Amanah pegang pada keputusan Majlis Presiden, terima formula PH Plus

Amanah pegang pada keputusan Majlis Presiden, terima formula PH Plus

Amanah berpegung teguh dgn keputusan Mesyuarat Majlis Presiden PH yg menerima formula PH Plus. Keputusan itu diumum sendiri oleh Pengerusi PH, DS Anwar Ibrahim.

Semua yang Amanah lakukan adalah dalam kerangka PH Plus yg sudah dipersetujui bersama. Terlalu naif untuk mengandaikan pimpinan Amanah terlalu mudah untuk ditipu oleh Tun M, dan terlalu naif juga bagi mereka yg percaya andaian ini. Menerima formula PH Plus adalah keputusan Majlis Presiden PH. Mempertahankan keputusan tersebut adalah prinsip.

Kalau ada pimpinan PH atau parti komponen PH sudah tidak lagi mahu percaya kepada Tun M, sila bawa dalam mesyuarat, kita bincang dan sekiranya perlu kita buatlah keputusan baru. Itu baru betul.

Manusia hidup perlu ada etika. Kita tidak boleh buat satu keputusan dan umumkan pada rakyat untuk menerima seseorang sebagai rakan sekutu, tetapi bertindak sebaliknya dengan menyebarkan kebencian terhadap beliau. Itu hipokrit namanya.

InsyaAllah saya yakin pimpinan Amanah sedang mengemudi isu ini dengan penuh cermat, berhemah, dan berintegriti. Teruskan perjuangan anda dan jangan hiraukan celaan orang-orang yang suka mencela. Kita telah melalui pelbagai cercaan sebelum ini dan kita tidak takut untuk terus melaluinya demi tanggungjawab terhadap rakyat dan negara.

Seeru ‘alaa barakatillah!

Sumber: