam siaran bual bicara itu, saya akan pastikan soalan yang saya bangkitkan dari sisi yang neutral dan kadangkala bersifat provokatif. Kena jadi seperti itu agar saya mampu membawa suara ‘haters’ di luar sana dan perlu diberikan penjelasan.

Saya amati setiap hujah balas yang YB Khalid Samad (YBKS) berikan pada tajuk yang diberikan malam tadi: “Tun Atau Anwar: Siapa Pilihan?”. Saya tidaklah mahu menidakkan atau mengiyakan segalanya kerana saya sedar perbezaan tetap akan berlaku. Saya memilih untuk melihat satu naratif yang berbeza.

Mana-mana anggota dalam Pakatan Harapan pasti tidak boleh menafikan Parti Amanah Negara tidak membawa agenda bersifat bersendiri demi semata-mata ingin menaikkan imej sendiri. Sejak penubuhan Pakatan Harapan, Amanah lebih banyak beralah demi memastikan PH akhirnya dapat memuktamadkan pembahagian kerusi PRU14. Walau ketika itu ramai ahli Amanah sendiri yang marah dan tidak bersetuju apabila Amanah merelakan beberapa buah kerusi DUN dilepaskan kepada rakan PH, mereka akhirnya akur setelah kemenangan dapat dicapai.

Kali ini ujian datang lagi, dan Amanah sekali lagi bersuara. Bersuaranya Amanah bukan untuk menaikkan pimpinan Amanah merebut kedudukan dan mengambil kesempatan daripada pertengkaran kem Anwar atau kem Tun. Tetapi meminta agar pihak tertentu beralah seketika, nak berkawan tapi berlawan akhirnya merugikan PH sendiri.

Kalau benar kem DSAI boleh mengusahakan untuk mendapatkan baki kerusi bagi mendapatkan majoriti, go for it dan kita muktamadkan keputusan segera. Dan inilah juga ditekankan beberapa kali oleh YBKS sendiri bahawa Amanah masih berpegang kepada janjinya bersama PH menamakan DSAI sebagai Perdana Menteri seterusnya.Berkali-kali YBKS mengulangi pendirian ini semasa bual bicara semalam. Tapi setakat ini usaha tersebut belum berjaya.

Pilihan kedua terbaik adalah bersetuju dengan Tun M dinamakan sebagai PM dan DSAI sebagai timbalannya. Dalam tempoh 6 bulan mendatang nanti lebih mudah bagi DSAI memperbetulkan apa saja stigma terhadap dirinya dan mendapatkan pengaruh serta kepercayaan ahli parlimen yang lain sebagai TPM, berbanding untuk DSAI mengusahakan hal demikian ketika beliau hanyalah sebagai Ketua Pembangkang. Ahli Parlimen dari luar PH yang dilihat sangat berkira-kira untuk menyokong beliau sebagai PM kerana masih setia kepada Tun. Oleh kerana itu pandangan YBKS dilihat lebih realistik dan praktikal, dan mahu pimpinan segera membuat keputusan, segera beralah demi rakyat.

Dalam ketika Amanah masih berpegang kepada janji, tetapi perlulah lebih memandang kepada realiti sebenar, membuat risk assessement mengikut realiti dan membuat satu keputusan inklusif. Rakyat masih menunggu apakah langkah seterusnya dari PH. harap tidak menyecewakan majoriti rakyat yang telah mengundi PH dalam PRU14. They need right decision and fast action.

Sumber: